penatlah, commercial break sekejap ye

sedang menonton desperate housewife. Banyak perkara berlaku akhir-akhir ini. Belum berkesempatan nak blog-kan. Dah la cerita trip ke Kuching tak habis-habis lagi. Penat + muak pula asyik cerita pasal kuching. Dah 2 minggu lebih kot berlalu...


Juwita dah trial.

trial taska ye. Pilihan kami, taska anak-anak kita kat sek.22 shah alam. Pagi tadi datang buat lawatan, then tinggalkan dia setengah hari. Dari report, Juwita refuse to eat, pakai kasut tunggu depan pintu aje... hahaha! lama juga baru dia perasan yang dia kena tinggal kat situ. Bila perasan ibunya takde, tu yang meroyan tuh. Adoi la~~~~


later la cerita pasal taska ni. Tadi tak sempat nak ambil gambar. Khamis ni jumpa pn. Olya tu discuz ape yang patut, register, haa... kalu sempat daku amik gambar la sikit ye.. (promote lah sikit, tapi sekarang ni dah penuh kot... tak leh amik budak lagi dah)


Evening primrose oil

Tadi sempat singgah guardian. Dah alang-alang ke ikea kan, masuk ikano kejap. So, aku telah mencapai sebotol evening primrose oil, dan sebotol redoxon vit.c+zinc. Redoxon ni masa anak dara dulu aku selalu ambil. Pastu dah stop. Lately aku rasa badan aku cepat sangat fatique, lemah, dan tak bermaya. Pastu, selalu plak nak datang demam. So, aku decided to take back the vitamins.


Evening primrose oil ni pulak, memang untuk orang pompuan lah kan... nak-nak untuk aku yang dah beranak, hormon dah tak betul, emosi selalu tak stabil (pengaruh contraception hormon nih). Kena disiplin sikitlah, telan hari-hari benda2 ni. Cadang tadi nak ambil sekali bird's nest (collagen nih, bagus untuk awet muda), tapi next time lah... tak plan nak ber-haul dalam guardian harini.


lampu dan cermin

singgah Ikea tadi atas satu sebab. Daku nak check lampu dinding dengan cermin meja aku dah ade stok, and, and, and.. yeay!!! ade!!! stock baru dah keluar! terus je aku grab 2 kotak lampu, dan satu cermin. Hubby pula, singgah ke ACE hardware, beli skrew, segala (maaf, aku tak ingat pa nama itu benda). Tak lama lagi siaplah makeup corner aku tuh. Tinggal stool je tak beli lagi, tak check pulak ade ke stok tadi


dah lama tak hangout window shopping dengan juwita. Seronok pulak tadi :) :) :)

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)