bulan March dan segala memori + kisah denggiku

sebenarnya nak cerita tentang bulan March yang penuh memori, then teringat kisah aku kena denggi. then teringat pulak yang aku tak sambung lagi kisahku yang terkena demam denggi bulan lepas... segalanya terjadi di bulan March.

kisah2 di bulan March

sepanjang bulan march ni aku dan juwita duduk jasin dengan uwan, atok, ucu, makyang dan aina. Pastu pakngah wahid pulak balik. Memang seronok duduk sana sbb ramai orang, siang kami ke kedai kek uwan. ibu tolong2 sikit kerja kedai... juwita pon dapat ramai kawan... sukanya dia...

uwan cakap adek ni nak kena masuk nurseri nii... dia nak berkawan. mmm betul juga. kesian dia bila dah balik damansara ni... main sorang2, kejap2 dia dah bosan, mulala merengek. kalau kat rumah uwan, jarang dengar dia merengek. Ramai kawan Juwita. Ibu pon senang sikit sbb tak perlu tgk Juwita 24/7 sbb ade je orang nak main dengan dia. Dapat la ibu rehat dan buat keje ibu sikit2... bila dah balik damansara ni, ibu nak pergi toilet pon juwita dah nangis... ibu baru makan 2 suap juwita dah merengek.. pening kepala ibu.. tak de orang nak tengokkan juwita kalau ibu hilang kejap...

bulan march juga bulan juwita jatuh.

3 kali juwita jatuh. 2 kali jatuh katil, 1 kali jatuh dalam kereta. Jatuh katil kali pertama tu, rendah je. dia golek2 then terjatuh.

jatuh kali ke2 tu tinggi! naik terus benjol n lebam biru kat dahi juwita. besar!!! abah juwita cakap, juwita main dengan aina atas katil sambil berdiri. lepas tu tersungkur jatuh ke bawah... ciann anak ibu... mesti sakit kan.... nak jadi cerita, time tu ibu tgh berak la sayang... ibu dengar juwita tersedu-sedu kuat... tu yg ibu keluar. tgk2 rupanya juwita jatuh katil... sepanjang malam abah tuamkan juwita... juwita tak sedar, juwita dah tido sbb penat nangis...

jatuh dalam kereta pulak masa odw nak balik patu pahat... berparut la pipi kiri juwita, tapi 3 hari dah ilang... cepat betul dia sembuh hehehe....

hujung bulan march pulak adalah birthday Juwita!!! Happy 1st birthday anak ibu!!!! kami buat small party utk celebrate b'day juwita... nanti next time cerita pasal party tu ye...

cukup la dulu kali ni... dah panjang sangat pulak... esok sambung lagi... daaa

sambungan kisah denggi ku (part 2)
- pengalaman di hospital kerajaan


tgh mlm tu jgk aku di pindahkan ke hospital besar melaka. Buat pertama kalinya, merasa la naik ambulans... laju siot!! kecut perut ku ini... hehehe

sampai di hospital besar melaka, bermulalah kisah hitamku di hospital kerajaan... jeng jeng jeng...
aku mula di check oleh seorang doktor senior. Dia sangat la polite, humble dan baik. Aku dah nak suka kat hospital ni. (memula sampai tu dah rasa lain macam, rasa macam tak suka duduk sini...dah la sejuk macam kat kutub utara! huhh!!)

then tetiba datang sorang tahap macam jururawat lelaki dgn 3 orang doktor pelatih. ayoo... dia nk ambil darah aku, tp tak cakap pon. Main ikat je, then jentik2 tangan, then cucuk... konon nak tunjuk terror depan doktor2 pelatih aweks tu ler... di buatnye lobang masuk air kat tangan kiri ku walaupon belah kanan memang dah ada... dah la sakit!!!

pastu aku di tolak kesana kesini atas wheelchair. macam-macam ujian dibuat.. semua ujian tu dah aku lalui masa kat hospital jasin haritu..

tak lama pulak, diorang suruh baring atas katil... tak lama tu, datang pulak 3 orang doktor pelatih tu. macam-macam soalan diorang tanya. maklumlah, aku ni spesimen hidup la katakan...

tak ingat la berapa lama aku kat situ, then, nurse letakkan aku kat unit kawalan. zon kuning. datang la doktor muda. dia check, ambil maklumat, macam2 la dia tanya. semua soalan yang sama aku dengar sejak aku sampai tadi.. ni dah kali ke 6 aku cerita benda yang sama! then dia nak ambil darah aku. (ambil lagi!!! ni kali ke 3 ambil darah sejak sampai tadi!! sekali dgn jururawat lelaki yang nak tunjuk hebat tu, then oleh 3 doktor pelatih, now dengan doktor ni).

nak dijadikan cerita, maybe sbb dah banyak kali sgt tpt tu kena cucuk, dah naik lebam... masa doktor tu nak ambil darah, darah dah tak keluar. dia cucuk 4 kali, tapi takde darah yang keluar. dapatla 1 picagari. Dari doktor tu jgk aku dapat tau yg wad penuh!!! wawawa!!!! tak habis kat situ, hubby ku tak boleh teman aku kat dalam... kena tgu luar. wawawa... da la tpt tu sejuk giler, 3 lapis selimut pon aku menggigil lagi...

last2, aku menyelinap keluar dari area tu (kali pertama try kantoi dgn nurse, then diarah utk duduk kat katil. dia janji nak panggil hubby aku) aku keluar, macam orang meroyan aku cari hubby. nasib baik ade pakguard, dia tolong cari hubby... huhuuu.... nak nangis je rasa...

masa tu cakap kat hubby, tak tahan duduk sini. hubby tgk pon kesian... muka aku dah macam muka mayat sbb terlalu sejuk.. dah la wad takde, nak minum susah, nak kencing susah... last2 hubby call mama.

then, mama dan hubby uruskan perpindahan aku ke hospital lain.... aku akan ditransfer ke hospital pantai malam tu jugak...

dalam hati aku cakap, cepat la datang ambulans pantai... tak sanggup lagi dah ni... cepat la... cepatla... hubby tak habis kata sabar yang.. sabar... tak lama je lagi....

..................................................................................................................bersambung lagi da.....


Comments

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)