memang seronok kalau dapat jogging atau berbasikal di taman nan indah... sambil sahaja matahari menyinari air tasik, pohon-pohon yang rendah dibuai-buai angin sepoi-sepoi bahasa...
Saya pula, sedang bersiap sedia hendak ke KL dan Sungai Besi. Banyak urusan, banyak kerja perlu diselesaikan.
Ya... saya kalau memandu memang berkaki ayam. Ramai juga yang tanya kenapa. Entahla.. lebih selesa rasanya. Masa belajar memandu dulu sahaja saya pakai kasut. (apekah gila ke drive pakai kasut?? berapa kerat je manusia yang buat begitu??) Saya, mesti buka selipar dan kasut. Kaki ayam sahaja. Mama saya pon begitu.
Ada kawan saya sorang, Abby, pon kalau memandu perlu buka selipar. haha~ maknanya tak pelik lah kan.. ada je orang lain buat.
Yang penting, selesa. Saya suka bila tekan clutch dan minyak, rasa getarannya di tapak kaki. Bila nak balance minyak dengan clutch.. rasa power dia. wakakaka~ (kantoi disitu saya pakai kereta manual).. weih... manja lah weih.. pakai auto! manual la... baru ROCK! wahahahaha~
Saje je.. entry ringan di tengah hari Isnin.
Daaa...
xoxo
~ Alhamdulillah, kenduri Kak Bi berjalan lancar. Selamat diijabkabul pada petang Jumaat, dan langsungnya pada Sabtu lepas.
~ Tak sabar nak tengok gambar dari official photographer. Walaupon laki sendiri kan... choiii sangat laa~ tak da chan nak tengok lagi nih..
~ Esok nak berangkat ke Kelantan pulak... 8 jam perjalanan woooo~!! gile lah!
Comments