girls day out


hari raya haritu, ada satu hari, abah nya kena balik Shah Alam settle kan satu job urgent. So, tinggallah kami 2 beranak kat jasin...


Juwita mulalah, meroyan time malam.. nak abah... nak abah... nak abah ipok (tepuk).. alaaahai.. tak dapek la den nak pujuk.. bior je le dia nangis sampai tertido. (serius!)


Tapi, hari siangnya dia ok. Tak de pulak sebut-sebut abah. Mungkin sebab ada banyak mainan, pastu ada macam-macam aktiviti, dia jadi leka. Aku dengan ain le, arrange macam-macam aktiviti, supaya dia tak bosan, dan supaya aku pon tak bosan + rindu sama kekasih hati... hua hua hua...


Siang tu, kami pergi kedai mama, buat kek sesama (ada aku cerita dalam entry yang lepas-lepas), pastu aku ada gi jalan-jalan ke melaka, nak pujuk dia, aku ada belikan CD princess barbie yang baru, jam tangan barbie lagi.... ish ish ish.... nasib baik murah je CD tu...


Kat kedai, ada Aina dengan Lala, takde lah Juwita tu bosan. Dia leka main je la. Nasib baik malam tu abahnya balik. Patutnya kena tidur berdua lagi satu malam, tapi hubby balik malam tu sebab ada job photog esoknya kat batu pahat. Esoknya, kami ke Muar pulak, makan kenduri. wawawaa... banyaknye makan bulan raya nih!


ni dia muka budak rindu sama abahnya


kek yang kami buat bersama... huduh la gak


jalan-jalan window shopping dengan ain... posing amik gambar sampai kena sound


amik gambar lagi...bosan punya pasal~


cukup le. daaaa....


~ ada job besar mengintai-intai. Harap-harap menjadi

~ open house ahad lalu berjalan dengan lancar. Tetamu ramai diluar jangkaan. Alhamdulillah makanan cukup-cukup. tak lebih, tak kurang.

~ sabtu ni open house rumah kawan pulak. dengor nye menu nasi ayam! ahaks!

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)