laptop abg syg dah ok semula. So, dengan gembiranya semua gambar-gambar koleksi dulu-dulu dapat diselamatkan. yeay!!! ini sedikit dari koleksi yang boleh dikongsi bersama
Hari simen kaki ku dibuka
Dia dengar rintihanku 4hb Mac, aku dengan semangatnya bersiap-siap. Awal pagi lagi dah gigih mandi, gigih panjat tangga naik bilik cari baju, gigih bermekap, semuanya kerana hari itu ada appointment dengan doktor ortopedik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Sepanjang 3 minggu aku memakai simen di kaki kiri ku, tak henti doa ku pada Ilahi. Sungguh, sangat sangat sangat ku harapkan update positif dari doktor untuk hari itu. Lebih spesifik, aku mahu tulang aku sembuh. Aku mahu simen ini dibuka. Aku mahu boleh berjalan seperti biasa. Menitis air mata aku tiap kali berdoa. Menggigil badanku menahan jiwa yang bergelora. Sungguh besar permintaanku, kadang kala segan rasanya menadah tangan meminta. Layakkah doaku diterima? Sesungguhnya tiadalah kuasa ku untuk menyembuhkan tulang selain kuasa Allah semata. Waima pakar tulang sekalipun tidak ada ubat untuk mengubati tulang yang patah. Bawa lah ke mana pun, sensei atau dukun tulang sekalipun. Bagi lah daun ka, herba tumbuk ka, apa s
Comments