lama menghilang. maaf tiada cerita menarik hanya tentang "Titik Hitam"

Ada orang bila sedih dia menjadikan ruangan blog sebagai tempat untuk dia melepaskan perasaan, berkongsi dengan pembaca-pembaca maya. Tapi aku tak. Terlalu banyak perkara terjadi, terlalu banyak input dan output dalam otak aku ni, memerah tenaga, kuasa, minda, emosi, jiwa, hati, perasaan... sampai tak tau apa nak di kata, tak tau apa nak ditulis. Bak kata M Nasir, "tiada kata yang tak cliche bagai habis bahasa bermutu".


Aku tak gemar menulis dengan penuh perasan sambarono emo emo sampai orang baca pon jadi sadis (walaupon sebenarnya tak le se sadis mana). Tapi kesedihan, sorrow, sadness, gloom and doom aku tak dapat nak dicurahan dalam satu ruangan khas. Ia kekal dalam hati aku sebagai satu titik hitam yang sekali sekala bila terscan semula, amatlah pedih untuk diingati. Tidak mungkin ada yang mampu untuk memahami titik hitam itu.

Titik hitam di mana harapan dan impian aku musnah.

Titik hitam di mana usaha keras aku hancur.

Titik hitam di mana hanya aku yang mengetahui perkara yang sebenarnya.

Titik hitam di mana aku menangis-nangis menghubungi vet merata-rata di tengah malam

Titik hitam di mana aku menangis-nangis menghancurkan pil ubat untuk disumbat ke dalam mulut nya

Titik hitam di mana aku menemaninya tidur yang tidak lena

Titik hitam di mana suaranya kerap memanggil sepanjang malam

Titik hitam di mana tiada apa lagi yang mampu aku lakukan

Titik hitam di mana aku, buat seketika waktu terasa mahu mengalah.

Titik hitam di mana aku redha, dan mula merelakan dia pergi.

Titik hitam di mana saat aku mula redha, aku juga merasa aku tidak berusaha cukup keras dan menyalahkan diri sendiri

Titik hitam di mana yang aku sayangi dan tatang bagai anakku sendiri meninggalkan aku untuk selama-lamanya

Titik hitam yang kekal dalam hati aku... untuk selamanya...


Maaf jika ada yang suka mengambil berat tanya macam-macam kat fb. Bukan aku sombong, tapi aku tak kuasa. Tak kuasa nak cerita benda sama 53 kali. 53 kali nak kena tahan sebak, tahan sedih, tahan macam-macam. Kau pulak tanya macamkan aku baru hilang pen.

"pen kau dah takde eh... camne boleh takde? apa masalah dia? dia sakit ape?"
"dia imported kan? dulu import dari mana? berapa lah habis tu? rugi la ek..."

dey......!

Maaf, sikap ambil berat kamu tu aku rasa macam nak bagi pelempang. Ambil berat la sangat khennnnn~~~


tuihhhh!!!!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?