kecewa...

Salam,


Bagi sesiapa yang mengikuti blog aku ni, atau dalam facebook aku, apatah lagi yang mengenali aku di luar secara personal, pasti mengetahui bahawa aku sangat-sangat menantikan baju raya ku siap.


Aku telah hantar kain pada 25/6 dan tukang jahit kata boleh ambil 25/7. Pada 30/7 aku datang, tukang jahit kata belum siap, datang minggu depan. Minggu deannya aku datang lagi, pon belum siap juga. Kali ketiga aku datang pon belum siap.


Kali keempat, (tak, aku tak datang dah) aku call kedai dia. Hari tu ahad, so tak berangkat. hari isnin aku call lagi, tanya tukang jahit tu. Katanya lagi 2 minggu. OK. Aku tunggu 2 minggu, walaupon aku dah mula tak sedap hati + tak suka + geram.


Lepas 2 minggu aku tak call tak apa. Kawan aku yang datang kedai dia tanya (dia tempah di tukang jahit yang sama juga). Tukang Jahit kata, kawan aku punya baju, minggu depan siap, tapi aku punya lambat sikit, sebab banyak (aku hantar 4 pasang). Tukang jahit janji aku punya boleh ambil seminggu lepas kawan aku punya.


Pada 27/8 aku call tukang jahit tu dulu sebelum datang. As expected, belum siap juga. Tapi kali ni dia janji datang esok, iaitu pada 28/8. Oleh itu, esoknya aku datang pukul 10.30 pagi. Tukang jahit tu kata, kenapa datang cepat sangat (!@#$%^?????) Dia suruh datang pukul 2 lebih.


Dekat pukul 3 petang aku datang lagi. Kali ni, akhirnya dah siap. Aku ambil, terus bayar, bawak balik. Dalam hati tak sabarnya nak try!


Sampai rumah try depan hubby. Masa tu dah malam (sebab lepas ambil baju kami jalan-jalan dulu) UHH... perasan la longgar sket, tapi sebab malam kan, tak perasan sangat la... hubby pon tengok lebih kurang.


Esoknya, rasa tak sedap hati, rasa nak try sekali lagi, tengok betul-betul. Seperti naluri ku berkata... baju tu semua loose kat aku!!!! semua tau! semua tak fitting kat badan pon! aku rasa macam.... entah la tak tau nak cakap. Kecewa sangat-sangat. Geram pon ada... menyampah, tak tau nak buat apa.. tapi paling banyak aku rasa KECEWA lah....


Kain tu ada yang aku beli kat Serikin, ada yang aku beli online, ada yang mak mentua aku bagi... semua aku suka, semua aku sayang. Aku expect baju tu will turns out beautifully! tapi yang aku dapat hanya kecewa. Satu baju tu, baju kebaya... kan aku pernah cakap, aku teringin sangat nak pakai kebaya raya ni.. sebab dah berapa tahun dah tak pakai kebaya (sebab aku mengandung, pastu breastfeeding plak 2 tahun... tak senang nak pakai kebaya sebelum2 ni)


Aku try adjust, pakai pin. Aku pon pin kan kat tepi kiri kanan... tau tak... aku pin 1.5 inci kiri, 1.5 inci kanan! apakah????? tukang jahit tu buat tak ikut ukuran aku kah????????? Dari hari tu sampai sekarang ni, aku sangat pisss offff lah. Mood raya aku semua dh hancur. macam takde makna je. (walaupon hubby sedang mood raya yang mencanak-canak)


Hari tu, aku nangis tau. aku cuba call mak long yah, tapi nombor tu tak betul. Aku harap2 dia boleh alter... aku terpikir pulak nak call induk... tapi dia jauh la plak dari umah aku... susah la plak. Last-last aku call mak aku. Sebab aku pikir mak aku ada mesin jahit juga. Maybe dia boleh alter....


Sekarang ni aku sedang kecewa sangat-sangat. Selagi belum alter (aku still nak alter jugak. tak terlintas pon nak cari baju ready made lain. Sebab aku sayang baju ni) aku tak kan senang hati. Selagi baju tu tak di alter, tak boleh di pakai... aku TAKKAN senang hati.


uh..... Kecewa... mood tak dak... piss off.... kecewa.... geramm.....

Comments

Sherry said…
hope problem solve soon, as for me working on contest based on points.

me also been crying something personal. :(

now they sleeping I work.
Sherry said…
don't worry everything has solution. feeling moody and piss off feel I also got but diff situation with yours.

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.