Air Hujan.....

Alhamdulillah hari ini matahari tersenyum kembali. Walaupon tak selebar mana senyumannya, yang penting titis-titis air mata dari langit sudah mula berhenti. Tanah yang biak dan lembik dek dihujani hujan selama lebih 24 jam kini mula kering.


Bila tak hujan-hujan, mulalah ramai yang akan meluahkan perasaan betapa panas dan teriknya cuaca. Bila hujan turun mencurah-curah tak henti-henti, orang yang sama juga lah akan menzahirkan betapa sukarnya harinya itu kerana hujan.


Owh.. manusia.. manusia. Tak pernah ada yang memuaskan harinya. Tak pernah ada yang sempurna baginya.


Aku? Aku pernah ditegur oleh manusia-manusia yang banyak pengalaman, katanya; " Jangan cepat melatah bila sesuatu melanda" "Cari yang positif dalam situasi negatif" "Hentikan menyalahkan keadaan, cari penyelesaian" dan pelbagai lagi pepatah-pepatah madah pujangga yang penuh inspirasi.


Ada tempat di dunia ini, tiga empat bulan kemarau. Lantas hujan itu membawa sejuta rahmat pada mereka. Mana tak nya, lembu mati kehausan, tumbuhan kekeringan, tanah merekah. Anak-anak kurang nutrisi, tak dapat minum susu. Dah tu, susu ibu pon kering, sebab si ibu pon tak dapat minum air.


Disebelah lain dunia pula, beratus manusia bergelimpangan, mati hanyut membusuk kerana air bah yang datang bagaikan kiamatnya dunia. Banjir kilat menghancurkan sawah ladang, rumah kenderaan, malah nyawa pon turut melayang. Bekalan makanan dan air bersih meruncing.


Maka aku di sini, mampu menulis blog sambil menghirup air mineral, melihat sinar matahari yang masih segan silu menyinar..... Inilah NIKMAT.


Nikmat keamanan, nikmat kesejahteraaan, nikmat keselamatan


Terhindar dari bencana alam, peperangan, rusuhan,


masih dapat menikmati cahaya matahari pagi, masih dapat menikmati air bersih, masih dapat berhubung sesama manusia.


Syukur padamu ya Allah~ jauhkan lah aku dan rakyat Malaysia sekalian dari perasaan lupa diri dan takbur. Jadikanlah kami umat yang sentiasa mensyukuri nikmatmu.




~ motip entry hari ini puitis? waaaahahahaha~!!!!

~ Jangan banyak komplen voley! ngeh~ =P

~ Carilah penyelesaian kepada kesulitan. Bukan fokus pada masalah saja. Boleh gila tahu?

~ Nak berenang...............................................................

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)