salute to the nature

salute to the nature

Friday, March 19, 2010

b'day juwita buat kat mc-d aje, maka beberapa vendor terpaksa dibatalkan

ok. tetamu-tetamu yang dijemput semua telah diberitahu akan pertukaran ini. Mula-mula cadang nak buat di rumah, tapi akhirnya bertukar ke mc-d.


Idea asal memang nak buat di rumah. Lebih mesra, warm, hearthy... kami buat decoration sama-sama, i prepare a homemade cook (ini yang paling exciting. aku paling suka entertain people dengan my homemade food). I even dah ada list menu untuk haritu..mana yang i nak masak pagi tu, mana yang nak prepare malamnya.. kek tempah kat mana, cupcake lagi... bile nak beli groceries... bila nak start buat goodies bag.. semualah! semua dah ada dalam planner.


Tapi, ade masalah dari segi lokasi. Sebab rumah kami ni atas kayangan (huhuu.... tingkat 14), i suspect guest memang akan mengalami sedikit kesukaran. Susah nak parking satu hal, nak cari apartment kami lagi... pastu dengan lif apartment ni yang kadang2 buat hal... ish.. xnak amik risiko. Lagipon, paling utama, hubby suruh bayangkan keletihan mengemas rumah before and after the event. Oh, terus aku teringat 2 tahun lepas punya open house. memang letih giler mengemas. Hubby pon dah surrender...xnak kemas2 bagai.


Tambahan lagi, hubby sangat-sangat buzy lately. Memang x ada masa nak lepak-lepak, nak mengemas rumah dan tolong ape yang patut pon x harap la... sebab hubby memang buzy giler! Tiap-tiap hari pon balik atas dari pukul 8 malam. pukul 10 pagi dah keluar rumah. Boleh kira dengan jari je kot berapa kali kitorang berborak hari-hari... (oh, thats why, aku sangat2 nantikan hari esok. esok hari kami bertiga!)


So, hubby yang cadangkan buat kat mc-d aje. Aku pon setuju aje lah... dah orang nak sponsor kan... nasib baik masa tu ade vendor2 yang belum confirm. Just dah order cake dengan favor aje. (nanti lain kali aku akan cerita pasal 2 supplier ni ye.) yang lain semua dah tak payah risau, semua mc-d dah uruskan. Senang sikit hati aku. lega... lapang dada.


oh, ya. goodies bag pon actually x bleh bawak kita punya tau. term & condition party mc-d adalah no outside food. goodies bag pon, kena beli dia punya. Tapi since aku kata goodies bag aku memang dah ada, mintak adjust2 sket... manager tu pon setuju. dia tutup sebelah mata aje lah nanti aku bawak masuk goodies bag tuh... nasib baik...


favor tu aku dah nampak rupanya, cantik dan comel! x sabar nak dapat kat tangan dan masukkan dalam DIY paperbag. Sekarang ni tengah berdebar-debar dengan cake b'day tuh... ntah cemana la rupanya... excited! aku ade bagi gambar contoh cake yang aku nak dengan detail2nya sekali. Tapi as usual, i have to expect the unexpected. Hati kena clear aje... no comment la sebelum cake tu siap ye... tungguuuuu......


decoration dengan craft material semua aku simpan. Later on la guna... b'day aku sendiri nanti ke...b'day hubby ke.. tak pon b'day juwita sekali lagi nanti ke kat umah uwan jasin... heheheee.... oh ya, cupcake aku tak jadi order. sorry la vendor cupcake ye... huhuuu... (plannya nak order either kat cuppacake by wondermilk atau cupcakechic. kalau cupcakechic nak order red velvet. huhuuu)


apa2 pon, aku harap jemputan2 semua dapat hadir... datang la ramai mana korang nak... makanan jangan risau. Since dah buat kat mc-d, dah tak risau tetamu terlebih. boleh je tambah food anytime kan... lainla kalau buat kat rumah, semua memang kena kira kepala betul-betul. takut tak cukup tak dapat makan pulak. Terlebih, membazir pulak...


excited! x sabar! semua ada... next week je kan... seminggu je lagi... semoga semua berjalan dengan lancar... aminnn.....




jangan lupa ye!

ahad, 28 march 2010.
3.30 - 5.30 petang.
Mc-d damansara damai

Datang awal! jangan lambat datang!!!!!!

3 comments:

NBR said...

Will be there insyaAllah. Takut sesat jek sebab tak pernah gi kawasan ni.

anggun said...

takpe, nanti saya tepekkan peta ye..

NBR said...

Hokie. Thank you.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails