Rambut sama hitam (walaupon rambut kau kena bleach, tapi asalnya hitam juga kan?)

Benarlah pepatah kata, "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain"


Alah, rambut pon sekarang dah tak sama hitam. Ada yang coklat sikit, ada yang kemerah-merahan, malah yang blonde terus pon ada. Semua tu sebab mereka nak tunjuk pada donia yang hati mereka lain lah tu. Tak sama dengan orang kebanyakan. Ok, fine. Aku bukan ustazah nak nasihat itu ini.


Bukan isu rambut yang aku nak kisahkan, tapi isu hati lain-lain itu. Senang contoh, tanya sahaja lah siapa icon popular yang diminati. Owh, anak gadis belasan tahun sekarang akan sebut nama-nama korea yang katanya adalah penyanyi pop di sana. Tidak lah dapat aku memberikan contoh walau satu nama pon di sini sebab aku tak kenal mana-mana artis korea. (kalau nak kenal, korang kena pergi blog my dear sis. Dia die hard fan korean pop singer).


Walau jatuh chenta macam mana pon mereka pada korean artist, yang pada mata gadis-gadis ini sangat kacak dan bergayanya mereka, bagi pandangan aku pula adalah sebaliknya. Aku hanya nampak lelaki-lelaki yang over dress + over makeup + putih melepak + look soo g*y (komen terakhir terpaksa aku blur kan atas sebab tertentu). Aku tak marah orang menyukai sesuatu, begitu orang juga tak wajar marah jika aku tidak menyukai sesuatu. Masing-masing ada hati. Hati kita lain-lain.


Kebanyakan masa, kata hati aku tak pernah salah. Bila aku tak sedap hati dengan sesuatu, mesti ada yang tak kena. Aku juga agak tepat dalam menilai peribadi orang. At 1st glance, aku boleh nilai kejujuran di mata mereka. Aku boleh smell something fishy. Jangan main-main, hidung aku agak tajam! hahaha~


Aku adalah orang yang percaya pada hati. Kebanyakan masa, aku membuat keputusan mengikut hati. Ya, mesti tak ramai yang setuju, malah membangkang lagi ada. Betul, bila nak buat keputusan mesti fikir semua perkara. Orang kata, "consider all factor". Tapi bila dah consider all factor, tapi hati masih tetap berat...... mau diikutkan sahaja juga kah?


Ikhlaskah membuat sesuatu jika tidak sepenuh hati?








~ mencari ketenangan hari ini.

~ Harap adalah rezeki kami nak bercuti. Amiiinnnn~

~ hati sedikit berkecamuk.

Comments

AinSaniah said…
meh balik, ade souvenir untuk ko~~~~~~~~~~~

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.