Cuti sekolah. Layan je lah~~

Betapa lamanya aku tak update blog ini. Haish~~~


Adik aku Ain datang rumah aku, school holiday kan... so dia bercuti sakan lah. Kitorang pi shopping, jalan-jalan, naik komuter, naik LRT... wahahaha~! kenangan betul! Dengan hangkut Juwita sekali naik public transport, memang pengalaman betul. Juwita lah paling excited, naik Chuggington katanya~~ thee hee hee~~~ Sampai rumah semua orang pengsan. Bayangkan, pergi naik keta hubby hantar, took about 45 minutes aje. Balik naik public transport, 3 jam lebih!!! Kira sekali setengah jam lepak kat Starbuck KL Sentral, genab 4 jam perjalanan pulang. Hamikkk!!


Afterall, bagi aku naik public transport ni fun (LRT, Komuter, Taxi dan bas express maksud aku. bas perantara tidak di kira) Komuter pon better dah sekarang. Sejak dah ada Ladies Coach ni aman tenteram lah nak masuk dan duduk dalam tu. Tak de lah risau jantan gila kaki raba dan kaki gesel. LRT pon ok... tapi jangan peak hour lah... hehehe. Tapi, walaupon fun, tak bermakna aku akan menjadikan public transport sebagai pilihan utama. Sekali sekala (read: setahun sekali dua) bolehlaaaa~~~~ Kalau kena naik tiap hari, or tiap minggu, or sebulan sekali pon aku tak sanggup. Untuk sekali sekala amik pengalaman, atau untuk carik environment lain dari kebiasaan tu boleh. Tapi untuk menjadikan ia sebagai kenderaan utama, itu tidak mungken!!!


Habis bab public transport.


Mama datang hari ahad malam haritu, Wahed hantar. Semalam, kitorang gi Universiti Hospital melawat sepupu mama yang operation tulang pinggul. Owh~~ sangat ngeri. Aku ni, mana lah boleh tengok benda-benda macam ni. Masuk hospital pon aku takut. Mungkin sebab aku terlalu sensitive kot. Hospital ni ada satu suasana dan bau, iaitu kematian. So, memang tak tenteram aku kalau duduk lama-lama dalam hospital ni. Mama cakap, patut lah aku tak boleh jadi doktor. Penakut! hahaha~ lantak lah. Tengok nombor lagi seronok dari tengok darah.


Lepas habis melawat, lapar la pulok. Singgah the Curve, makan kat Waroeng Penyet. Lepas tu, masuk Pet Safari. Konon nak cari syampu All Systems tu, tapi hampeh. Tak ada jugak. Ciss betul. Jalan lagi, masuk Ikea sampai la mama penat. Hehehe~~ nak jalan sangat kan.. ha, amikk kau! hihihi~


Dah penat, balik la kan, apa lagi.


Harini last day mama dengan Ain kat sini. Diorang nak shopping dulu sat kat SACC sebelum pulang Melaka petang ni. Ain nak cari baju kurung cotton kaler putih yellow.




~ Haritu beli Royal Canin dapat diskaun 10% off. Sangat berbaloi-baloi! Sapa nak diskaun gi lah beli kat Kedai makanan haiwan Jingle =) Aku beli 4kg terus. waahahahaha~

~ Susah juga nak cari All System syampoo ni rupanya. Dah berapa banyak dah pet shop aku terjah. Nampak gayanya kena beli online lah ni..

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.