Sekitar cuti sekolah bersama Maksu Ain

(entry balas dendam... banyaaaakkkk gambar. Harap maklum)


Haih... cuti sekolah masih bersisa 2 hari. Jadi aku rasa masih valid lah untuk aku sambung penceritaan pasal girly-girly outing aku dengan dear sis Ain last week. Yelah, last entry pasal ni tak de gambar sebijik pon. Harini aku post gamba sekali. Baru puas hati nak cerita kan =)


Ain sampai hari Khamis. Tapi Khamis tak buat apa pon. Makan kat mamak, lepak kat office. Petang balik rumah. Malam tengok TV. Cheh.. aku tulis ni pon nampak bosannya ya hamat. haahaha~!


Jumaat, lepas hantar Juwita gi taska (which is as usual Juwita kena morning sickness. haha) kitorang masuk office jap, sebab aku nak mekap-mekap dulu. Pukul 10 gerak gi Aeon Bukit Tinggi. Dijangka akan sampai pukul 10.30 laa.... TAPI harapan. Aku sesat barat nak gila, sampai Aeon pukul 11.45. BAYANGKAN!!!!!! sejam 45 minit nak ke Bukit tinggi?? Apa jadah tah... boleh sampai Jusco Melaka kot~~~


Sampai je terus tak buang masa. Jalan je laju-laju sebab haus hahaha~ Pastu terus tawaf 4 floor. Lapa, makan Secret Recipe.





ain merapik. sunshine la konon


aku yang cun melecun


tudung kena kuah tomyum "kungg kungg" (baca gaya hantu kum kum)


kebinasaan yang berlaku



Habis makan, jalan lagi. Tapi dah slow sebab senak. Adoi laa~ Banyak gak outlet yang kitorang masuk, tapi yang belinya kat 1 kedai ni je. Ape tah nama kedai tu.. tapi best! Aku beli 3 helai baju tee Juwita yang bertulis "i love my mommy", "i love my daddy" dan "i love my family" RM10 je selai. Maunya tak amik sampai 3. Ain beli baju terlalu beropol. hahahaha~!


Dah penat, balik. Nasib baikla balik tak de sesat ke hape. Masuk office kejap sampai pukul 6, balik amik Juwita. Since aku beli ayam kat Jusco tadi, so malam tu aku masak ayam masak kicap. Nyum nyum nyum~~~


Esoknya, macam entry yang lepas aku cerita tu, kitorang pergi makeup client aku kat Taman Melati. Punyalah jauhhhhhhhhh 45 minit gak la naik kereta yang berkelajuan 125km/jam. Balik naik teksi, LRT, Komuter... amikk... 4 jam kau! Dah la.. aku dah cerita haritu. Malas nak ulang tayang. Ingat ni astro ke ada ulang tayang bagai.


Perjalanan pulang yang penuh adventure. kena bawak 3 bagasi; bagasi hitam, bagasi merah dan bagasi tak reti duduk diam yang galas beg pwincess


Nasib baik la ada Maksu Ain. Kalau tak, tak daya makcik nakk oiii~~~~ time makeup pon, lucky gila ada Ain (read: ada ipod touch ain). Tak de lah dia kaco aku makeup.




Cuma yang funny nya, bila aku selesai makeup pengantin tu, boleh pulak dia dengan cerianya cakap, "dah boleh balik~~!" chiss.. nampak nau dah panas punggung anak aku tuh.


dah la time tunggu pengantin bergambar tu, Juwita boleh selamba je cakap kuat-kuat, "nak nasi, boleh?" Hadoii laaaa~~~~


Ain gak yang amik ni. Kalo tak, takde maknanya lah ada gambar. Berzaman dah potfolio aku tak berupdate.


Hari ahad... buat apa ek.... Si Ain tido sampai kitorang ajak gi jusco petang tu pon tak mo. Ye la kan, aku cakap nak beli barang dapo kat tesco, tapi end up pergi Jusco bukit raja. Dah la aku pakai sebijik macam amoi jual sayur (x expect nak gi jusco kan.. ingatkan gi tesco. Lain ye attire untuk 2 tempat tu)


Pagi tu terjah stadium makan Nasi lemak stadium dengan kambing golek kegemaran En. hubby. Alangkah sedapnya Hujung minggu, membesarkan punggung aje kerjanya.


Malam tu, Wahed sampai bawak mama. Owh.. sangat meriah malam tu. Dengan Pak Tam (Naza adik hubby) pon ada. Wui... penuh rumah kecik kami =)


Isnin nya, aku dah cerita juga last entry. Pergi Hospital Universiti tu semua. Pandai la korang scroll bawah-bawah cari ye.


Sampai sini sahaja dulu. Daaa~~~






~ Harini ada makeup job lagi. kat Subang Jaya. Since dia jemput family dan hubby sekali, so makan kenduri lah kami malam ni. Alhamdulillah~~~

~ Aku dah beli "#1 ALL SYSTEMS PROFESSIONAL BRIGHTENING SYAMPOO" tu. Beli kat online pet store. Next time aku review eh~

~ tak sabar ni sebenarnya nak cuba pakai syampoo tu. Tak sabar nak sental kaki Lulu Lola. haahaha~

Comments

AinSaniah said…
hek eleh, sunflower la, bukan sunshine
cun an aku amek gamba? bule jd photographer nih kihkih

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.