salute to the nature

salute to the nature

Sunday, September 6, 2009

F&N Magnolia Lo-fat Hi-cal = susu basi

ingat tak hari tu aku ada cerita pasal sahurku yang kureng sket sbb susu nak makan dengan cornflakes da basi... ha, ni jadik sekali lagi...

kali ni, susu ni betul2 baru beli, expiry date pon lama lagi.. tup tup, time nak guna, buka la penutupnya.

Hubby terus tuang dalam magkuk cornflakes nya. pastu hubby tanya...

"yang... susu low fat ni mmg mcm ni ke?"

"ha.. mcm ne pulak?" aku menyahut di depan laptop

"ntah... jernih aje...!"

"try la tuang dalam cawan dulu, tengok..." aku jawab lagi

"saya dah tuang dalam cornflake saya.."

aisehmen... aku dah lain macam... aku datang pergi tengok...

macam ni la ghupanya... sadis sungguh

ayohh.... tak elok la! da basi!!! celaka betul, aku cakap(dalam hati la..) ni dah kali kedua dah ni kena... brand yg satu ni jugak la.. beli pon tempat sama.. kat TESCO Mutiara Damansara. Brand F&N Magnolia Lo-fat Hi-cal

tengok susu ni... susu badan aku pon pekat lagi! huh!

rosak mood aku sahur haritu. bengang betul.. lepas amik gamba, terus buang susu tu dalam tong sampah. cornflakes abg pula... kembang semangkuk dengan susu basi tuh.. uwekk!!

siap berbuih-buih... *_*

tak merasa lagi sahur dengan cornflakes dan susu...

5 comments:

Sherry said...

eee..saya pun macam tu tapi ialah yogurt :(

petite4 said...

yuck... geli kan...

MeL said...

mak ai! kena complaint nih..

iena hamdi said...

ish teruknyer... akak mmg tak pernah beli jenama lain selain dr dutch lady

gerbera said...

Salam.
Ish..ish..Saya pernah terkena minum Caffe Latte Dutch Lady. Nasib baik bukak terus. Berbuih2 mcm ada gas kat dalam.
Tukar tin kedua pun sama. Padahal expired date lambat lagi.
Maybe mfg defect la tu. Tapi x komplen pun.Hehehe..
And sampai skrg minum je lagi sebab mmg peberet.
Low fat dutch lady pun ok. Nestle pun ok gak. Selalu saya beli salah satu ni la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails