Ole-ole Bali


Ini adalah kejadian hari rabu lepas, Selangor cuti kan... kami kerja setengah hari. Tengah hari tu shoot pergi ke Empire Mall. Cadangnya nak jalan-jalan shopping, kemudian memandangkan macam tak sempat nak balik masak untuk iftar petang tu, jadi kami terus je stay sampai malam.


Dapat lah sambar dress Juwita 2 helai. Tu pon kat Subang Parade... kat Empire aku beli non-stick pot and pan. Kaler hijau lagi you.. haha~ Beli pisau, apron, mangkuk.. hihihi mood nak menyoping barangan dapo kaedahnya.


Masa dah nak berbuka tu memang lah semua tempat dah penuh. Mulanya kami cadang nak makan kat Nando's di Subang Parade. Tapi Fully booked pulak. Menapak lah semula kami ke Empire Mall. nak buka kat Belanga, tapi penuh jugak. jenguk-jenguk kat Ole-ole Bali... pon penuh je seat. Mana taknya, chinese pon berderet beratur nak buka puasa.. keh keh keh


Akhirnya kami ambil keputusan nak lepak dulu kat Tutti Frutti tingkat atas. Pukul 8 lebih kang baru turun bawah cari seat kat ole-ole bali tu.


Jadinya, aku ni kan tukang sponsor soping menyoping haritu (dah kata bonus banyak kan), harus lah aku yg pi beli tutti frutti tu. Tak reti nak membeli tapi buat-buat reti. Sekali, hah! amik kau!!! Kena RM20.80. Tahniah dayah~ lain kali kalau nak makan benda alah ni tak de maknanya aku nak belanja. Aku pow orang lah pulak.



Dah la aku beli lagi macaroon ni ha. Seketul dah RM3.90. Aku beli 4 ketul. Adoi la~~~ Time beli tu semua, tak rasa apa tau, ye lah kan, masa tu duit banyak... laa ni... dah soping sana sini gila-gila ni, nengok balik akaun.. alaaa hai... nyesal pon ada! Nape lah aku beli benda2 merepek tu semua. Hahaha! nasi dah jadi bubur... macaroon dan tutti frutti tu pon dah selamat jadi bahan buangan pon.




Owh, balik pada topik asal... akhirnya berjaya lah kami masuk Ole-ole Bali tu. Aku punya Nasi Campur, hubby aku nye Siap mempanggang.




Pelik tak pelik... tajuk makanan dia memang pelik la. Siap mempanggang tu actually adalah Set nasi dengan ayam panggang. Tapi bukan nasi dengan ayam semata. Nengok sendiri lah set tu camne.. tapi memang banyak gileerrrrrrr lah!!!!!! Hubby punya nasi kuning. Sedap!


siap mempanggang

nasi kuning yang best


Aku punya nasi campur, ada grill fish, sotong bakar, udang bakar, sate lilit serai, daging rendang, sayur kangkung, ada lagi sambal, kerabu.. huish~~ banyaaaakkkkkkk~!!!


nasi campur.

close up


Rasanya lah kan, kalau nak makan kat sini, kena prepare perut kosong. Masalahnya, kami sebelum masuk ole-ole Bali ni dah melantak Tutti frutti 1 tub penuh! Tambah lagi 4 ketul macaroon... senak mak anak beranak.


Sedap ke tak? Sedap~~~ bagi orang yang suka rasa Bali lah. Orang yg lidah dia tak terbuka mungkin tak boleh terima kot. Bumbu dia memang authentik. Pendek kata memang rasa Bali lah! You love it or hate it. Memang itu lah rasa dia.


Orang cina suka pulak makan kat sini. Ramai je chinese aku nengok dalam restoren tu. Mungkin, aku agak la.. MUNGKIN, kalau mereka yang pernah pergi Bali, then teringat-ingat makanan kat sana, mereka akan enjoy lebih pada makanan kat ole-ole bali ni. Rasa bumbu dia memang kuat.


Tapi tu lah nak di ingatkan. Potion dia terlalu banyak. Yang hubby punya Siap mempanggang tu, ayam dia half ok, half!


Rate harga? dalam RM35++ lah untuk satu set tak termasuk air. Tapi air suam atau air sejuk diberi free flow sepanjang masa. So, kalau taknak order air pon tak pe. Kitorang makan haritu, beli 2 set nasi (nasi campur dan siap mempanggang), dan air Lemongrass Mojito, bil adalah RM80.


lemongrass mojito


Sekali sekala boleh la kan.... (dengan kadar 4 bulan sekali). Oh ya.. satu lagi hal. Dalam restoren ni ada patung gajah bawah payung kuning. Saje je nak bagi tau.. mungkin ada sesetengah pihak akan rasa tak selesa lah kot nak makan sambil melihat gajah bertapa...






~ lagi seminggu kerja sebelum masing-masing pulang ke kampung. Korang dah tukar duit ke belum?

Comments

Hans said…
oo mak aihhh
terliur tgok tutti fruti
den pernah makan sekali jer
tu pun member kelas suruh rasa
hahahaha
sedap2

Jom Sign Up Online Survey Ini Dan Tebus Hadiah Anda
Papa-NtiQ said…
Hi...cakap pasal ole ole bali ni...saya baru jer upload gambar2 dalam blog saya masa makan kat sana dgn famili. Memang best dan lokasi nye pun bagus. Lepas makan bolih sambung shopping2 kan.
Senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com banyak lagi tempat2 makan yang saya masukkan. Topik pun pasal makan jer 100% takde topik2 lain hehe....
Dan kalu minat tu follow la yer blog saya TQ

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?