Anak kucing dalam enjin kereta


Ok. Aku tau.. patutnya aku update pasal holiday haritu. Mesti Ain Asniah nak tengok muka aku naik bot kan.. hahaha~! malangnya entry hari ni tak kene mengena pasal holiday lagi. Next entry baru Holiday yeah~ Bukan apa, gambar masih dalam proses pemilihan. Aku akan pilih gambar yang aku nampak cun aje untuk di publish. Yang agak-agak muka maid indo aku simpan senyap-senyap. Hahahaha!


Anak kucing dalam enjin kereta. Nak kata tak logik pon ya juga. Sebenarnya tajuk ni yang tak logik. Sebabnya kucing tu bukannya betul-betul dalam enjin kereta.. tapi dia tersangkut kat dalam area enjin tu. Aku nak explain pon susah, sebab aku tak tau ape ke nama benda alah tu. hihihi~


Kronologi kejadian:


1. Dalam kereta, odw nak gi lunch nih.

2. Dengar bunyi ngiau-ngiau yang kejap slow kejap kuat. Cuak gile!!! Aku terbayang kucing tu samada bawah keta tersepit, atau kat dalam tayar terpusing-pusing. Ngeri!


3. Hubby benti keta kat parking, check satu keta. Menyangkung-nyangkung lah mencari, tapi tak jumpa apa. Sebab enjin dah padam, jadi kucing tu tak ngiau sangat dah.


4. Panggil kucing tu, "ngiau! ngiau!" tak jumpa jugak. Lama gak cari, tapi tak jumpa. Try start enjin, dia bunyi. Hubby kata try tengok kat bahagian enjin. Dia termasuk dalam enjin kot! O__O


5. Bukak je.. tengok tengok nampak dia tersepit celah ni... alaaaahai... banyak-banyak tempat boleh landing, banyak tempat ko boleh tido, awatnye lah dalam enjin ni ko nak lepak?






6. Usaha mengeluarkan kucing dari celah tu sedang berlaku. Kuat gak kucing tu grib. Susah la nak tarik dia keluar. Ingatkan kaki dia dah tersepit dah.. tapi sihat sejahtera sahaja hendaknya. Alhamdulillah~




7. Bawa kucing tu balik kat tangga opis dengan pesanan, "lain kali jangan main dekat dengan kereta. Main kat tangga ni aje tau!" aku dengan nada tegasnya, seperti memarahi anak.




8. Makan lunch dengan hati senang.


Petang tu balik rumah, Lulu buat hal. Habis sebekas gelas kaca terhumban ke lantai. Pecah semuanya. Lulu dah pandai memanjat. Curiosity makin menjadi-jadi. Ikan hubby pon nak di capainya... adoi laaa~



Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.