Permaculture

Permaculture. Apa benda ni sebenarnya? Sebenarnya, saya pun baru sahaja berjinak-jinak dengan permaculture ni dan mula sedikit-sedikit studi pasal permaculture sejak saya jadi volunteer coordinator di Melbourne Uni Community Garden. Mengikut penjelasan Wikipedia, permaculture adalah "a system of agricultural and social design principles centered around simulating or directly utilizing the patterns and features observed in natural ecosystems." Pehh.. baca penjelasan pun macam makin tak jelas kan? OK. Biar saya terangkan secara lebih mudah.

Permaculture adalah sistem pertanian yang bertentangan dengan sistem perladangan yang biasa dipraktis oleh industri. Permaculture menghubungkan tanah, sumber, manusia, dan alam sekitar melalui hubungan sinergi yang memberi faedah kepada semua aspek - tiada bahan buangan, dan membina satu sistem berbentuk kitaran seperti kitaran alam semulajadi. Permaculture merangkumi agriculture, water harvesting (sistem pengaliran dan sumber air bersih), hydrology (tenaga dari air), energy (clean energy seperti hydro, solar, dan kincir angin), natural building (bangunan eco dan jimat tenaga), forestry, waste management (recycling and composting), animal systems, aquaculture, appropriate technology (teknologi hijau, renewable energy, fossil free energy), economics dan community development.



Kalau sebut Permaculture, kita sebenarnya tidak boleh lari dari merujuk kembali kepada cara hidup nenek moyang kita dulu-dulu. Malah sebenarnya, dari sini lah datangnya asal usul sistem permaculture yang semakin mendapat tempat sekarang. Sebagai contoh, orang kita dulu-dulu ada bela ayam dan itik di belakang rumah. Jadi apa nenek kita dulu buat bila ada lebihan nasi sejuk malam semalam? Diberinya kepada ayam dan itik itu makan, kan? Ini lah asas mudah permaculture.  Nak bagi senang faham, permaculture tradisional adalah seperti cara hidup nenek moyang kita dan orang asli yang hidup saling bergantungan pada alam semulajadi tanpa merosakkan ekosistem.   

Namun permaculture sekarang lebih menyeluruh apabila banyak teknologi hijau yang menyokong dan membantu pembangunan sistem ini terutama sekali dari segi teknologi pembuatan rumah eco- friendly, penggunaan tenaga hijau dan bersih seperti solar dan kincir angin di ladang, sistem pembersihan dan pengumpulan air bersih, dan sebagainya. 



Di bawah ni ada contoh satu pelan ladang yang berasaskan permaculture.




------------------------------
to be continue..

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....