pencapaian peribadi aku hari ini

Hari ini aku telah melawan rasa fhobia dan takut yang selama ini membelenggu diri aku. Sebenarnya, sejak aku mengandung, lepas tu beranak, berpantang, menyusukan Juwita sampai 2 tahun (cuba korang kira berapa lama nya tuh, hampir 3 tahun kan?) aku tak pernah bawa kereta (i mean drive) ke tempat yang lebih jauh dari the curve.


Aku pandai drive ke the curve aje. Itu pon lepas Juwita umur setahun lebih, dah dekat-dekat 2 tahun, baru aku beranikan diri bawak kereta, sebab hubby aku taknak hantar aku pi shopping masa tuh T__T


Antara sebab aku mula phobia dan takut/ kecut perut nak drive adalah kerana dah dekat 3 tahun aku tak pegang stereng. Pastu sejak aku beranak ni, semua benda aku cepat freak out. Kejap-kejap terkejut, kejap-kejap terkejut. Tak tau la kenapa... entah penyakit apa tah yang melanda aku. Nerves system aku cepat sangat bereaksi... -_-"


Kenapa aku tak drive hampir 3 tahun?

1. masa aku preggy, aku risau nak drive bila perut dah bulat. Sebabnya aku kan pendek, makanya seat kereta perlu la ke depankan. Bila kedepankan, perut aku hampir / sedikit menyentuh stereng. Owh... mak risau key..! kang emergency break ke hape, tak ke kehimpit itu perut??? @_@


2. masa dalam pantang, of course lah tak drive, nok~~~ gile ape...


3. habis pantang, still belum dapat confident level untuk drive. Tambahan pula, anak aku ni menetek. Tak bleh la aku drive, kalau aku drive sape nak bagi dia tetek? laki aku? laki aku ade tetek, tapi tetek dia takde susu @_@


4. takde baby car seat dalam kereta. Gile ape nak bawak budak kecik tanpa baby car seat??? Masa tu juwita kecik lagi.. takkan nak letak je kat seat belakang? kang tergolek ke ape, bukan kita boleh buat ape, tengah drive kan... mana nak tengok jalan lagi, mana nak tengok anak lagi @_@


5. Anak aku mula lemak. Dalam kereta dia nak berpangku berdukung dengan ibunya sahaja. Dengan abahnya dia meraung-raung! Cemana la aku boleh drive dengan anak aku meraung-raung kat sebelah. Sungguh! laki aku tak boleh pujuk Juwita langsung! Dia nak ibu ajeeee~~~dapat ibu, dapat tetek, diam lah~~~


6. aku pernah excident langgar tiang telepon tepi jalan O_O sejak tu sampai sekarang aku takut drive kat jalan kampung...


7. Aku yang mula lemak. Bila dah lama tak drive atas sebab-sebab diatas, confident level aku makin drop dan drop. Makin tak berani pegang stereng. tak berani masuk jalan raya.. T__T . Hubby kata, aku manja.. pedulik ape aku... memang aku manja pon.. ! dan aku penakut!!


Macam aku cakap, paling jauh aku pergi the curve lah. Itu pon masa office hour, takde kereta pon kat LDP -_-". Cara pemanduan aku tak payah cakap lah ye... tangan memang menggigil-gigil kau!! Sampai ke the curve, parking, aku shaking satu badan, tangan sejuk gile. I took about 5 minutes to relax sebelum boleh keluar kereta dan shopping. Serius!!!

Then, lama-lama dah biasa pergi the curve. Kacang goreng je pergi situ.. wakakaka!! (ada hati lagi nak berlagak kan)


Tapi hari ini, Hubby aku memberi task yang sukar dari biasa. Aku kena drive dari rumah, pergi seksyen 22 hantar juwita ke taska, pastu drive ke office kat seksyan 6. Sendiri! Sebenarnya hubby aku dah suruh buat ni hari selasa haritu, tapi aku excuse kata nak duduk rumah hari tu, sebab nak kemas rumah T__T haha! pengecut gile kan aku nih??


So, harini aku dah takde excuse dah. Sumpah hubby aku memang takkan terima alasan aku tak berani drive. Walaupon memang betul aku tak berani... hohoo... so, kira harini aku berani mati je la... tawakal tu alallah!!! takbirrrr!!!!!! (over mak~~).


Hubby aku pon buat situasi hari ni memang nampak macam desperado gile, memang aku "terpaksa" jugak jugak drive sendiri, sebab dia takde pilihan lain melainkan "terpaksa" naik moto untuk settle hal dia T__T. Gile kan? Maka, aku pon gagahkan diri keluar rumah, masuk keta..pegang stereng... buat macam biasaaa jee.. macam hari-hari lah aku buat aktiviti tu... heh, padahal.....


hmm... ok lah. Kereta tak kemek, Juwita sampai taska on time, takde terantuk ke ape, aku sampai office, masih hidup, boleh buat blog sekarang... ok lah tu kan??? ahahaha!! takde la menggigil ke ape.. walaupon tengah highway tadi tiba-tiba pandangan aku blur dan tak dapat fokus (tak cukup tidur malam tadi, macam biasalah kena kacau Juwita tengah-tengah malam).


hehe... aku berjaya mengatasi ketakutan dan ke phobiaan aku sendiri. yeay!!!


er.. tapi kalau lain kali hubby suruh drive lagi, aku pikir 100x jugak kot... -_-" haha!

Comments

pakude said…
Congrat ; )
Haa..petang kang gi jemput princess kat taska :P

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)