Nasi Diva Juwita


Juwita kalau makan nasi, tak ada maknanya dia nak makan kat pinggan biasa. Mesti kat pinggan dia yang colorful tuh, tak pon dalam mangkuk seramik minnie mouse dia. Kalau pinggan colorful tu yang jadi pilihan, pastikan kau tanya dulu nak pakai kaler ape. Kang tak pasal kau dah isi nasi lauk segala, tiba dia nak makan terus mangamuk. Sebabnya dia datang mood nak pakai pinggan purple, kau pulak main tibai bagi pinggan yellow. Ah, parah-parah. Memang diva sungguh!




Pastu, kanak-kanak ni, memang unpredictable. Semalam elok dia gatah telur dadar, harini entah datang angin mana, tak suka pulak telur dadar. Tengah hari tadi dok bertambah nasi lauk ayam, tiba dinner, sesuap ayam pon takmo pulak. Nak nasi carrot aje. Sesungguhnya jadi ibu kepada kanak-kanak yang sedang membesar memang menduga keimanan dan ketakwaaan ya amat! Kalau tak cukup sabar, tu yang melenting sana sini tu.


Aku pernah melawat seorang kawan yang sedang berpantang dan mendengar dia kata, "cepatlah baby ni besar. Senang sikit nak jaga. Tak larat dah." Aku senyum. Tak tau nak komen apa, sebab aku tau, memang susah pon masa pantang ni. Nak jaga diri, jaga baby. Baby pulak bukan 44 hari behave. Ada ketika melalak sepanjang malam. Ada ketika kembung, merengek, taknak tido. Kalau masa baby elok pon, tidur kita takkan cecah 4 jam straight. 3 jam sekali nak kena bagi susu badan. Jadi aku tak komen apa-apa.


Well, aku pon pernah dengar gak orang cakap, "cepat lah boleh jalan budak ni. Senang tak payah dukung lagi" well, aku gelak je dalam hati. Sebab, aku pon pikir macam tu gak dulu. Tapi bila Juwita dah lepas fasa belajar berjalan, dia takmo jalan pulak. Dulu masa tak pandai jalan, sibuk nak jalan. Tak bagi orang pegang. Marah kalau orang dukung. Sekarang dah boleh jalan sempurna, takmo pulak jalan, Berduuuuuukungggggggggggg aje. Jalan sikit, dah mengadu penat. haish~~ Jadi aku gelak dalam hati aje. Biarlah si ibu itu tau sendiri. Kalau aku cerita pon, macam lah dia boleh terima sangat.


Pada suatu ketika yang lain, aku mendengar keluhan seorang ibu pada hari pernikahan anak perempuannya, "cepatnya masa berlalu. Terasa macam baru semalam aku susukan dia dalam pangkuan. Besar ni je kepala dia dulu (sambil tunjukkan tapak tangan dia) Nak kawin dah rupanya. Cepatnya rasa" Tersentuh aku di situ. Terkesima dan terkedu.






~ hargailah masa kini kerana ia tak akan berulang kembali.

~ Saat anak-anak membesar adalah saat yang paling berharga bagi seorang ibu. Sekali kita terlepas, ia takkan datang kembali.

~ Kurangkan mengeluh kerana kelak sendiri akan menyesal kerana kurang menghargai

~Just cherish the moment.

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu