Family trip to Anglesea, Victoria

Penulisan ini dibuat bukan semata berkongsi pengalaman kami bercuti, tapi diharap dapat memberi sedikit travel info dan tips untuk sesiapa yang merancang untuk buat tour Great Ocean Road. Biasanya untuk trip bermalam Great Ocean Road, tour agent akan set kan lokasi bermalam di Apollo Bay. Tapi kalau anda nak cuba lokasi alternatif sepanjang Great Ocean Road untuk bermalam, boleh lah consider Anglesea.

Di sini aku akan kongsikan percutian kami sebagai panduan.


Perancangan dan perjalanan

Kami sekeluarga mendapat jemputan dari keluarga kawan aku, Jewel untuk sertai percutian mereka di Anglesea pada cuti mid term yang lepas. Jewel ni adalah ibu kepada Ananda dimana Ananda ni pula adalah kawan Juwita di sekolah. Memandangkan sepanjang 2 minggu cuti sekolah tu Jewel dapat giliran penuh bersama Ananda,  jadi dia telahpun menempah sebuah cabin di Anglesea. Dan oleh kerana mereka hanya bedua, maka dia ajaklah kami untuk ikut serta. Menurut Jewel, mereka sebenarnya kerap ke sini sejak Ananda masih kecil lagi. Cabin ini asalnya milik salah seorang ahli gereja yang Jewel selalu pergi dan dia telah wakafkan cabinnya kepada gereja untuk buat homestay dan kegunaan ahli-ahli gereja yang lain. Jewel memang setiap tahun dapat slot percuma duduk di cabin tu kerana dia ibu tunggal. Pendek kata, kami dapat percutian percuma lah.


Tarik luggage ke tram stop, nak naik tram ke Southern Cross Station


Seperti dirancang, kami bertiga bertolak dari rumah pada Jumaat pagi, naik tram ke Southern Cross Station, dan kemudian naik keretapi dari Southern Cross ke Geelong. Sampai di Geelong, Jewel akan menjemput kami dengan keretanya menuju ke Anglesea. Perjalanan keretapi dari Southern Cross station ke Geelong mengambil masa lebih kurang 1 jam dan dari Geelong ke Anglesea pula mengambil masa lagi 45 minit menaiki kereta. Agak jauh juga rupanya.

Kos keretapi dari Southern cross station ke Geelong adalah lebih kurang A$12.50 kalau tak silap. Kami guna Myki, jadi tak berapa ambil peduli dengan detail harga tu. Sebenarnya ada pakage keluarga yang lebih murah dimana anda hanya perlu ke kaunter tiket dan cakap aja yang anda nak tiket untuk keluarga. Harga nya sepadan dengan harga 2 tiket dewasa dan anda boleh bawa 2 kanak-kanak dengan percuma. Kalau beli tiket individu, kanak-kanak separuh harga. Kalau pakai Myki macam kami pun tiket akan jadi lebih mahal.


Dalam keretapi dari Southern Cross Station kami dihidangkan dengan pelbagai pemandangan. Antara yang menarik penglihatan kami adalah canola field ni. (Ni bukan video. Screen shot dari video sahaja)


Pekan Anglesea

Tiba di Anglesea, first thing first, beli firewood. Next, singgah pekan Anglesea untuk stock up groceries untuk 2 hari, dan cari surat khabar lama untuk dibuat bahan pemula api. Dalam hati aku dah melonjak-lonjak kegirangan kerana membayangkan malam itu aku boleh duduk depan fireplace. hehe

Pekan Anglesea ni merupakan antara pekan yang akan anda lalui kalau pergi Great Ocean Road. Kami dulu pun pernah singgah sebentar untuk bergambar di pekan ini masa buat road trip Great Ocean Road. Memang cantik pekan ini. Tapi waktu tu kami hanya singgah sebentar, tak rancang pula untuk menginap di situ. Tak sangka ada juga rezeki kami bercuti di sini. Ditanggung sepenuhnya pula tu.


Pekan Anglesea. Kecil sahaja namun mencukupi untuk menampung kehendak penduduk dan pelancong di kawasan itu. Tu Juwita dengan Ananda. 


Kalau masih ingat, ini gambar di Anglesea semasa kami ke sini kali pertama sebelum ini. Pemandangan ini di sebelah mengadap laut. Tepi tu adalah tempat kanak-kanak belajar surfing. 


Anglesea merupakan destinasi percutian orang tempatan dan dia tak terlalu sibuk dan crowded seperti di Apollo Bay. Untuk yang mencari kedamaian dan ketenteraman, mungkin inilah tempatnya.


Cabin

Ada banyak rumah percutian, cabin, motel, dan hotel di sekitar Anglesea. Anda boleh cari di Agoda, Wotif, atau AirBNB (aku tak payah tinggalkan link la kot kan. Korang mesti tau macam mana nak guna agoda atau airbnb. Wotif pula famous kat Australia ni walaupun aku pun tak pernah guna. Aku cakap famous sebab hari-hari keluar iklan kat TV). Gambar bawah ni merupakan cabin yang kami inap selama 2 malam. Seperti yang aku ceritakan di atas, cabin ini kami duduk percuma je sebab Jewel dapat slot dari gereja. Besar cabinnya. Backyard pun besar. Budak-budak ni suka lah, sebab ada treehouse lagi di belakang.


Pandangan dari depan. Nampak macam usang, tapi bila masuk dalam, terpegun.


Bergambar bersama nama jalan di hadapan cabin, hehe


Sang suami membaca surat khabar sambil menikmati sarapan. Super large window wall di tingkat bawah overlooking backyard. Seronok je duduk rumah macam ni. Nak settle down nanti bina rumah macam ni dalam hutan, buat AirBNB. wahh!


Benda aneh ni adalah fireplace tingkat bawah. Di belakang sana direct access ke dapur, kitchen counter dan ruang makan. Tingkat bawah adalah open concept yang attach dengan bahagian utility; bilik air, stor, 2 bilik tidur, laundry, dan shower. Di tingkat bawah ni juga ada piano, bahagian permainan kanak-kanak, ruang membaca dan rak buku, living area yang sederhana luas serta ada vintage record player. Terasa macam hidup zaman Frank Sinatra pulak dalam rumah ni.


Di tingkat atas pula, ada 2 lagi bilik tidur, dan ada ruang aktiviti yang luas. Diruang aktiviti ini ada dalam 6 biji sofa, TV dan DVD, pingpong table, organ lama (ala, piano yang macam kat gereja tu), snuker table, vintage radio set, dan tah apa-apa lagi. Macam aku cakap la, rumah ni vintage gile. Semua barang-barang lama je dalam ni.


Aktiviti

Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang menginap di Anglesea. Jika berhajat untuk buat road trip sampai 12 Apostles boleh sambung baca entry aku "Road Trip Great Ocean Road". Berdekatan dengan cabin  kami menginap, within walking distance, ada beberapa nature's trails yang boleh dilalui.


Menuju ke salah satu nature's trail yang ada. Jangan lupa sapu insect repellent. Banyak nyamuk di sini. Depan sikit tu ada taman permainan shipwreck yang best untuk kanak-kanak. (Ini bukan video ye, jangan la frust pulak click-click tak nak play)


Trail yang kami lalui.


cantik....


Kami jalan sampai jumpa kolam air semulajadi. Katanya boleh mandi manda di sini. Tapi sejuk-sejuk macam ni siapa nak mandi kan. Airnya sejernih-jernih air. Memang rasa macam nak lompat dan floating je dalam tu. (Bukan video jugak. Ye aku tau, aku pun hampa macam korang)


Berdekatan dengan cabin kami juga ada taman permainan bertemakan shipwreck. Kanak-kanak seronok lah. Siap ada harta lanun terkambus lagi yang boleh mereka cari dan gali. Kalau dapat jumpa kotak harta tu, boleh buka kotak tu dan akan dapat certificate. hehe. Jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun boleh excited jadinya.

Selain itu, kalau jalan keluar sedikit ke pekan, bertentangan dengan pekan Anglesea, berhadapan dengan laut, ada banyak aktiviti air boleh dilakukan. Ada kelas belajar surfing untuk kanak-kanak, paddleboat, kayak, dan banyak lagi.


Waterfall 

40 minit dari tempat kami menginap ada air terjun. Sebenarnya tak jauh pun air terjun ini tapi ambil masa lama nak sampai sebab jalan Great Ocean Road ni macam ular kena palu. Siapa pernah pergi tahu lah macam mana jalannya. Air terjun ni public access, sesiapa pun boleh masuk. Nama air terjun ni Erskine Falls. Boleh la tanya encik google bagaimana hendak ke sini.






Sebelum sampai ke air terjun ini, boleh la singgah di mana-mana pantai atau tepian laut untuk meredakan mabuk kenderaan. hehe. Kami singgah di sini sebab penumpang semua dah mula pening-pening mual.






Pemandangan ini akan terjadi jika waktu laut surut. Kalau laut pasang, tempat kami main lari-lari ni penuh dengan air. 


Tengok waktu kami datang ini pun air sudah mula nak pasang. Ombak nya bukan main kuat lagi dan air laut sedikit demi sedikit mulai naik. (Ni kalau video memang cantik gile. Tapi bukan)


Outdoor trampoline

Balik dari air terjun, boleh singgah di sini untuk main trampoline terbuka. Kanak-kanak, dewasa, semua boleh main. Yang penting kena keluarkan jiwa gila-gila anda tu hehe


Trampoline terbuka. Nama tempat ni Bounce kalau tak silap, dan ia terletak di pekan Lorne, Great Ocean Road. Boleh google untuk panduan lokasi.


Percubaan kali pertama sang suami untuk melompat. (Dalam video ni, nampak la laki aku terkial-kial nak lompat)


Aktiviti malam

Malam tak ada aktiviti apa. Kami cuma ada movie session sambil bakar mashmallow, makan oreo sambil cecah susu suam.


Semua berkerumun depan fireplace nak bakar mashmallow masing-masing. Ini fireplace tingkat atas. Fireplace yang ni sebenarnya central heater untuk cabin ini. Ia connected ke seluruh kawasan rumah dan mampu memanaskan seluruh cabin sepanjang malam. 


Pulang

Akhirnya, tibalah masa untuk kami pulang ke Melbourne. Dengan berat hati aku packing barang. Jewel dan Ananda terus stay kerana mereka booking tempat ni 2 minggu dan akan ada keluarga lain pula yang akan sertai mereka untuk 3 malam seterusnya. Jewel ajak juga aku untuk sambung bercuti tapi aku terpaksa tolak sebab aku kerja keesokan harinya. Juwita pula tak nak stay kalau aku tak stay. Jadi seperti dirancang, akhirnya jam 10.30 kami semua bertolak dari Anglesea ke Geelong untuk menghantar kami ke train station.


Maka tamatlah percutian 3 hari 2 malam kami di Anglesea.


Sekali sekala bercuti macam ni seronok lah. Work hard, play hard, Melbournian style.
Tapi tak boleh nak Melbournian style sangat lah kan sebab banyak bil nak kena bayar woi! Yuran belajar tahun depan lagi nak kena kumpul. fuhh... jom le kita pelan-pelan kayuh....



Sampai jumpa lagi,

Noor Hida.
Carlton North, Vic.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)