update Juwita party bash; ralat dengan tarikh dan lokasi

agak2 nak ubah sikit blog ni kepada journal aka update untuk b'day juwita yang bakal menjelma. tapi takde lah tiap2 hari nak update kan, bila ada perkembangan dan checklist yang terlaksana, akan aku updatekan disini. Like i said before, the preparation itself is part of the celebration actually. it's the most exciting moment to go through, jadi seharusnya lah di kepilkan sekali dalam blog ku ini sebagai tatapan masa hadapan.


oh ya, ingin juga aku nak betulkan sedikit ralat berkenaan tarikh dan tempat/ lokasi b'day Juwita nanti (sebab ada pulak orang yang confius antara RSVP di facebook aku dengan entry aku yang lepas sudah) Maka di sini, aku ingin menerangkan bahawa


b'day party Juwita akan diadakan di rumah kecil kami di Damansara Damai pada 28 march 2010, 3.30 - 5.30pm.


ok, sebelum ni, ada dalam entry aku rasa-rasa macam nak buat kat rumah mak aku kat kesang jaya, jasin. Sebabnya rumah mak aku lagi luas dan dapo pon beso... hihihi... lagipon dekat la dengan parent aku kan., yakni uwan dan atok Juwita.


Tapi, aku terpikir juga nak buat satu small party kat rumah aku (which i don't mention it before on my blog, but i do tells everyone on my facebook. my mistake for that). Ramai juga sedara mara n kawan2 aku yg anaknya sebaya juwita tinggal berdekatan, rakan2 blogger dan forum lagi.... So, maknanya yang confirm sekarang adalah pada 28 march tu kat damansara damai ye kawan-kawan. jangan terkeliru.


Kat rumah mak aku kat kesang jaya, jasin pon insyaallah akan difikirkan juga. In case my parent tak dapat turun PJ pada masa tu... so kena la juga celebrate dengan atok uwannya di sana sekali lagi lepas tuh... (hurmm.... klw gitu kesnye, yg kat jasin ni mmg sangat2 private kami sekeluarga dengan uwan atok sahaja. baca doa selamat dengan sebuah kek aje lah) apepon, tengok dulu macam mana... =)


itu sahaja lah ralatnye... bukan apa, taknak orang confius dan salah paham. heheee...


Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.