masak-masak hari ahad: lasagna & apple caramel tartlet with mascapone cheese


aktiviti hari Ahad lepas adalah memasak bersama anak daraku sebelum kami shoot ke kolam renang. Owh.. Juwita memang suka kalau di ajak masak.. kena bagi jugak dia tugasan walaupon hanya untuk letak sudu dalam mangkuk.. haaa~~~ kalau tak mau merajuk sehari.


Jadi, mula dengan buat Lasagna. Kali ni buat yang cepat dan instant aje. Buat style semi homemade cook aje. Maka, tak ada buat roux, tak buat bechamel sauce, tak buat tomato sauce, tak masak mince meat.. semua tak lah!!! Gile malas kan.. (bukan malas sebenarnya, tapi nak cepat. lagipon bahan tak cukup. Mince meat tak de, susu takde nak buat roux,... )


Maka, aku berpaling kepada option yang cepat dan segera... iaitu menggunakan sos prego bolognese sebagai tomato sauce, chambell mushroom soup sebagai bechamel sauce, dan sebab tak ada mince meat, aku gantikan dengan sausages yang dipotong halus. Ringkat amat nih!!


Jadi, tak sampai 5 minit dah siap preparation, mulalah melayer.....oh ya, selang selikan dengan mozarella cheese ye. Sampai penuh bekas, sudahkan dengan mozarella yang banyak kat atas, then terus masuk oven. Masak dalam 20 minit gitu.




Sambil tunggu lasagna masak, buat apple caramel tartlet. Pon kacang je buatnya. Mula-mula, potong dadu apple hijau, mix dengan castor sugar, letak air dalam 1 sudu, dan reneh atas api sampai la apple lembut dan gula jadi karamel. Tapi jangan sampai gelab sangat plak color.. nanti pahit. agak-agak la eh.. Api biar kecik je..




Dah siap apple caramel, keluarkan mascapone cheese frosting dari peti sejuk (ni balance dari red velvet minggu sudah), dan susun tartlet cup. Tartlet cup ni aku memang ada extra sentiasa, sebab mak aku rajin bagi aku tiap kali aku balik kampung. hahaha~ kalau mak aku tak bagi pon, aku mesti ada jugak, sebab rajin beli kat bake with yen.





Bagus ada stock tartlet kosong ni.. emergency nak kuih muah, keluarkan je dari peti sejuk, pastu letak je filling. Paling senang sekali, jadikan blueberry cheese tartlet le.. tak pon, buat custard jadikan filling, pastu letak je mix fruit atas tu. memang senang lah~! ngee~~


Berbalik pada apple caramel tartlet tu. Sekarang isi lah tartlet dengan appple caramel dan kemudian letakkan 1 dollop mascapone atasnya. Siap~~ lalalalalla~~~ sambil goyang kaki pon boleh buat.





Eh, Juwita buat apa eh... oh.. Juwita tolong rasa mascapone.. pastu tolong gigit tartlet.. pastu tolong jilat sudu.. ahahahahaha~~~! ape-ape lah sayangku, asalkan puas hati. Kembang kuncup hidung dia, konon dah membantu sangat dah tu kat dapo. hahahaha~~





Siap semua, terus hidang. Kejut hubby bangun, then terus makan. Bagus betul hari ahad.. makan tido je kejenya. ahaahaha~





Tapi kurang kick la lasagna tuh, sebab semua semi homemade kan.. semua instant. So, kurengggg lah bagi aku. Kalau nak sedap mesti pakai mince meat gak, buat roux buat bechamel sauce gak.. baru menjilat jari jadinya. haaa....Tapi ni pon ok..untuk emergency punya masak-masak. Unplanned punya. Pakai apa yang ada je jahh





~ minggu ni cadangnya nak buat baked macaroni and cheese. bahan cukup dah nih.. stock mozarella je nak kena tambah. Susu pon ada.. kali ni buat roux betul-betul naa~~~

~ Asyik hujan memalam je sejak akhir-akhir ni.. dah berapa hari dah asyik terlajak tido...

~ harini dari pagi rasa tak senang hati. macam ada something. risau betul.. apa yang aku lupa ni......

Comments

wah sedap... you clever cook
fizanur said…
sedapnya tengok. suka tengok Asian Food Channel..tabikla org yg pandai masak western ni.

Menarik sepanjang March

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu

breakfast @ hailam kopitiam

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)