Langkawi Island Part 4: rent-a-car. check-out & check-in


10/7/2011 Day 4

Pagi-pagi lagi, lepas breakfast aku call pakcik sewa kereta. Nombor pakcik ni aku dapat dari reception counter hotel kat bawah. Settle dengan Honda City RM80 sehari. Bukan Honda City baru tau... version sebelum yang sekarang ni ha.. ok lah tu. Yang penting bukan Iswara buruk. hahaha~


Tentative kami hari ini adalah bebas. Tak ada program kendalian hotel untuk kami hari ini kecuali Lunch terakhir sebelum kami check out pukul 2 karang. Sebab tu lah kami sewa kereta 1 hari je. untuk guna pakai hari ni sampai esok lah.


kereta Honda City yang disewa

Aktiviti kami hari ini (menaiki kereta drive sendiri) adalah:

1. Ke Dataran Lang

2. Galleria Perdana

3. Check out Langkawi Seaview

4. Check in One Hotel Helang

5. Pantai Cenang

6. Underwater World

7. Laman padi

8. Bamboo Chenang Restaurant



Dataran Lang


Pukul 9.30 pagi kami keluar naik kereta menuju ke Kuah jeti. Nak bergambar di dataran lang lah kan... Dah berapa hari kat sini... tak sampai lagi dataran Lang. Kang orang kata tak cukup afdal pulak kan... hik hik hik.

Dataran Lang ni dekat dengan Jeti. Senang aje nak pergi. Tak sampai 5 minit pon kalau drive dari Langkawi Seaview tu.


Taman Lagenda



Galleria perdana

Masuk RM5 untuk dewasa. Kanak-kanak free. Kalau nak bawa kamera kena charge RM2. Aku tak bawak. Ni tangkap gambar curi-curi jahh~



Menyimpan dan mempamer hadiah dan cenderamata pemberian duta-duta, wakil-wakil, menteri-menteri, jabatan-jabatan, dan segala nya lah yang diterima oleh mantan perdana Menteri Tan Sri Dr. Mahadhir Mohamad.

Luas galeri ni.. banyak betul barang-barang yang dipamerkan. Memang menarik.


tengok apa kami jumpa dalam perjalanan pulang...

Buraq Oil. Arab ke?


Balik hotel tepat pukul 1 petang. Kami lunch dulu kat bawah sebelum naik ambil bag dan check out. Terima kasih kepada Langkawi Seaview diatas layanan yang baik dan mesra. Kami sangat puas hati dengan layanan yang diterima. Walaupon ada sedikit sebanyak kekurangan, terutama bab makanan yang tak banyak pilihan dan tak berapa rasa nak bertambah, tapi mereka berusaha untuk memastikan kami selesa sepanjang tinggal di situ.


Our last Lunch at Langkawi Seaview. I had a nice Nasi Ayam. Juwita dapat complementary fries.


Minta maaf kerana kami terhilangkan kunci bilik. Kena charge RM20. Tak apa lah... buat ganti kunci yang hilang tu.


Info:
One Hotel Helang
rate: RM230/night incl. b'fast.
Lokasi : sebelah Langkawi Airport



Lepas check out terus ke One Hotel Helang untuk check in. One hotel Helang terletak sebelah aje dengan Airport. Ada walkway lagi yang menghubungkan airport dengan hotel ini. Hotel ini besar! Sangat spacious. Lobi besar, swimming pool besar, bilik pon besar. Dalam bilik, bath tub pon besar. hihihi~ Puas hati lah duduk sini.


dah ada bath tub, ada lagi shower... dah ada katil king size, ada lagi couch kat tepi tingkap. uiii besh!


Lepas check in, rehat kejap. Petang keluar balik.




Pantai Cenang

Owh... sangat happening! Pergi petang pon dah rasa happening. Kalau malam lagi la kot. Banyak restoren kat sini. Hotel dan resort pon melambak. Motel pon ada, budget hotel pon ada. Tepuk dada tanya poket aje. Hihihi~




Laksa power bawah pokok ceri



ODW balik singgah makan kat kedai Laksa Power bawah pokok Ceri nih. Makan laksa la kan.. aku order sekali rojak Singapore. Punyalah jauh rojak ni datang.. dari Singapore. Haha~

Rasanya manis pedas. Sedap gak. Laksa hubby pon boleh tahan. Ada rasa nanas walaupon tak nampak pon nanasnya. hihi

Hujung sana tu laut tau.

Pastu makan pulak Char Kuey Tiow yang banyak gile togeh dan kuchai. Udang pon banyak. Ada 6 eko semuanya.




Underwater world

Dah sampai Pantai Cenang takkan taknak pergi Underwater World kan. Tiket RM28 dewasa, RM18 kanak-kanak.


Seronok tengok penguin dengan seal. Memang perfect timing, tengah fish feeding time tu. Dapat lah tengok orang tu bagi shark makan dalam air.


Ada banyak section dalam ni... teroka aje lah satu persatu. Interesting betul. Underwater World ni dah banyak berubah,tak macam dulu dah (masa aku kecik).


Belakang tu flamingo betul ye kawan-kawan~ sikit lagi nak patuk aku.


