Adakah haiwan sesuai dijadikan hadiah?

jawapannya adalah TIDAK.


Tapi kitten atau puppy kan comel.. kenapa pulak tak boleh jadi hadiah? lagipon kawan aku suka gila kucing.

Suka kucing satu hal. Sapa tak suka tengok kucing yang gebu-gebu, mata bersinar-sinar, manja-manja. Tapi yakin ke yang kawan ko tu boleh jaga kucing? Puppy, memang lah comel, tunggu dia besar sikit nanti,dah lasak, baru kau nampak dia comel ke tak.


Ala... dia penyayang. Lagipon suka gila kat kucing. Mesti dia boleh jaga kucing tu punya.

Kau salah sama sekali. Suka kucing tak sama dengan boleh jaga kucing. Nak menjaga kucing menuntut sesorang itu mempunyai kesabaran, ketekunan, masa dan wang ringgit untuk diperuntukan kepada haiwan tersebut. Dengan makanan dia tiap bulan, perubatan, vaksin, kebersihan, supplement, dan macam-macam lagi keperluan diperlukan oleh kucing itu selain dari kasih sayang dan belaian manja.


Kalau kau tak jaga kucing tu elok-elok, lama-lama bulu dia dah tak gebu lagi, bulu gugur merata rumah, kutu, kudis, sakit mata, busuk, kepam... masa tu kau tengok lah kawan kau suka kucing ke tak sebenarnya. Silap haribulan dia masukkan kucing tu dalam kotak, hantar jauh-jauh.


Tak ke kejam namanya tu?





Percaya atau tidak, 90% dari haiwan yang dibeli di petshop berakhir di tempat perlindungan haiwan, atau di iklankan semula di laman web untuk di 'let go'. Kenapa?


1. Masa beli tu nampak haiwan tu comel je, lincah dan gebu. Beli sebab terpikat lah kononnya. Masa tu tak terpikir lagi perihal penjagaan haiwan tersebut.

2. Beli sebagai hadiah sempena birthday anak. Tak pikir ke anak 6 tahun tu, pandai ke nak jaga puppy/ kitten/ rabbit???

3. Bila haiwan makin besar, dia makin tak comel pulak. Puppy memang comel, tunggu dia jadi anjing betul. Dengan attitude dia lagi (kalau tuan dia tak train la), baru kau nampak comel ke tak. Rabbit pon sama, most yang jual kat pershop tu bukan pure sangat, mix breed je pon. Mix breed ni, kalau nak tau, lebih kurang macam arnab daging aje. Dia bukan baka dwarf/ petite. Maknanya bila dia dewasa, dia boleh jadi BESARR! Time tu memang lah tak comel dah. Tapi nak buat rendang arnab memang nampak sedap~ =P

4. Kebanyakan orang yang beli haiwan kat petshop adalah impulse buying. 99% dari mereka kurang atau tidak buat research pon tentang haiwan berkenaan. Jadi mereka tidak bersedia mental, fizikal, masa dan kewangan untuk haiwan tersebut. Bila dah beli, baru realize haiwan tu guna banyak duit, haiwan tu banyak makan, haiwan tu banyak berak, berak dia busuk, haiwan tu suka cakar-cakar, haiwan tu itu ini, begitu begini. Mengapa? sebab dari mula, sebelum kau beli, kau tak prepare.


5. Haiwan bukan barang dagangan. Ini tak ramai yang sedar. Sebab ada duit, main beli aje haiwan tu. Bila dah taknak, main hantar je ke shelter. Hei, dia makhluk hidup lah!!! Bukan alat permainan untuk korang main campak ke sana ke sini!



Berbalik kepada soalan asal, adalah haiwan sesuai dijadikan hadiah, jawapannya tetap TIDAK.



Korang pikirkan lah benda lain nak buat hadiah. Dalam toysRus tu ada patung kucing yang boleh react bila kita usap. Lagi senang nak jaga, tak berak, tak makan, tak payah mandikan, tak payah potong kuku, tak payah train. Dia nak bateri AA aje 4 ketul.






~ kat bawah tangga kat opis aku ni ada ibu kucing baru beranak. Sekor anak dia kaler putih, Rupa macam kucing siam. Kesian dia.... tengok, itu lah jadinya kat kucing yang terbiar. Yang dibuang-buang bila tak diperlukan lagi.

~ kalau korang rasa tak mampu nak bela kucing banyak-banyak, apa kata neuter kan aje kucing korang tu? Itu lagi baik dari ko buang anak kucing tu merata-rata.

~ aku yakin, kalau ko boleh tanya ibu kucing tu, mesti dia akan cakap taknak buang anak dia. Tabiat buang-membuang anak ni manusia je yang sanggup. ops~~

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu