Sambungan.... Akhirnya, pada suatu petang, selepas hampir seminggu Joe menghilang, biliknya disinari cahaya lampu. Lampu menyala dan pintu biliknya terbuka luas. Aku menarik nafas lega. Tak kisah lah di mana atau apa yang terjadi 4-5 hari sebelum ini, yang pasti sekarang Joe ada dan bernyawa. Lega. Selang beberapa malam kemudian Joe mengetuk pintu studio aku. Dia tanya, aku pandai gunting rambut kah? Aku kata lah tidak pandai. Tak apalah, kalau begitu saya mahu pinjam gunting, katanya. Rambut dah panjang dan nampak hodoh, katanya lagi. Aku berikan dia gunting. Tidak berapa lama kemudian Joe memulangkan gunting yang dipinjamnya. Mukanya nampak gembira. Dia agak bubbly malam itu. Baru aku hendak duduk sekali lagi pintu aku diketuk. Aku buka pintu dan Joe terpacul lagi. Dia tanya, cantik tak rambut dia. Aku tidak nampak beza pun rambut dia dari sebelum potong dengan selepas, tapi untuk menjaga hati, aku cakap lah, wah dah nampak kacak. Cantik dan kemas. Melonjak dia dengar. Saya...