Keluar dari Underwater World ni, kami masuk jap ke Duty Free Shop kat sebelah tu. Beli coklat sikit buat makan-makan kat hotel. Tak banyak pon spent, ada lah dalam 60 hengget aje. Sebahagian besar coklat itu telah selamat dijamah sebelum sempat ia sampai ke KL pon...


Belum apa-apa, coklat ni habis dulu... len kali kalo korang nak gi Langkawi, beli lah coklat ni. Tak payah lah nak beli setakat Daim, Cadbury, Hershey...tu kat KL pon melambak.




Laman Padi

Singgah kat laman padi nak tunjuk kat Juwita apa itu padi. Hahaha~ ni wrong timing ke hape.. kami sampai tak ada orang pon. Sudahnya bergambar kejap buat cukup syarat je pastu keluar.



Laman padi ni dekat je dengan hotel. So, dah alang-alang lalu kan... singgah aje le.




Selesai aktiviti jelajah kami petang itu.


Balik dari berjalan, aktiviti kami petang tu adalah...... apa lagi kalau bukan terjun ke swimming pool! Gile apa tak swim. Pool dia besar gile kott! Puas betul aku menguak... sampai naik mengah la aku ber-freestyle.

Gambar ini ditangkap masa tengah hari dari tingkap bilik. Tak ada pulak orang gila nak mandi tengah terik tu lagi. Kalau aku stay sini lama sikit maybe aku lah orang gila tu.



Permandangan dari tingkap hotel adalah.....

airport dan swimming pool.



Percayalah. Anda tak akan dengar bunyi kapal terbang dari dalam bilik. Cerminnya semua double layer, sound proof maa~




Bamboo Chenang Restaurant.


Malam tu lah.. akhirnya dapat merasa seafood kat Langkawi ni. 2 Tour guide cadangkan Bamboo ni. Aku baca somewhere kat forum pon orang recommend Bamboo ni. So, apa lagi.. kita terjahhhh!!!


makan bertemankan bunyi cengkerik dari sawah padi sebelah kami. Kami pilih untuk makan di pangkin yang dibuat atas sawah padi. Best kan?

Kami makan:

nasi putih
udang harimau 3 ekor masak sambal
ketam 1 ekor masak sambal
ikan Jenahak masak black pepper
sayur campur


pergh... keliur aku upload gambar-gambar ni... isi ikan yang putih... fresh woo! black pepper terasa, sambal terasa, udang segar, ketam segar, sayur pon sedap! alamak~~ lapa la pulak~~


sayang.. Juwita dah tido masa ni. Letih sangat kot berjalan petang tadi. Swimming lagi...




di letakkan ubat nyamuk ni tiap bawah meja. Banyak nyamuk kaedahnya.




Mahal sikit la... atau maybe sebab pilihan kami yang selera diraja ni yang menyebabkan ia mahal. hik hik hik~~~ Tapi yang penting, memang sedap pon! Serius! aku recommend korang pon pergi makan kat sini gak. Sedap... kena dengan tekak kami.

Dengan menu kami seperti di atas, bil kami adalah RM81. ok ke tak ok? janji sedap. Kalau tak sedap confirm kena sumpah 7 keturunan kedai ni. Aha~




Perut pon dah kenyang, balik bilik memalaskan diri. Tengok TV sampai tertidur. Uish~~~ heaven nyaaaa percutian.... Tapi mengenangkan yang pagi esok dah nak kena catch up flight balik KL... alaahai.... tak best pulak rasa. Si hubby ni, ini lah kejenya....


angry bird.. angry bird... angry bird...

Juwita dah lama lena tak sedar hape dah....

Aku pula tertidur dengan harapan esok tak akan tiba........





Bersambung...





Comments

ika said…
Salam kak juwita.
Nk tmya la.akak ada lg xsimpan no pakcik yg sewa kete ni?nxt week sy nk pegi lgkw tp xdpt lg jumpa kete sewa yg harg berpatutan.pakcik ni harga die mcm ok je.kalo akak ada simpan lg blh x tlg emailkn kat sy.
reramazz.nsms@gmail.com
TIA
hida said…
salam Tia,

Sebenarnya, nak cari kereta sewa di Langkawi tidak susah. Yang penting, cari kat town (pekan kuah), jangan book kereta sewa kat airport. Sebabnya, masa kat airport, memang biasanya mereka charge kereta sewa lebih mahal dari kat town, dan yang penting sekali, kita tak dapat nak tengok pilih kereta. Tak pasal2 nak yang murah2, last2 dapat saga buruk pulak nanti.

Jadi nasihat saya, naik lah teksi dahulu ke hotel untuk check in, dan kemudian baru ke town untuk sewa kereta. Ataupon, nak lagi mudah, macam saya haritu, just tanya counter reception kat lobi hotel sahaja. mereka dah pasti ada nombor kereta sewa dan teksi. mereka tak akan keberatan untuk beri nombor kepada anda.

minta maaaf, sy x simpan nombor telefon pakcik kereta haritu... entah mana saya letak nombor dia. tapi x perlu risau key, mmg senang je nak cari kereta sewa kat sana. Dan harganya pon x maahal mana. Lebih2 lagi sekarang ni musim cuti sekolah dah habis. =)

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.