salute to the nature

salute to the nature

Friday, October 9, 2015

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Eco Murai Rimba (EMR), the Hidden jewel. 



Sebenarnya aku dapat peluang untuk "retreat" di resort tersembunyi ini antara tarikh 12 - 16 October dan sebenarnya, memang aku teruja dan teringin untuk ke sana. Hanya tunggu kata putus sahaja. Akan tetapi, dengan pelbagai komitmen semasa dan keadaan yang tidak mengizinkan, kemungkinan besar aku tidak dapat untuk meneruskan rancangan itu. Jadi aku kira, cukuplah jika aku review sahaja tempat ini tanpa aku perlu ke sana. 

Eco Murai Rimba (EMR) terletak di Batang Kali. Korang boleh datang as a small family, atau bigger group untuk event. Mengikut maklumat yang diberi oleh Mr. Shaun, pengurus EMR ini melalui email, EMR ada total 9 unit standard room dan 1 unit family room. Maximum kapasiti adalah 33 pax. Mr. Shaun tak ada sebut pula tentang camping, tapi dari hasil google-an aku, aku nampak ada gambar orang bercamping di perkarangan EMR ini. Mungkin aktiviti ber-camping boleh di uruskan jika anda berhubung terus dengan Mr. Shaun jika berminat. 



Mereka ada sediakan tempat BBQ, BBQ set, peralatan memasak, dapur gas, music system, board games dan free flow of refreshing drink sepanjang anda menginap di sana. EMR ini sebenarnya adalah berkonsepkan Bed and Breakfast di luar bandar. Bukan setakat luar bandar, tapi di tepi sungai! Satu je downside tempat ini yang mungkin ada orang kurang selesa, iaitu toiletnya berkonsepkan sharing toilet di luar chalet. Dengan kata lain, toilet takde dalam bilik, tapi ada kat luar. Aku? Aku ok je. Dah nama duduk pedalaman kan....

          Outdoor Veranda untuk melepak-lepak sambil mengira bintang


Harga bilik adalah RM130 untuk standard room dan RM260 untuk family room. Harga sudah termasuk sarapan pagi. Jika anda datang dengan kumpulan yang besar, anda boleh arrange dengan Mr. Shaun untuk BBQ setting di malam hari. Aktiviti pula, korang kena arrange sendiri lah sebab tempat ini hanya bed and breakfast. Free package lah tu bila ada sungai di belakang chalet. Selain dari itu, korang kena arrange sendiri. Kalau nak berkayak pun, bawa lah kayak sendiri. 

           Family room. Cute kan?

            Standard room. Colorful. 

           Night setting for BBQ. Romantik la pulak


EMR ni masih baru jadi belum padat dengan pengunjung lagi. Orang pun tak tahu lagi kewujudannya. Kalau ikutkan aku malas nak review sebab kalau aku review nanti, tempat ni jadi femes pulak. Nanti kalau tempat ni dah sesak dah tak "hidden jewel" lah kan? Hahahha! Aku kurang gemar pergi tempat yang sesak dan terlebih publisiti ni. Nanti jadi macam Tadom Hill tu. Mula-mula aku berkenan sangat nak glamping kat sana, sekali tetiba je tempat tu viral bagai nak rak. Dah habis viral keindahan tempat tu, viral pulak macam-macam isu. Air tak mengalir lah, bekas lombong lah, tak selamat lah. Last-last aku dah macam, hei apa ni!!! 

Bila tempat tu dah terlebih viral tu yang aku malas nak pergi tu. Too mainstream. Sampai beratur orang nak masuk day visit, apa kejadahnya kan? Tengok aku dah lari topik. 


Berbalik pada EMR, aku rasa tempat ni takde la akan jadi crowded sebab maksimum kapasitinya 33 pax sahaja dalam satu-satu masa. Aku jamin korang boleh mencari ketenangan di sana. Dan aku review ni pun, sebab aku rasa tempat ini memang bagus dan berpotensi tinggi. Pengurusnya pun ramah dan baik. Jadi apa salah kita support bisnes dan tempat baik, kan? 

Kalau korang free antara 12 ke 18 October ini, dan rasa-rasa macam nak lari sebentar dari hiruk pikuk bandar, apa kata korang consider EMR ni. Bayangkan di tengah hari yang terik dan hangat macam sekarang ni, korang boleh terjun sungai yang airnya jernih dan sejuk! Heaven weih! Udara pun sepoi-sepoi je, dengan pokok nan rendang, mesti korang rasa taknak balik KL. 

           Air yang dingin...

           Sedap nk tiruk ni

          Dikelilingi kehijauan semulajadi dan unggas....

           Amacam, tempting tak? 


Eh tak semestinya tarikh yang aku mention tu je. Kalau korang rasa free date lain, email je Mr. Shaun tanya availability. Insyaallah dia reply within 12 hours. Mr. Shaun akan assist korang dengan baik. Ramah dan mesra uncle ni. 


Ok. Rasanya cukuplah review aku ni. General je info yang aku boleh bagi sebab aku pun tak jejak lagi kaki ke sana. Memang teringin sangat nak pergi, cuma belum ada rezeki. Insyaallah sampai juga aku nanti ni.... Tengok lah. 


Aku bila nak, nak jugak jugak! 


N. Hida 
Klang, Malaysia






           Nampak macam dah meleleh ayaq lioq tu, Jemput minum....


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, silalah berhubung dengan owner EMR sendiri di lama fb mereka: https://m.facebook.com/EcoMuraiRimba atau email mereka di: ecomurairimba@gmail.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails