Internet offline, lampu DSL dan DATA tidak menyala

Last entry adalah minggu lepas. Cukup 4 hari internet tidak berfungsi kerana tiang kabel terbakar. orang cakap la ada tiang kabel terbakar. Masa aku report kat talian 100 tu, operator mengkhabarkan bahawasanya, pusat kawalan (ye ke eh dia panggil pusat kawalan) strimik area aku telah dilanda gangguan kuasa, atau pendek kata, electricity terputus kerana ada hujan lebat kelmarin, menyebabkan line internet pon turut putus (sebab line tu pakai electrik). Gila panjang explanation gadis oncall tu kat aku. Aku pon mengengguk-angguk je seolah-olah gadis tu boleh nampak aku mengangguk paham. Apapon aku ucapkan terima kasih di penghujung talian dengan harapan masalah itu akan selesai seberapa segera.


Jadi, harini dah elok. Sangat bersyukur dan berterima kasih pada semua yang bertungkus lumus untuk membaiki masalah tersebut. Nasib baik jadi hari sabtu ahad. Kalau kena Isnin sampai khamis, mau lumpuh bisness aku laki bini. Mana tak nya, wifi kat KFC pon tak berfungsi.


Dah lama tak shopping. Ahad lepas dapat window shopping pon jadilah. Puas separuh. Kalau dapat beli baru puas sepenuhnya. hahaha~


Lama tak update blog. Buntu nak tulis pasal apa.......






~ banyak kerja kat office

~ 8 hari lagi nak besday Juwita. aku dah ada beberapa option sebagai hadiah besday dia.... campur lagi baju princess.. dengan kek yang paling kecik sekali buat cukup syarat, serta kamera.

Comments

fizanur said…
terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan TM.:)

salam singgah

Masih bertahan, walau tak cukup tidur

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.