lawatan ke horse riding school~




driving school korang biasa dengar kan. Biasanya bila dah habis SPM, mesti punya register kat driving school... kengkonon supaya nanti boleh bawak kereta, bawak moto... (pastu mula berangan-angan drive viva di perkarangan universiti, nak ke kuliah) - pergh... angan-angan tak hengat!


kawan aku sorang ni, tak main lah driving school lagi. Dah lama dah pass. Sekarang dia ambil lesen berkuda! yup! berkuda. Bukan kuda padi tau, ini kuda besar... kuda tunggangan tuh -_- (aku tak tau nama kuda.. jangan salahkan aku atas kejahilan sendiri)

ini uder, sedang meramas mesra bersama kuda yang bernama..... (lupa nama dia)

Kawan aku ni, uder (Nurul Huda Bokhari), dia dah lama dah lulus mengunggang kuda nih. Malah dah beberapa kali dia masuk tournament sukan berkuda ni. Sekarang ni, my fren ni tengah ambil course teaching. Mengajar orang mengunggang dan menjaga kuda plak. haa.. .bagus kan? Aku nak belajar dengan dia je la~~~ (hehe... kuda pon aku takut.. nak naik konon...)


memandikan kuda



So, haritu, on da way nak ke supplier bunga kat KL, singgah la kat kelab sukan berkuda diraja selangor (ala.. dekat dengan palace of golden horses), Uder bawak la aku singgah jap jalan-jalan. Seronok gak, sebab ia pengalaman baru bagi aku kan.


~ uder ni dia tahu berenang, tahu memanah, dah tahu menunggang kuda. cukup syarat untuk jadi barisan hadapan para mujahidin. takkkbiirrrrrrrrr!!!!

~ aku teringin nak tunggang kuda walaupon takut.

~ bahagian riding school ni completely halal...(mengikut kata uder). Bersebelahan dengan itu, ada lapangan lumba kuda. Judi yang so called "LEGAL" ("Kelab Lumba Kuda diraja Selangor" kan...) haram tetap haram beb~

Comments

Sherry said…
I dream of ride a horse but I did hehe.. long time ago ikut parents to indonesia. one time only, :( mak I jatuh dari horse.. maybe horse too scare as she wear tiger tshirt.
nurulbokhari said…
pipi aku tembam n terserlah.. uwaaaa~~ sayang kita takder gambar kat kedai bunga kaannn~~

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu

breakfast @ hailam kopitiam

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)