dari kesian kini bertukar geram la pulak

Ish... geram pulak aku harini. Bukan la geram apa, tapi hal Juwita ni ha. Tak berubah-ubah lagi perangainya.


1. masih nangis masuk taska

2. mengada-ngada terlebih.


Kalau seminggu boleh aku tahan lagi. Ni dah dekat 2 minggu ni. Apa yang perlu aku lakukan ha??? Aku memang kenal sangat anak aku tuh. Memang mengada-ngada dia lebih sikit dari biasa. Maklum lah, terlebih manja dari kecil (salah aku jugak, manjakan dia sangat kan -_-)


Tadi pagi hantar, nampak dah perangai dia kat dalam taska tu. Nak pakai kasut nak pakai bag ajeee.... tak kawan pulak tu dengan budak-budak lain. Budak-budak lain kerumun dengan teacher, buat aktiviti, dia kat belakang sorang-sorang merengek-rengek "nak abah..nak abah.." teacher dia kata, pujuk apa pon tak jalan. (Aku dah agak dah. aku sendiri tak dapat pujuk dia kalau time dia merajuk tuh). Dah macam kera sumbang pulak hubby aku cakap Juwita nih.


Ish ish ish... tu pon aku memang dah expect. Tapi aku tak jangka lah akan berlarutan sebegitu lama. Anak aku memang tak pandai bergaul. Sebab tu aku masukkan dia ke daycare, supaya dia bersosial. Supaya dia berdikari. Supaya dia tak manja sangat. Tapi sampai sekarang ni, belum ada perubahan sangat lah dengan perangai dia ni. T__T


Cepat la berubah Juwita sayang. Cepat lah cope dengan situasi ini. Ibu takkan ada selalu dengan Juwita. Ibu tak akan akur dengan kemanjaan dan ke-mengada-ngada-an kamu. Ingat tu. Ibu akan bertegas kali ini. Bukan sebab ibu tak sayang kamu, tapi kerana ibu sayang lah, ibu mahu kamu berdikari, bersosial, berkawan dan belajar.


Ibu taknak kamu jadi kera sumbang. Ibu rela tengok kamu melalak sekarang, daripada kamu melalak masa ibu daftar kamu ke tadika atau darjah 1 nanti! O_O. (tapi jangan lah melalak lama-lama sangat. lama-lama orang naik meluat dengan perangai awak tu. Lagi lah orang taknak kawan dengan awak.... tahu?)


p/s- Jumaat ni hantar Juwita duduk rumah uwan sampai ahad. Ibu kena outstation dengan abah. Semoga Juwita belajar sesuatu.


how to handle her separation anxiety well? i'm stating to loose my patience

Comments

ardinihumaira said…
hehe.. tu la kan budak2...
Sherry said…
some kindergarten provide daycare also.
salam...

sabarlahh dayahh...lama2 natii oklahh tuhhh..dia dahh terlampauu biasa dokk ngann ibuu jerr di rumahh...soo nak cope ngan suasana baruu it takes time...be patience..mudah2 mudahan dia akan dapat menyesuaikan dirii best of luck to her..and u.as well.

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu

breakfast @ hailam kopitiam

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)