Penangan kerja

Baru pulang dari Melaka. Sampai tengah hari tadi, terus masuk office. Kerja memang MELAMBAK. Juwita ponteng taska. Nasib baik dah inform teacher dia Jumaat lepas. tak ada lah mereka tertanya-tanya pulak nanti... manalah tau kan.. hikhikhik... dah la yuran belum bayar. -__-'


Sepanjang tahun ini, minda kami memang fokus pada kerja, kerja, kerja. Mungkin aku boleh katakan ini adalah fasa bekerja keras kami. Belum lagi untuk tahun ini kami makan sedap (kalau ada pon biasa-biasa sahaja kot.. sebab tu aku tak ingat), belum ada apa-apa celebration (kerana belum ada benda untuk di celebrate, belum ada grand vacation (kalau ada pon setakat pulang ke kampung halaman sehari dua). Cuma.. bulan Januari haritu kami ada ke Port Dickson untuk menyertai BBQ budak-budak x-MRSM, dan kami ambil kesempatan itu untuk puas-puas release stress!


Hari ni baru teringat sesuatu yang agak penting juga. Hujung bulan ni adalah birthday Juwita! Maka, dengan kerja yang melimpah ruah tak pernah henti, masa kerja yang pack tak pernah ada cuti, .....


Adakah perlu kami biarkan hari lahir Juwita berlalu pergi?


Oh, paling tidak, perlu ada sebuku kek dengan Juwita berpakaian molek sedang memotong keknya, lalu abah SNAP foto moment itu. Itu janji kami.... "perlu ada gambar Juwita dengan kek hari lahirnya setiap tahun."Tanpa miss satu tahun pon! Untuk buat buku kolaj~~~


Idea ni dapat dari filem "taken"http://www.imdb.com/title/tt0936501/ . Kinda good idea, isn't it? Why not?


Maybe by the time she get married.. (gosh..someday she will... rite?), on her wedding day... boleh bukak slaid gambar2 birthday dia dari umur 1 tahun sampai..... 23? 24? maybe?? haha~ mesti semua meleleh time tu~~haha~! (apalah ni... dah jauh melencong)


Apapon... tengah pikir kek nih. Just a cake. No party, no goodies bag, no guest, no invitation. Just us, together. In the house, with a cake...and present of coz. And some nice drink and foods.... =)


Oklah.. uncle wahed boleh datang....=)



~ kami bertiga pon dah lama tak spend time together

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.