Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti taska anak-anak


Wah tajuk..... macam artikel kat majalah keluarga. Actually, nak blog pasal 2 aktiviti penglibatan parent (kitorang lah tu) kat taska si Juwita ni ha.... Bagus taska ni. Banyak aktivitinya. Silibus pon bagus... Baru sebulan Juwita naik darjah, dah nampak banyak benda dia belajar. Ehe... dulu taska yang sama jugak, tapi sbb last year baru umur 3 tahun, dia masuk playschool aje. Tahun ni dah start silibus tadika dia.


Go-Green.

Ok, Aktiviti pertama adalah "Go Green". Mudah aje. Hari apa tah haritu aku tak ingat, teacher Juwita suruh datang sekolah petangnya. Ibu buat recycling, si bapa tanam pokok. OK. Aku datang sebagai wakil keluarga.


Si ibu-ibu ni tugasannya adalah membuat kotak stationery untuk anak masing-masing. Ok. Ramai ibu-ibu mengeluh... tak kretip katenye... ahahai~~ kelaka pon ada... Xpe la, yang penting kita buat tu bersungguh, ikhlas... untuk siapa lagi kalau bukan untuk anak kita sendiri kan? Mengikut kata Bonda (founder of Taska Sarjana Pintar), kajian menunjukkan anak yang guna peralatan yang dia tahu ibunya buat sendiri akan lebih berkeyakinan di kelas.


Ya. aku akui itu. Sekarang ni, modal aku pujuk Juwita ke taska adalah kotak stationery yang aku buatkan tu le. Asal di malas nak ke taska je, aku akan cakap,

"penat tau ibu buatkan kotak Juwita lawa-lawa.. siap ibu buat love lagi.. sebab ibu sayang Juwita."


Nanti mesti dia tersenyum sambil cakap, "kotak yang ada love tu? Juwita punya paaaaling cantikk! Amirah punya x cantik.. Juwita paling menang"


kah kah kah... aku gelak dalam hati. Tapi dalam masa yang sama, terbuktilah kata-kata bonda dan kajian tu. Memang anak-anak akan rasa lebih konfiden dan berkeyakinan bila dia guna barang yang ibunya buat sendiri. Dalam hati dia ada rasa proud, ibunya buatkan kotak paling lawa. Dalam diri dia rasa dia hebat, sebab dia ada kotak ibu dia buatkan.. Secara tidak langsung, anak akan rasa lebih secure dan independent kat kelas.


Mungkin, Amirah juga berfikiran sama macam Juwita. Mesti bagi Amirah, kotak yang ibunya buatkan lah paling lawa dan cantik sekali. Mesti Amirah rasa dia punya kotak paling hebat. Dalam hal ini, tak timbul isu siapa sebenarnya yang paling cantik dan menang. Apa yang penting, dalam jiwa anak itu telah terserap satu idea, bahawa dia dihargai, di sayangi dan dia adalah anak yang hebat.


Bukan kah bagus begitu?


Juwita punya kotak... belah depan ada bunga dengan love, belakang ada ikan laga. hahaha~~






Picnic D' Santai




Aktiviti piknik ni hari Ahad lepas kat taman tasik Shah Alam. Seronok juga. Dapat jumpa beberapa parent lain di sana. Masing-masing bawa portluck, jadi dapat lah rasa macam-macam jenis makanan. Aktiviti pon menarik. Ada yang melibatkan anak-anak, ada yang parent kena ikut serta, malahan ada aktiviti yang mahukan parent saling kenal mengenali dan bekerja sama.


