Selamat Hari Guru

Kenangan sewaktu sekolah rendah AA.


Ada seorang cikgu bahasa inggeris, cikgu tu perempuan, muda, belum kahwin pon lagi masa tu. Kononnya dia cantik dan lawa lah. (budak lelaki yang cakap macam tu, sebab masa tu aku tak pandai pon nak nilai pompuan cantik macam mana). Kita panggil dia Cikgu H. Cikgu H memang rapat dengan budak lelaki, sebab tu budak lelaki suka dia. Cikgu H tu juga rapat juga dengan budak perempuan yang lawa-lawa (pada pandangan aku bermakna putih melepak, dan muka comel serta nampak macam anak orang kaya)


Pada pandangan aku, Cikgu H tidak menyukai aku. Dalam kelas, bila aku angkat tangan nak jawab, walaupon aku duduk betul-betul depan dia, dia tak nampak pon. Satu hari tak ada sesiapa angkat tangan untuk jawab kecuali aku. Maka terpaksalah dia bagi aku jawab. Aku ingat lagi Cikgu H cakap, " ha, kalau tau sangat cuba lah jawab...kalau salah jaga awak"


Aku pon jawab la dengan tepatnya. Sebab aku memang tau jawapannya. Terkesima cikgu H kat situ. Tapi aku tak dapat pula gula-gula macam budak lain dapat kalau jawab dengan betul. Aku tak kisah pon, sebab bukan gula-gula yang aku nak. Aku puas dapat jawab dengan betul.


Pada hari yang lain, cikgu H telah menyingkirkan aku dari kumpulan koir sekolah walaupon esok adalah hari pertandingan. Padahal aku adalah kumpulan A, kumpulan yang nyanyi note tinggi. Aku di barisan hadapan sekali dalam susunan koir itu. Tiba pada rehersal terakhir petang itu, cikgu H panggil aku keluar barisan, dan suruh aku balik rumah dengan pesanan, " Awak boleh keluar sekarang. esok tak payah datang"


Blur aku masa tu. Tapi aku ikut juga kata cikgu H. Sementara menunggu mama jemput aku kat bawah pokok ketapang, aku asyik memikirkan perkara itu. mengapakah cikgu H membuang aku? Apa salah aku? Sedangkan cikgu muzik yang train kami selama ini pon tergamam dengan keputusan cikgu H itu.


Malam itu aku nangis bawah bantal. Sedih diperlakukan oleh cikgu H. Jika anda semua membaca blog aku ni, mesti korang juga rasa betapa sakitnya perasaan aku ketika itu. Sehingga kini aku tetap tidak dapat melupakan perbuatan cikgu H. Kepada cikgu-cikgu di luar sana, jangan lah anda double standard kan anak-anak murid anda. Cuba bayangkan jika ia berlaku pada anak anda pula. Apa perasaan anda ketika itu?


Mungkin perbuatan cikgu H kecil sahaja pada mata orang lain. Tapi orang yang terkena, akan ingat sampai mati!




Kenangan sewaktu sekolah rendah BB


Darjah 5 aku berpindah dari sekolah di tengah bandar ke sekolah kawasan perumahan aku. Dekat sikit, boleh pergi sekolah naik basikal. Aku byangkan dapatlah aku merasa naik basikal gear yang popular ketika itu, namun hampa. Basikal tua yang abah aku belikan. Jadilah...


Kat sekolah baru ni aku jumpa dengan cikgu O. Cikgu O sangat garang. Dia guru kelas dan ajar matematik dari darjah 5 sampai darjah 6. Masa darjah 5, matematik aku sangat lah lemah. Kiranya tiap kali ujian markah aku mesti 50++ aje. Start masa ni lah, aku mula takut kat cikgu O. Sebabnya, tiap kali kelas dia, semua orang kena berdiri. Siapa dapat jawab soalan matematik dia baru boleh duduk. Sapa yang tinggal last akan kena cubit atau ketuk ketampi. Owh.. sangat lah memalukan kalau jadi orang terakhir.


Lepas tu, kerja rumah dia memang sangat banyak. Sehari tu dekat 20 muka surat buku text kena buat. tak kira latihan yang di bagi dalam kertas lagi. menangis-nangis aku buat sampai larut malam. Dengan jawapan yang asyik salahnya.. memang menyiksakan!


Masa aku darjah 6, aku berdoa agar guru kelas cikgu lain. Tapi aku dapat jugak cikgu O. Apa nak buat, terpaksalah redha. Punyalah takut kat dia, lagi 500 meter cikgu O nak sampai pon dah boleh bau gudang garam dia tu. Lepas tu semua orang jadi tikus, duduk senyap aje.


Tiap kali kelas matematik mesti ada ujian. Maklumlah, dah nak UPSR. Tiap kali ujian, siapa yang tak dapat A akan dikenakan rotan 3 kali. Maka mulalah zaman aku kena rotan. Tiap kali kelas, tak pernah aku tak kena rotan. Memanglah kan, aku tak pernah dapat A. Masa tu, markah untuk dapat A adalah 80/100.


Sampai lah dekat 2 bulan lagi nak UPSR, aku rasakan semakin mudah pulak soalan-soalan ujian cikgu O. Cepat pulak tu aku siapkan. Kalau dulu nak siapkan pon payah. Sekali masa ujian tu, aku dapat 84/100. Punyalah girang hati aku, sebab aku rasa aku tak kena rotan hari tu. Tapi cikgu O lagi pandai dari aku. Dia dah round dan tengok markah aku. Lepas tu dia buat pengumuman. "ujian harini senang sangat. Siapa dapat bawah 85 keluar sekarang untuk terima hadiah rotan"


what???? aku geram betul masa tu. Ingatkan dapatlah aku lepas kali ni. Ciss betul. Bila tiba time aku untuk di rotan, cikgu O gelakkan aku. Dia kata, "ooo.. kau ingat kau tak kena rotan ye... minggu depan sapa bawah 90 kena rotan" wuuuwuuuwuuu~~~ lepas dia rotan tu cikgu O senyum kat aku. Dari senyuman dia aku tak nampak dia benci aku pon. Aku nampak senyuman kepuasan seorang guru yang berjaya.


Beberapa minggu sebelum UPSR markah ujian aku 90/100. cukup-cukup. Pon cikgu O boleh nak rotan aku lagi. Katanya, aku patut dapat 95 sebab soalan senang. Masa itu dah tak ada perasaan takut pada cikgu O lagi. Yang ada hanyalah satu perasaan hormat, sebab aku rasa dia ikhlas nak aku berjaya.


Bila keputusan UPSR aku keluar, cikgu O lah orang pertama yang aku jumpa dan ucap terima kasih. Kerana dia adalah cikgu yang tak mengenal letih mengajar aku dari markah matematik aku 50/100 kepada 95/100. Walaupon cikgu O garang, aku sering kena rotan, kena marah, kena buat kerja rumah sampai larut malam, namun cikgu O tidak pernah pilih bulu. Siapa tak buat kerja rumah confirm kena rotan, siapa markah rendah confirm kena rotan. Dia tak pandang pakaian pelajar itu biru ke putih ke kuning, dia tak pandang budak tu putih melepak ke berkepam. Yang dia tahu, kau kena pandai matematik.





Cikgu H dan Cikgu O. Setiap kali hari guru tiba, 2 guru itu lah yang terbayang-bayang dalam fikiran aku. Seorang guru kampung yang aku kenang kerana jasa dan khidmatnya, dan seorang lagi guru yang sampai kini tak dapat aku pahami perbuatannya.



Buat guru-guru yang sedang bertugas di luar sana, bagaimanakah anda ingin dikenang? kerana jasa dan kesungguhan anda mendidik kah, atau kerana pakaian anda yang lawa-lawa dan pandai bergaya kah, atau kerana perbuatan anda dibenci?





Comments

AinSaniah said…
kenangan aku kat sekolah walaupun aku belum abes sekolah ialah cikgu BI aku salah key in markah, dan malas nak tuka balik. slamber je cakap "alaa A dengan A- same je taraf die" padahal markah aku sepatutnye 88 die key in 72

maka markah purata aku pun turun dan gred pun rendah. ciss. sampai skarang aku dah tak suke subjek BI disebabkan die.

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.