recent update: barang Juwita, barang aku

Pediasure oh pediasure (barang Juwita)

Susu Juwita kat rumah dah habis. Last week, pergi cari merata juga untuk bekalan di taska (biasa 1 tin hantar taska, 1 tin kat rumah). Tak teringat nak beli 2 tin sekali gus. Sana-sini cari semua dah habis. O_O apakah? Akhirnya dapat beli kat Pasaraya Bintang. Itu pon tanya bangla tu, dia pi amik dalam stor.


Semalam, nak cari Pediasure lagi. Pon sama!!!! kat tesco takdak dah. Yang tin 1.8kg tu mencanak pula harganya, sampai Rm133???!!! WTH? Selalu beli yang tin 900gsm baru RM60, kenapa plak 1.9kg boleh Rm133? tak puas hati betul la aku...


Akhirnya pergi Pasaraya Bintang lagi, dennga harapan ada. Macam minggu lepas, kat rak takde dah pediasure. Tanya bangla tu, dia pi ambil dalam setor. Aik? Dari minggu lepas rak kosong.... tak de orang nak topup letak naik masuk rak ke? awatnye simpan dalam setor? huh? tunggu stok semua satu malaysia habis baru kau nak keluarkan eik? (jangan percaya cakap aku, aku merapu sahaja). OK, bersangka baik, diorang dah topup dah senin haritu, tapi pastu habis lagi. Maklumlah, semua ibu kat Shah Alam bagi anak minum Pediasure~~~ (baik sangka kan, aku?)


ish.. macam-macam la. Menggelabah gak la aku mencari susu Juwita ni...


Special K dan penjagaan ususku (barang aku)

Aku beli Special K koooo! hehe~~ dulu kalau makan cereal aku mesti beli Fitnesse, kali ni nak try Speciak K pulak. Pagi tadi makan 1 mangkuk. Best gak la. rangup! Penat aku mengunyah. hahaha! Oh ya, aku beli sekali Strawberry dan Kiwi untuk dimakan bersama. See... nampak tak purpose dan hala tujunya nih?


Aku nak mula balik pilihan pemakanan yang sihat. Sejak kerja ni, jarang dah makan buah-buahan dan serat yang mencukupi. Cukup sekadar isi perut je. So, kali ni kena disiplin sket. Jaga perut, supaya usus lebih sihat, perut lebih flat, dan badan lebih bertenaga! oooyeah!!


Dulu, tiap pagi aku ke tandas, sekarang kadang-kadang dah tengah hari baru nak ke tandas. Ada pernah x membuang pulak sehari tu... ish2... parah dah nih. Kena betulkan balik pengambilan buah-buahan dan serat dan air masak.....(terbaca dalam paper pasal kanser usus. gerun wooo! @_@)

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)