2011 resolution : keira knightly body!


Aha, ya. Itu hari, masa saya post entry pasal wish-list, mana tercapai, mana tidak.. mana nak kekal, mana nak tambah.. saya lupa satu perkara.



Sebelum terlambat, saya nak tulis sekarang juga. Incase saya lupa untuk menulis diwaktu yang lain. Sebenarnya saya dah tulis dalam diari personal saya, tapi still nak tulis kat sini sebagai perangsang dan cabaran untuk diri sendiri. Sebabnya, ramai orang jadi saksi, jadi malu lah kalau saya langgar janji sendiri.. kan?









Ini adalah detail untuk wish-list saya seperti berikut:


  • keira knightly body!
  • Stay at 32-23-32 for a whole year/ until i preggy
  • healthier choice living



Bagaimanakah untuk saya menjayakan wish-list ini agar menjadi kenyataan? Oleh itu, bawah ni lah baru RESOLUSI 2011 SAYA (in term of those 3 wish-list)


1. exercise 3x seminggu, 30 minit setiap sesi. (jogging/ briskwalking/ cycling/ skipping)

2. 6 minute work out plan setiap pagi/petang untuk tone targeted muscle (saya buat kelonggaran boleh buat pagi atau petang, sebab saya dapati pagi sangat rush).

3. breakfast is a must. pilihan samada fruit juice/ milo.

4. lunch like a beggar.

5. dinner is NIL

6. bawa bekal air suam 1 botol.

7. stay away from laptop every 45 minutes

8. i'm aloud to take carb ONCE a week ONLY!!

9. NO-NO to: sweet, sugar, chocolate, fried food, deep fried, fast food, oily food, santan, cream, cake, MSG, artificial flavor & coloring, jajan, hawkers food.

10. NEVER snack between meal


11. I WILL SKIPPING EVERY DAY. EXTRA 50X will be added every day until i reach 1200.

12. Join swimming class? need to confirm with uder.

13. kurangkan makan di luar & cook whenever possible. when i cook, i eat less..

14. to get new book for my food diary, and never cheating

15. start timbang badan dan set target!!!

16. Plan 30 hari, Plan 60 hari, dan Plan 90 hari!!!! (detail will not review here)





Sebenarnya, kalau di ikutkan, benda-benda ni jugalah yang tercatat dalam diari peribadi saya sejak tahun 2005. Tiap tahun lebih kurang, more or less. Cuma ayat je berbeza sikit-sikit, susun atur berbeza, dan target pon sedikit berbeza.


Kalau tahun 2005, target adalah untuk menurunkan berat badan dari 59kg ke 49kg. 2006 dan 2007, untuk slimmer and thinner frame. Then lepas tu saya pregnant. Jadi 2008, target untuk lose the baby weight (saya bersalin hujung bulan 3). Tahun itu, bukan setakat saya berjaya lose baby weight, malah saya lebih slim dari sebelum preggy! Mungkin kerana berkat saya fully breastfed baby kot. Maka senang sangat nak slim down.


2009 dan 2010, target saya untuk maintain. 2009 adalah sangat berjaya! Saya adalah pada tahap paling selim melim tahun itu. Dan sebenarnya, saya tak buat apa-apa work out langsung! Semuanya kerana saya breastfeed Juwita. Tau tak, breastfeed membakar 550 kalori untuk tiap sesi?? sangat mudah bukan? Tambah pula, saya kena hospitalized sebab denggi 2 minggu. Berat badan terus drop 37kg je jah~~~


2010 adalah tahun paling mencabar. Sebab untuk maintain adalah lagi susah dari lose weight. gain weight paaaaling senang! hohoo~ bertambah pula dengan jadual saya yang berubah sekelip mata. Juwita dah 2 tahun, so dia dah stop breasfeeding, maka takde dah budak tolong hisap lemak berlebihan. wahahaha~ Lepas tu saya masuk kerja kat office pulak. Susun atur hidup jadi berserabut. Balik office kadang-kadang pukul 9 malam.. bilamana nya nak senaman? lunch makan kat kedai, office fully air-conditioned. Hancuss semua..


So, by end of 2010, sebenarnya saya adalah sangat lumpy dan gelemer (ikut kata hubby ku). Sebabnya adalah cara hidup yang kian tak teratur, bertambah pula dengan pemakanan yang kucar kacir serta senaman yang jauh kelaut. Sangat sedih ok. Sejak pindah rumah (dah 6 bulan duduk rumah baru) saya tak timbang berat badan langsung!!!!! (takut + tak sanggup hadapi realiti)


memanglah saya tak nampak gemuk (ya ka tak nampak????) i mean, tak de lah sampai baju seluar semua tukar saiz M... saya still saiz s, dan ada baju muat saiz xs lagi... cuma terasa kesendatannya (dan ketidak selesaannya) di bahagian tertentu. Otot semua hilang, yang tinggal hanyalah lemak tetel~~ ewwwww!


Jadi, tahun ini saya mulakan dengan resolusi ini dahulu. Bermula dengan program 30 hari, kemudian masuk program 60 hari, dan seterusnya 90 hari. NON STOP!!!!!!




wish me luck. Kalau saya boleh, anda semua tentu boleh. Apa yang perlu ada hanyalah DETERMINATION & STRONG WILL POWER!








~ resolusi untuk bisness petite touch dan keluarga tak perlu lah saya post sini. Biar dalam diari je heh... wish-list dia da ada kat tepi tu kan.. korang boleh agak rasanya apa resolusi untuk mencapai wish-list itu...


~ tiap hari saya bangun sambil membayangkan apakah survenir dari ozzy.... aduhai.. penantian satu penyiksaan....


~ resolusi di atas mula berkuat kuasa serta merta hari ini! 3 Januari 2011.

Comments

Gerb said…
Gud luck!Me want to get rid of 6.8kg :(

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.