hari ini aku kosong + update pasal birthday uncle wahed


Lantaran kerja pejabat dah selesai hari ini (amendment design pon dah buat ye boss..), maka aku mengambil peluang untuk mengupdate blog aku. Juwita, dah kami hantar ke taska. Jadinya aku terasa kosong. heh... kosong la plak hati aku. patutnya lega la kan, x payah gado dengan dia tengah hari ni (biasa mesti gado, dia gado lapa, aku gado suruh dia tido, dia gado ajak main..) T__T. harini x gado... aku sunyi siot~~~waaa!


2 kali kot aku nangis senyap2 belakang tirai (heh... malu la kononnye..) nanti orang mesti cakap kan, "eleh.. baru hantar anak ke taska dah emo nangis2 semacam. bukan nye masuk asrama. kang kalau dia kawen tinggalkan ko nanti camne?" huh!!! tidak! tidak! xnak pikir lah. jauh lagi tu. tiba masanya nanti nangis lah aku. hehehee...sekarang x payah pikir lah...!


Cerita sikit pasal menu masa mini surprise b'day uncle wahed. Takde la ape sangat pon menu nye. dah kitorang je yang makan.


cuppies adalah hadiah dari Maya. huhuu... dari jauh dia order, untuk wahed... ehemm ehemm..!


Aku buat macaroni sup. Juwita suka sangat pasta, spagetti, macaroni... segala tok nenek tu lah! (ha, kan, dah teringat juwita balik dah....) Tu pasal la aku buat menu ni. Tapi gambar takde la plak. x sempat snap dah langsai.


Aku masak asing2, macaroni tu rebus dulu, then toss. Dalam periuk lain aku masak sup ayam letak carrot, broccoli, cauliflower, fishball, fishcake, celery, leek... untuk orang tua, (echeeh.. tua ker?) aku buatkan sambal kicapnye lah. Aku buat gitu supaya nanti sup ayam tu boleh pulak hubby aku makan dengan nasi esok pagi. haha! bijak tak aku?? ngee~~


Menu ke-2 western la plak. Aku masak chicken chop with brown sauce gravy. then ade side dish steam vege (carrot dan broccoli) serta creamy mash potato.



pergh... senak perut makam tuh! wakaka!!! anyway, happy bilated b'day again to uncle wahed :) Oh ya, aku dengan juwita pon ade buat kad birthday untuk uncle. DIY je.. dan kerana juwita pon ikut sama buat, tu yang jadi macam x berapa nak lawo.. ahahaha!


hubby tolong tiup belon. Sampai sakit mulut.. hee.. thanks hubby :) muax!

Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.