Salam semua... Punyalah lama tak update blog. Record nih! Dekat 2 minggu blog ni berkepam. Malam ni, aku bercadang untuk update serba sedikit blog aku. Kebetulan ada masa lapang sikit, Juwita dah tido, kuih raya dah makan, ketupat dah habis, rendang dah licin, beraya dah puas.... So, apa lagi, update blog lah kan~
Tahun ni aku beraya di kampung mertua aka kampung hubby aku kat Palong 1. Seronok sebab meriah, ramai orang, riuh rendah. Budak-budak pon ramai (ada ramai anak buah), jadinya memang happening jadinya, silap-silap boleh jadi pening.. haha~~
Yang seronoknya beraya di sana adalah, bila time ke dapur, ramai je orang. Seronok tau masak ramai-ramai. Sorang buat tu, sorang buat ni... ada je kerja masin-masing (walaupon aku kadang-kadang tak tau nak buat apa, sebab semua kerja dah ada orang buat :P). Masa makan pon beramai-ramai, sampaikan bila semua adik beradik dan keluarga ada, sampai 4 jambar terhidang, dah macam kenduri daa... tapi seronok! orang kata pengalaman berbeza...
Raya Pertama
Raya pertama kami beraya sekitar Palong 1 je. Rumah jiran tetangga. Petang tu, orang datang berkunjung ke rumah kami pulak..
Raya kedua
Hari kedua kami ke Serting. Dapat lah melawat 3 rumah, termasuklah rumah Kak Long di kampung Peladang. Lepas tu, bergegas pulang, sebab orang-orang Serting tu pulak nak datang beraya Palong. haha~ balas membalas kunjungan
Raya ketiga
Raya ketiga, barulah kami balik Jasin. As usual... ada 4 orang. haha~! mama, abah, ain, wahed. Balik aku sekeluarga, tambahlah lagi 3... aku, hubby dan Juwita. Macam tahun lepas juga, Rauf tidak bersama kami beraya. Rauf beraya di Melbourne. (woi, ko janji nak balik awal tahun depan kan? make sure jadik! kalau tak, aku akan sangat marah, hokey~!) Dan kerana itu, kami tidk cukup korum.. makanya kurang lah seronok...tapi masih seronok. Lagipon raya ketiga ni mama buat open house. So seronok lah, ramai orang datang, dari lepas zohor (orang mesjid), sampai lah ke malam buta.. ada je orang datang...
Raya keempat.
tak buat apa. Duduk rumah. haha~ Kami pergi Aeon baru kat melaka nun. Aiyah... menyesal gile tak datang sini masa sebelum raya dulu! Baju lawa-lawa gile! Sebab raya dah lepas kan, dan aku pon ada baju raya 3 pasang, jadi aku tak beli pape lah.. (dalam hati terasa kerugian di situ). Tapi aku tetap beli cosmetic lenses; Geo lens macam biasa. Belikan Juwita mainan. Toy Shop kat situ, aku cakap kau.. .murah gile! Hubby aku pon terkejut...
Singgah Padini, belikan hadiah besday Ain Asniah. Iaitu baju T beserta cardi/sweater. Aku beli untuk diri aku necklace dan selai baju hitam yang loose lagi see through (bak kata wahed, tu baju nak pikat suami...) wakaka! baju tu kena pakai inner la... dan kena pair kan dengan clincher.. baru ngam!
Raya kelima
Malam raya kelima baru lah berkesempatan melawat Mak. Dapat la lepak sana dalam sejam lebih. Dah penuh perut dengan air teh-o, kami pon meminta diri untuk pulang. aku yang cerdik ni, cadangnya taknak bawak handbag. Memang lah aku tak bawak. Natijahnya, duit raya untuk mak pon aku tak bawak. cerdik lah sangat kan~~ Nasib baik la hubby ada, salam kaut je la..
Raya keenam
Aku masih di Jasin. Cadangnya nak balik semalam, tapi ada masalah teknikal. Jadi kami stranded di sini. Ain tu ponteng sekolah harini. esok cuti hari malaysia pulak. Harini ni tak buat apa... membuta je. adoi la~~~
Esok, hubby balik Shah Alam. Ya, kau baca dengan betul. Hubby aku balik Shah Alam esok. Aku tak balik. Juwita tak balik. :( sedih? Ya... aku sedih la woi... kena tinggal... hubby balik sorang-sorang....Silap-silap aku nangis sorang-sorang dalam bilik esok nih... tak de orang nak peluk malam-malam... huuhuuuu~~~~~
Hari Sabtu hubby datang balik.
kenapa?
Sebab, ahad ni kami ke Batu Pahat. Kawan hubby punya wedding kat sana, hubby buat job Photography. Hubby balik Shah Alam ni pon kejap je, sebab nak settle kan satu job urgent kat sana. Kena submit hari Sabtu nih. Lepas settle job tu, hubby balik Jasin terussss. Jumpa aku.. ngee~~~ :):):)
Tapi, kejap-kejap pon...dekat 3 hari jugak kan... kamis, jumaat, sabtu... uwaaaa!!!!!!! nangis ai~~
Oklah. Cukup dulu update raya. Maaf lah tiada gambar raya yang dapat aku paparkan. Aku tersangatlah malas nak transfer gambar tu semua... Mungkin di entry berikutnya aku boleh paparkan gambar-gambar raya sahaja, tanpa perlu mengarang apa-apa. Mungkin, ye.. mungkin.. (tak janji)
daa....
~ Kemas stor, terjumpa barang-barang lama. Sangat mengimbau kenangan! Terasa nak ambil balik semua tu bawak balik rumah. hehe..
~ Jumpa satu butik yang best kat jasin. At least bersemangat jugak lah nak turun jasin... sebab ada butik tu. heh! aku bukan rajin nak drive gi melaka kan...
~ Harap-harap hubby balik esok petang... jangan la pagi.......cepat sangat.............
Comments