What's in your bag?


Sometimes i wonder, bila tengok orang keluar jalan-jalan bawak purse kecik aje. Ada yang bawa handbag, tapi alaaahai, setakat muat wallet dan sepeket tisu je kot. Kenapa aku pelik? Sebab aku kalau keluar, macam-macam benda nak kena bawa. Even my LC satchel pon (u know lah kan LC punya satchel bukanlah kecik sangat, nak kata besar pon tak le besar mana. Standard size lah) buncit aje sebab penuh dengan isi. Kalau keluar dengan satchel ni, kiranya paling minima lah tu barang yang aku bawa. Itu pon rasanya dekat 2kg juga beratnya.


Seriously, aku tak bleh la dengan beg-beg kecik nih. Dulu, masa Juwita baby lagi lah pulak kan. Aku ni bukan jenis suka bawak beg baby, beg napkin segala. Semua aku nak sumbat dalam beg aku jugak. Laaagilah bertambah berat. Sekarang ni, Juwita dah tak baby sangat pon beg aku tetap menten besar.


Pernah, aku cuba untuk minima kan lagi barang yang aku bawa dalam beg. Masa tu saje je gatal nak pakai henbag kecik. End up hari tu adalah total mess bagi aku. Aku kena marah dengan hubby sebab tak bawak spare kunci kereta dia. Hingus anak aku tak berlap sebab aku tak bawak tisu, mata aku sememeh sebab tak bawak eyeliner so tak boleh touch up, tak dapat ambil gambar kejadian sebab kamera tak bawak, kena bayar 20sen sebab terpaksa request plastik bag sebab aku tak bawak recycle bag.... ahhhh! fed up aku! Sejak tu aku bersumpah takkan mengada-ngada cuba bawa beg kecik lagi. Itu lah last.


Tapi, lain padang lain belalang kan...lain orang lain pandangan. Ada orang memang selesa bawa barang sedikit. Especially lelaki (read: husband aku), dia lenggang kangkung je kalau keluar. Wallet masuk poket, kunci masuk poket. Betul-betul dia bawak beg kalau nak jumpa client aje. Ye lah kan, nak bawa katalog, buku cek, stationery semua. Waktu yang lain, dia tak ada beg.


Bila aku buka topik ni kat FB, kawan-kawan aku rajin bagi komen. Ada yang mmg tak boleh tak bawa beg. Rasa ralat, tak confident nak berjalan, tak ada benda nak peluk. Ada pulak yang membiasakan diri untuk bawa sedikit/ tak ada handbag langsung. Sebabnya, pernah ada pengalaman kena ragut. Trauma di situ. Ada juga yang sememangnya simple person. Keluar bawa handphone, ipod dan wallet sahaja. Aku boleh salute dia camtu kalau status dia ibu beranak satu. Tapi sebab dia muda belia, budak sekolah lagi, jadi aku rasa itu logik lah. Apa sangatlah yang budak umur macam tu nak bawak kan...


Tapi kan, at least bila aku buka topik ni kat Fb, aku tahu yang aku bukan keseorangan. Ade je yang sama macam aku, mesti nak bawa beg besar-besar, mesti nak bawak banyak barang. Kalau boleh tu satu laci nak bawak. Hihihi~


Bawah ni contoh bag aku. Baru kemas ni, sebab tu tersusun. ehaha~



Ni poket depan bag. Barang yang ada semestinya yang mudah untuk dicapai ketika perlu:


1. Sunglasses
2. Juwita punya sepit rambut
3. handbag hook
4. handphone dalam ni.




Yang ni pulak pandangan atas dalam beg. Benda-benda yang ada adalah:


1. Tisu
2. Beg mekap (complete ye)
3. Bag organizer (meletak barang-barang kecik)
4. Kamera
5. Wallet
6. shopping bag



Dari sudut yang lain pula, akan nampak:


1. Kunci dan kunci spare
2. Buku nota, namecard, blotting paper
3. kalkulator (jangan tanya aku kenapa aku bawak kalkulator)
4. tidak kelihatan: pengetip kuku, Lulu's vaccination card, pen.




Dalam organizer bag tu pulak ada:


1. lipbalm, lipgloss, 'the balm' mini set (kenapa aku bawak banyak makeup bag? sebab ni makeup pouch juwita)
2. minyak yuyi cap limau.( aku kan selalu kembung perut + mabuk darat)
3. Akua lily, perfume aku
4. Versace mini bottle, perfume hubby
5. ubat homeopathy
6. Vicks vaporub.
7. Nivea body lotion
8. Body shop dual cake
9. wet wipes
10. kain lap cermin mata
11. getah rambut juwita



Ni pulak dalam beg mekap tu. Seperti yang dinyatakan, adalah complete set ye.


Actually beg mekap ni jarang sangat bawa. Pada tika tertentu aje aku bawak, misalannya nak pergi somewhere tapi muka belum bermekap. Haruslah bawak beg mekap kan.. nak mekap dalam kereta.


Dalam kebanyakan masa yang lain pula, dalam beg aku sebenarnya mesti ada samada magazine woman's weekly atau buku "the viva mayr diet". Most of the time juga, aku bawa buku planner dan meal diary aku. Kadang-kadang, kalau travel lama dan jauh, aku bawa buku calorie counter. O__O . Dapat bayang tak betapa heavy dan penuhnya beg aku?


Well, that's explain why my bag is very heavy and why i need such a huge bag. Buku aje dah ambil berapa banyak ruang, Organizer bag itu aje dah berat tapi bila rasa nak tinggalkan macam tak sedap hati. Mana tau nak pakai minyak yuyi, mana tau nak pakai losyen, mana tau juwita selesema,mana tau nak pakai kunci spare.. mana tau.. mana tau.. mana tau.. kan??







Anda pula bagaimana?

Comments

cekkeya said…
setuju, sy pun kalu kua mesti nak angkut beg besar. sng nk sumbat semua benda. ;)

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)