Makanan, memang banyak. Aku bawak spagetti beef bolognese. Alhamdulillah habis walaupon banyak gila lagi pilihan makanan yang lain. Ramainye lah yang bawak mee goreng dan nasi goreng. Tapi menarik juga bila ada yang bawa nasi lemak, nasi kerabu, dan beberapa jenis pasta goreng. Ada macaroni goreng, ada spiral goreng... tapi semua goreng. haahaha... i was expecting something more than that... macaroni and cheese ke, baked pasta ke, lasagna ke kan... hahaahaa~ mengada-ngada pulak ye.. Selain dari tu, buah ada, apam polkadot ada, kek ada.. yang tu ok lah... tak sempat nk rasa dah kenyang dulu.. hehehe


Aktiviti pulak, oh, ini seronok. Dapat tengok senaman yang Juwita dok praktis pagi-pagi tu. Baru ku tahu anak ku ini macam mana orang nya bila dengan teacher dan kawan-kawan. Ada senam robik untuk ibu bapa, tapi x mendapat sambutan. Masing-masing tercegat malu-malu kucing siam.




Selain itu ada juga permainan tiup belon bersama anak... ni abah Juwita join.. hihihi




Pastu ada satu pertandingan. Pertandingan ni antara keluarga. Kena buat bangunan dari straw. Tapi permainan ni ada sikit twist. Tiap keluarga rupanya diberi 6 batang je straw. Trick kat sini adalah, kita boleh bergabung dengan famili lain untuk menambah straw. Kumpulan yang berjaya membuat bangunan straw paling kreative dan besar/ tinggi akan memenangi pertandingan ini. Twist lagi satu, kita hanya boleh ebrgabung dengan famili yang sama ribbon dengan kita je. So, nak tak nak memang kena bangun berjalan dan cari member baru la kan.. hihihi.. i loike~~




Kat sini, nampak ada famili yang bila di umum je begitu, terus cari famili lain ajak bergabung. Ada juga famili yang shy shy cat, buat-buat tak nampak kiri kanan, harapkan ada famili lain lah yang nak panggil mereka. Mereka nak panggil famili lain, x harap la. Ada juga famili yang mungkin fikir, ah, tak payah bergabung pon xpe. kitorang 1 famili dengan 6 batang straw pon mampu buat bangunan la... oh.. jangan terkejut ye.. ada. Segalanya terserlah pada sesi pengadilan selepas itu.


Ada yang bangunannya besar betul! Ada yang tinggi betul! Ada yang kukuh betul! Dan ada yang kecik, comel lote je.... paham-paham sendiri lah ye.


Sebenarnya, nak bekerja sama ni, bukan kita kena tunggu orang panggil kita je. Tak boleh la nak harap orang lain je berusaha nak bergabung, kita tunggu dan lihat.. buat-buat malu... buat-buat segan... buat-buat rendah diri... alahai.... Kalau kita nak, kita dapatkan. Kalau orang x ajak, kita tanya. Volunteer diri. Ikut kata en. suami ku, ada mulut tanya. Jangan senyap je.


Alhamdulillah, ramai ibu bapa yang sudi bekerja sama dengan aktiviti yang di anjurkan. Ibu bapa juga secara tak langsung dapat kenalan baru semasa aktiviti bangunan straw ni. Ye lah kan.. nak tak nak, kita saling mengenali. Bila lah lagi masanya, bukannya selalu ada masa nak duduk bersama. Dalam group aku tu, 2 famili lain tu, aku tak kenal sebab mereka hantar anak kat cawangan seksyen 6. Tapi dari perbualan, mereka pon sebenarnya tak mengenali sesama mereka.


Samalah dengan aku, aku x kenal pon semua parent yang sama hantar anak kat seksyen 7 tu. Ada yang aku cam muka, tapi tak tau nama.. Dah begitu gaya orang kita zaman sekarang ni gamaknya... x rajin bertegur sapa. Mulut ada terkunci, senyum pon tidak, bertegur apatah lagi.


Berbalik pada aktiviti piknik, kesimpulannya memang seronok dan bagus di anjurkan. Pengisiannya ada, aktivitinya sesuai... pendek kata, boleh la buat lagi. heehehe~


Kudos pada cikgi-cikgi taska sarjana pintar kerana seiring dengan peredaran masa, kretif, dan peka dengan situasi semasa.

Comments

mOmMyaMy said…
taska mana ni yer bagus ada aktiviti mcm ni

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku