salute to the nature

salute to the nature

Friday, June 17, 2011

Rutin seorang pembela kucing jenis longhair




Rutin seorang pembela kucing longhair.


Pagi antara pukul 7 ke 7.30, Lulu dah ketuk-ketuk pintu sambil mengiau-ngiau depan bilik kami kat atas. Kejutkan lah tu.... ajak main, nak makan... hihihi.


Aku turun bawah, isi bekas makanan dia. Lulu makan dengan rakus, kadang tu sambil bunyi-bunyi pulak tanda konon lapar sangat lah tu (kalau aku turun lambat). Air aku tukar. Sambil dia makan, aku belai-belai dia.


Masa dia makan jugak, aku kemas bekas pasir dia. Buang poo dalam tu, kemas area tu dari pasir-pasir yang terkeluar, sembur kennel wash (disinfect area tu la)


Lulu akan berhenti makan sekejap sebab dia nak main. So, main sekejap dengan dia sampailah dia termengah-mengah. Kadang tu sampai terjelir-jelir lidah kepenatan. hahaha~ Aku suruh dia minum, pastu aku pastikan dia pee dan poopoo sebelum dia boleh masuk bilik tidur aku. (kalau tak, habislah tilam dia pee kan kat situ)




Sambil aku mandi, Lulu main kat dalam bilik. Kadang main dengan hubby, kadang main dengan Juwita. Kadang dia main dalam quilt. Lepas tu, Lulu ikut hubby turun bawah, sambung makan. Dah kenyang, duduk terkangkang.


Lepas sarapan, kami siap nak keluar rumah gi kerja. Juwita nak gi taska. Lulu dah mula tunggu kat pintu. Dia get ready je nak meloboskan diri keluar. Ahahaha~ kadang berjaya gak dia keluar. Jenuh laaa nak tangkap dia balik bawak masuk. Tapi kadang tu dia buat tak heran aje pulak kat pintu yang terbuka. Ikut mood la kot... kadang rasa nak buat nakal, kadang rasa malas... ye tak?


Sebelum pergi kerja, aku ketuk pintu kaca sliding. Nanti Lulu datang kat pintu tu, so aku babai dia. Hehe~ memang berbunga je hati bila tengok muka dia kat pintu sliding tu. Dengan mata dia yang bulat besar tu, pandang kita, mulut ngiau ngiau (dia kata babai ibu)... sedap hati nak pi kerja.


Aku balik rumah pukul 6++ petang. Kadang kala pukul 7 baru sampai rumah. Tapi kebanyakan masa, pukul 8++ malam baru sampai rumah O__O. Sampai je kat pintu dah dengar Lulu ngiau-ngiau kat dalam. Huhuhuuu~~~ Bukak aje pintu dia meluru keluar. Tapi aku tangkap bawak masuk. Haha~ Kadang tu dia tak nak keluar pon, dia nak kitorang yang masuk. ehehe~


Masuk je kitorang dalam rumah, Lulu dah berlari ke dapur. Lapar la tu.. lapar makan, lapar belaian, lapar kasih sayang. :) Penuhkan bekas makanan dia, dia makan. Aku kemas bekas pasir, buang poo kalau ada. Bersihkan pasir dia, kalau dah sikit aku tambah. Kalau dah berbau aku tukar. Oh, ya. Aku bagi Lulu makan vitamin. Lulu suka makan vitamin :)


Malam, lepas selesai kerja rumah, selesai masak semua, sambil duduk kat ruang tamu, aku main dengan Lulu. Belai Lulu, main gaduh-gaduh, main kejar-kejar sampai dia penat. Pastu, adalah wajib untuk aku sikat bulu Lulu. Lulu kan longhair, so wajib ye untuk menyikat bulunya setiap hari. Kalau tak sikat nanti bulu dia tak terurus, nanti banyak gugur. Lepas sikat, barulah nampak kemas, cantik dan gebu aje Lulu ni. hehehe~




Kalau aku ternampak ada bulu Lulu kat sofa, aku akan bersihkan dengan sticky roller (ikea). Kalau Lulu dah tak bau wangi, aku sembur bulu Lulu dengan Petsave dry shampoo. Kalau nampak dia menggaru telinga, aku dropkan ubat telinga (Seminggu sekali lah lebih kurang rutinnya). Andainya dia ada tergaru-garu, aku sembur orgaderm spray. Sambil belai dia tu, memang makesure kena check bulu, kaki, telinga, mata, hidung dia semua. Ye lah kan... mana tau ada apa-apa yang luar biasa.....


