Berbahas gaya kita

Orang Malaysia sangat pelik. Kita terkenal dengan bangsa yang sopan santun, cakap beralas, hormat menghormati. Natijahnya? 


Ternyata, kerana dari asal nenek moyang kita tidak di biasakan dengan "argument" (kerana argument sentiasa di pandang sebagai taboo; tidak sopan dan tidak hormat lah kamu jika berbahas dengan orang tua, dengan orang lain, dengan sesiapa sahaja. Kan kita bangsa yang lemah lembut dan berbudi bahasa?) makanya, kita tidak di ajar untuk berbahas dengan baik (good argument). Dan kerana argument sentiasa dipandang sebagai sesuatu yang kurang ajar, maka terbiasa bangsa kita untuk cenderung ke arah "bad argument". Dengan kata lain, alang-alang membantah biar biadap terus.


Bagaimana yang di katakan "bad argument"?


1. Situasi 1 
Bila pihak A memberi pendapat, pihak B akan membalas dengan memberi "nama" pada pihak A. Contoh;

A kata, "aku rasa jika kita buat macam tu akan jadi bla bla bla... Lebih efektif kalau buat macam bla bla bla..." 

Tanpa mendengar atau membaca habis kenyataan atau pendapat A, si B akan membalas, "ah diam lah kau kambing biri-biri! Memang dasar makan kangkung punya orang" 

Keputusannya, si B menang perbahasan kerana berjaya menyenyapkan si A. 


2. Situasi 2
Bila pihak A nak bangkang idea pihak B, pihak A akan mulakan dengan unsur-unsur menjatuhkan. Contoh; 

Pihak A,"macam tu lah jadinya bila bagi kura-kura jadi ketua. Lembab nak mampos. Otak udang pulak tu. Patutnya......." Dah puas kutuk baru bagi idea dengan perkataan "patutnya"

Pihak B nak dengar cadangan pun tak jadi. Ye lah, hati dah panas dek dipanggil kura-kura otak udang.


3. Situasi 3
Bila pihak A menyuarakan kemusykilan, pihak B jawab dengan sentimen bangsa. 

Pihak A," saya tak paham lah, macam mana kandungan sodium yang tinggi dalam setin diet coke boleh membuatkan saya kurus?"

Pihak B selaku jurucakap coca cola pun menjawab, " itu lah orang negro, tak boleh tengok kitorg orang putih maju. Nak menjatuhkan bangsa je kejenya. Keje pulak malas" Speachless habis pihak A.


4. Situasi 4
Ini altimet nya, apabila memberi nama, menjatuhkan, dan sentimen bangsa digunakan dalam satu statement balas yang sangat kukuh. Contoh; 

A hanya membuat satu kenyataan, "tidak lagi minum diet coke kerana pepsi lebih sedap"

B akan membalas, "dasar tak kenang budi! Kangaroo bodoh! cam haram je perangai! Inilah orang aussie, x boleh tengok bangsa sendiri maju. Ada je tak kena! Pergi laaa support produk barat tu!!!!" 

Automatik B menang hujah kerana dapat 150 'likes' dari agen-agen diet coke yang lainnya. 



Gurauan hari jumaat. Jangan sentap-sentap, baik pergi ambil air sembahyang, muhasabah diri.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)