Kopi dan Sandwich

Waktu pagi adalah waktu yang paling sedap nak makan. Antara 5 waktu makan, aku memang paling suka breakfast. Lunch aku tak ternanti-nanti sangat pon. Tea break pon aku jarang-jarang ada. Dinner aku memang skip. Supper... aku suka! aku suka kalau dapat secawan air panas sebelum masuk tidur. Rasa lengkap hari aku.


Antara banyak-banyak menu, bagi aku paling versatile adalah kopi dan sandwich. Aku boleh makan ini untuk breakfast, atau lunch, atau brunch. Kalau tengah malam tiba-tiba lapa sangat pon aku akan cari kopi dan sandwich. Kat rumah aku memang tak pernah putus bekalan roti. Kalau aku yang beli roti confirm aku ambil wholemeal bread. Kalau bos besar ambil, dia semestinya pilih white bread lah.


Aku anak beranak semua suka roti. Juwita pagi-pagi sebelum ke taska adalah wajib baginya memakan 2 keping roti bakar sapu kaya bersama air milo suam. Wajib. Bos besar makan apa sahaja yang aku sediakan. Aku, mesti nak sandwich, walaupon sandwich itu hanyalah bermaksud open sandwich (1 roti sahaja) berlapiskan tomato segar 2 hiris, lettuce 5 helai serta daun basil 3 helai. Pon dah di kira sandwich kan? Sandwich sayur.


Ada pulak orang buat kajian kan.. bangsa yang makan nasi ni rendah-rendah. Bangsa yang makan gandum pulak tinggi-tinggi dan besar-besar. Dan mengikut kajian itu memang benar-benar berlaku! Tengok je lah bangsa yang makan nasi, Cina, Melayu, Jepun, India, Thailand.. pendek kata warga Asia lah. Rendang bukan?


Tengok pulak bangsa caucasian, bangsa Afrika, France... orang-orang roman, malah bangsa Arab. Makanan ruji mereka adalah roti, yakni base on gandum. Besar kan mereka?


Ye. kalau korang baca kajian ini, jangan lah kau tengok aku atas bawah atas bawah. Memang aku suka makan roti, dan memang aku rendang. 150cm aje. Tapi mengikut kajian ni juga, kesan makanan ini keatas keturunan akan nampak lepas 3 keturunan. Maknanya, cicit piut miut aku nanti baru lah tinggi-tinggi dan besar-besar, kalau 2 keturunan aku berturut-turut menjadikan roti sebagai makanan ruji lah.


Haa.. pasal ini aku tak buat uji kaji lagi. Kalau aku serius nak jadi testimoni, aku kena inform kat anak cucu aku lah pulak. Nanti sampai kat cicit dan piut miut baru leh tau betul ke tak kajian saintis tu.




Kalau ada pepatah pungguk rindukan bulan, bagai aur dengan tebing, kumbang dengan bunga,... aku nak cakap kopi dan sandwich. Gabungan yang jauh beza, tapi kena! Bila layan memang tak dengar anak kat sebelah nak susu.








~ Masak apa malam ni eh.... ooo ada sotong.

~ Juwita sekarang mood makan bersuap. Kalau tak suap tak makan. Ramai yang kata, dia ni kena ada adik.. -__-'

~ Nak pergi spa lah bulan nih. Kerata pon kena service. Manusia apatah lagi. kan?

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.