2 minggu sekali, Lulu akan mandi. Malam sebelum mandi, memang dia kena letak ubat telinga. Sebelum mandi, potong kuku. Lepas mandikan, lap kering dan jemur kat matahari (sebab Lulu tak suka hair dryer). Bila Bulu dah kering, sikat kasi kemas. Tujuan menyikat juga adalah untuk membuang bulu-bulu lama yang gugur.




Sambil tunggu bulu Lulu kering kat luar, aku kemas tempat Lulu. Mop lantai dengan anti nyah kuman, basuh litter box dan scoop, rendam dalam kennel wash yang pekat lebih kurang 10 minit, dan kemudian jemur sampai kering. Litter sand lama buang terus. Bila litter box dia dah kering, terus letak pasir baru yang harum mewangi bau lemon tu. Letak surat khabar baru, dan sembur lantai dengan campuran kennal wash. Phew~~~~ selesai.


Tiba masa untuk vaksin, aku bawa dia ke vet untuk ambil scheduled vaksin.


Begitulah rutin harian, mingguan, bulanan dan tahunan aku sebagai seorang yang membela kucing dalam keluarga. Mungkin ada yang baru nampak hari ini, betapa leceh sebenarnya membela haiwan di rumah. Mungkin sebab itu juga, ada orang sanggup bertahan menjaga kucing dalam 3 ke 4 bulan aje. Lepas tu dah give up, bagi kat orang, iklankan kat sana sini cari new fosterer. Kesian tau kucing tu korang perlakukan sebegitu. Cuba kalau korang kena adopt, lepas 3 bulan mak angkat kau dah taknak, dia pass je kau kat makcik lain pulak. Apa kau rasa?



Memelihara haiwan ini memerlukan kesabaran yang jitu, serta tidak boleh bersikap ambil mudah. Misalnya, kau tak boleh ambil mudah perihal kebersihan sebab ia melibatkan kucing serta penghuni lain dalam rumah itu sendiri. Kucing yang tidak terjaga akan mengundang penyakit dan masalah lain kepada kucing itu sendiri serta manusia di sekelilingnya.


Tu tak ambil kira ada ketika nakal dia datang, dia pee atas tilam, pee kat karpet ke, pee dalam laundry... haa.. mau tak pening kepala dibuatnya. Bila kucing buat hal camtu, ada la tu yang tak kena. Ada lah tu benda yang dia tak puas hati. Kau kurang main dengan dia ke.. dia rasa kau tak bagi attention kat dia ke... cuba pikir balik kenapa....


Tapi sebenarnya, penjagaan kucing ini akan jadi mudah jika kau anggap kucing itu sebagai ahli keluarga kau sendiri. Jaga dan ambil berat pasal dia, macam dia tu anak kau. Itu yang aku buat pada Lulu. Ada ke mak yang akan fed up jaga anak sendiri? tak ada kan.... so, anggaplah kau mak, dan anak kau adalah kucing tu. hik hik hik~~~




Dan sesungguhnya, memang kejam mak yang buang anak. Tak kira lah anak manusia ke, anak kucing. Sama je bagi aku.





~ entry mengisi masa lapar. kang tulis pasal makanan tambah lapar pulak kan... tulis la pasal kucing
~Kena tinggal jaga office, walhal orang lain pergi exhibition. wawawa~!
~ model kucing di atas adalah Lulu Lola. Dia masuk 6 bulan hari ini~ yay~!

1 comment:

Anonymous said...

Diari harian seorang pembela kucing LONGHAIR.. :-)
Macam sama je kisah kita...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails