ibu ibu sekalian, masa preggy dulu buat apa?


Masa aku preggy dulu, aku adalah Stay At Home Mom (SAHM). Kalau orang tanya, best tak masa mengandung? Aku akan jawab dengan sekali nafas, BEST!!!! Dalam banyak-banyak masa, sepanjang umur hayat aku, mengandung adalah satu pengalaman yang paling indah dalam hidup. (dan selepas tu, pengalaman melahirkan Juwita juga adalah kenangan yang paling indah juga).


Sepanjang aku mengandung, aku gembiiiiiiiraaaa aje. Sungguh! Seingat aku, tak pernah lah aku menangis, emo, atau sedih. Mungkin pembawakan budak. Aku rasa setiap hari adalah hari yang bahagia. Walaupon ada hari-hari yang aku kena morning sickness dan heartburn, tapi aku still happy. Syukur juga, aku tak ada apa-apa masalah, aku tak sembelit, tak bengkak kaki, tak de kencing manis.. cuma aku cepat nak pitam aje. Sebab Juwita ni dalam perut kuat makan. haha! Aku makan banyak pon, dia yang serap semua. Aku maintain slim (ok, aku tipu. mana ada orang mengandung slim...)


Hubby aku, hati-hari tanya, harini ada rasa nak makan apa-apa tak? Sebabnya, masa mula mengandung, aku tak berapa rasa nak makan. Yan gaku suka makan hanyalah Nandos. Owh... sedapnya Nandos!!! Aku boleh jilat sos nandos yang extra hot tu tau! Air pulak, aku selalu mintak hubby belikan air kelapa. sedapppp~~~~~ Selain tu tak de la aku ngidam ape-ape yang merepek... (ade ke realiti orang mengidam rusa bercabang tiga?)


Masa aku sepanjang aku mengandung dihabiskan dengan membaca buku. Mungkin sebab tu Juwita suka baca buku. hehe... dan, lagi satu aku suka masa ni adalah melaram, dan window shopping! Walau dah nak pitam pon, aku tetap nak tawaf 1 Utama tu tau. Ikea dengan the curve tak payah cakap la, setiap inci aku ukur! wakakaka! (sampai wahed pon tegur, patut la anak kau suka shopping, mak dia bawak shopping sejak dalam perut!).


Pastu, aku suka melaram kan, tapi light2 je. Sebab, ada sekali tu, hubby aku tengok aku. Pastu dia tanya, awak makeup ke? Aku pon cakap la.. x la. biasa-biasa je, pakai mascara dengan lipstick. Hubby kata... "muka awak berseri lah! glow!" wahhhhhh!!!!!!! suka makk! Pembawakan budak lagi... kan? hehe~~~


Kawan aku sorang ni tengah preggy, dan... tau tak, dia buat apa mengisi masa lapang dia...dia menjahit sarung pillow dan bolster untuk baby dia! teruja aku dengar hokey! Kagum jugak la... hehe...Dia siap cakap, dia jahit tangan je sarung tu, dengan penuh kasih sayang! (terharu aku baca tau!)


Lepas aku tahu tu, aku termenung je pikir balik... apa aku buat dulu ek masa aku preggy. oh... aku membaca buku, aku shopping, aku melaram.. hehe... dan aku makan....(ya! aku makan! masa preggy lah satu-satunya masa aku makan tanpa fikir berapa kalori, berapa lemak, berapa fat. Aku cuma make sure portion betul, kandungan gula kurang. Best kan?)


So, kepada bakal-bakal mommy diluar sana.. korang buat apa masa korang pregnant nih? hehehe...

Comments

Sherry said…
the chinese say pregnant cannot do sewing or banging nail on the wall ... dont know.. true or not.. but I think if like that how if tukang baju work?

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.