Dalam pada aku berusaha untuk mengekalkan kesihatan, berat badan dan susuk tubuh menawan, masih banyak lagi perkara-perkara yang aku lakukan / tidak lakukan dalam kehidupan seharian yang sedikit sebanyak bakal menjejas kesihatan aku luar dalam. Sesiapa yang mengenali aku semestinya tahu bahawa aku sangat 'particular' dengan apa yang bakal aku masukkan ke dalam mulut (bermakna makanan lah). Dan aku seboleh-bolehnya mengamalkan cara hidup yang sihat dan kekal aktif sepanjang masa.
Akan tetapi, tahun ini adalah tahun yang agak mencabar bagi aku, keluarga serta syarikat. Kami kerja non stop! Perlu di ingatkan, aku bukan mengeluh ya. Bersyukur lagi adalah, sebab rezeki yang tak putus-putus tuhan bagi pada keluarga kami. Cuma bila kerja tak habis-habis, bermakna tak ada lah cuti, tak ada balik kampung lama-lama, tak ada holiday, tak ada senang-lenang. Pendek kata, KERJA KERAS!
Seingat aku, tahun ini aku tak pernah mintak off day lagi. Sabtu pon aku rela hati masuk kerja dengan hubby. Semua sebab aku tau, kerja memang melambak kat office. Dan, aku rasa sangat tak senang hati bila duduk senang lenang depan TV bila memikirkan laki aku kat opis berhempas pulas membanting tulang empat kerat (ok, aku melebih-lebih). House chore pon ala kadar je aku buat. Mana yang sempat aja. Tak de nye aku dapat menyental dan mengilat segala perabot. Sapu sampah pon seminggu sekali jahh~ (buka pekung jap)
Tapi semua tu aku tak kisah sangat. Asalkan rumah masih kemas, takde la berabuk ka apa, tak de bau-bau yang tak menyenangkan, ok dah. Yang penting suami dan anak aku selesa duduk dalam rumah tu. Tapi yang aku ralat sikit adalah bila kesihatan sendiri dan keluarga mula terabai.
Dengan cuti yang kurang, maknanya rehat pon kurang kan. Manusia ni, bila sampai satu tahap lemau dan lesu tu, memang nak kena recharge. Tapi dek kesibukan, nak recharge pon tak ada masa. Nak beriadah apatah lagi.
Bak sini aku list kan perkara yang kami dah terabaikan sepanjang tahun ini:
1. Berbasikal.
Hubby aku memang suka berbasikal. Biasanya dia rajin berbasikal time pagi-pagi, tak pon petang-petang bila balik dari office. Tapi sejak 2 menjak ni, mana ada dah balik rumah petang. Malam baru sampai rumah. Badan pon dah letih lesu. Jadi, bilanya nak berbasikal?
2. Berenang.
Ini hobi kami berdua. Kadang-kala bawa Juwita sama. Tapi bulan ni tak swim langsung!!! Ada lah sekali haritu, tu pon 30 minit je sempat. Menyambil alang-alang singgah putrajaya kerana urusan rasmi. Hubby lagi lah dah 2 bulan kot tak swim. Aku pulak, kelas swim yang wajib tu pon tak menyempat nak attend. Asyik kena pospond aje. Dah la 2 kelas aku dah rugi sebab datang lambat. Entah bilanya nak pass freestyle kalau gini gayanya.
3. House Chore
Macam aku cakap, dah kurang dah buat house chore yang hard core. Setakat basuh baju, sidai baju, lipat baju, sapu sampah, basuh pinggan mangkuk aje. Kurang dah aktiviti menyental dan memberus. Menggembur dan menebas lagi lah kan. Aku memang suka house chore sebenarnya, sebab bila aku buat house chore, total kalori yang aku guna adalah bersamaan dengan 30 minit aku senam robik. Aku tak suka senam robik sebab pada aku ia membosankan. Lebih baik buat house chore. Tapi apakan daya....
4. Evening Primerose Oil.
Dah lama tak makan. Sebabnya, lupa. Hahahahahaha... apa nak jadi tah. Makan vitamin pon boleh lupa. Natijahnya, aku kerap pening-pening, sakit kepala, loya-loya. Pantang perjalanan kereta lebih 20 minit, mulalah perut, tekak, semua rasa kembang. Nak muntah aje rasa. Jangan salah anggap, aku bukan mengalami sintom awal kehamilan. Tapi ini adalah kesan pengambilan hormon etonogestrel (jangan tanya aku apa benda itu, kau google lah sendiri).
5. Masak.
Dah lama jugak aku tak masak kat rumah. Kesian kat huby dan anak aku. Asyik kena makan luar aja. Tapi nak buat camana, kalau balik rumah semua dah letih, manalah larat nak masak. Nak tunggu lauk masak pon menggigil perut rasanya. Apatah lagi si tukang masak yang kena bersilat kat dapur tu kan. Tak menyempat nak letak punggung pon. Masak kat rumah ni banyak faedahnya. Antara yang paling penting, aku boleh kawal kandungan gula, garam, dan minyak dalam masakan aku. Paling penting, tak letak perasa tambahan yang merbahaya pada kesihatan.
6. Caffien
Bila dah balik rumah lewat, penat, lesu, apa lagi lah yang di inginkan sangat pada waktu tu? dah tentu secawan nescafe sambil menonton TV. Ya, sangat lah tidak elok.. tapi itulah jugak yang aku craving-kan tiap kali sampai rumah. (sambil aku menulis ni pon, aku ditemani se-tin "old town white coffee")
7. Duduk goyang kaki.
Walaupon aku kata kerja kat office melambak, tapi kerja tu semua tak perlukan aku untuk berlari dan melompat. Paling banyak bekerja cuma otak dan jari jemari aku aje. Anggota badan yang lain cuma duduk senang lenang. Paling best kaki dengan punggung lah. Punggung melekat aje kat kerusi putih tu sambil kaki pulak goyang-goyang macam ekor anjing. Pergh!!! cukup haribulan memang naik kembang lah bottom part aku. Ni pon macam dah agak-agak sendat gak Levi's aku nih.
Owh.. banyak lagi sebenarnya habit kurang sihat yang tanpa sedari telah aku terapkan dalam kehidupan sibuk aku ni. Mungkin aku perlu arrange balik time management famili aku, supaya kami ada masa lagi untuk beriadah, bercuti dan beristirehat. Sebab kadang-kadang, bila kerja kuat sangat, rasa nak give up pon ada. Ye lah, kerja kuat-kuat, tapi tak dapat nak enjoy dan hayati pon hasil titik peluhnya.
"ALL WORK AND NO PLAY
MAKE JACK A DULL BOY"
Tak gituh?
~ Cuba untuk lebih berdisiplin. OK?
~ Betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul. Boleh?
~ Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan esok mesti lebih baik dari hari ini. Sama-samalah kita saling mengingati.
Comments