manusia-manusia yang aku jumpai

Manusia ini, walaupon asal keturunannya adalah sama, tapi adalah sangat pelbagai. Tidak ada satu manusia pon yang sama di dunia ini. Kalau ada sama pon secara kebetulan pelanduk dua serupa, tetap akan ada perbezaannya. Sekurang-kurangnya, cap jari mereka pasti berbeda, ia kan?


Tetapi jenis-jenis manusia ini, boleh juga dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Hari ini aku nak cerita tentang jenis-jenis manusia yang aku pernah kenal dan jumpa setakat ini. (ini hanyalah dari sudut pemandangan aku sahaja tau, tak semestinya anda perlu percaya bulat-bulat)


1. manusia yang jenis semua ok.

Ini satu jenis, semua benda ok aje bagi dia. Tak taulah bilanya tak ok, yang baik dah tentu ok, yang kurang baik pon dia cakap ok. Kalau tanya pendapat dia, mesti dia akan jawab, "ntahla, ok je... no komen laa" hehe... agaknya orang begini tidak ada pendirian sendiri. Atau mungkin dia tidak berani untuk membangkang orang lain. Takut orang marah dia kalau dia cakap tak ok. hehe


2. manusia yang jenis semua tak ok

Satu lagi jenis. Semua benda tak ok pada pandangan dia. Tak ada yang elok! semua buruk, semua ada cela, semua ada masalah! Muka dia memang nak telan orang aje. senyum pon payah. Agaknya dia PMS sentiasa. Tapi yang peliknya takkan PMS sampai 30hari sebulan? ish ish ish... Orang begini susah untuk dilayan. Entah apa yang baik bagi dia.. semuanya tak baik


3. manusia yang jenis "seni"

Seni maksud aku "arts" ok. bukan seni =kecil/halus. Orang seni ni susah untuk ditafsir. Mereka tak boleh dipaksa, tak boleh digesa. Confirm mereka akan jawab, "seni tak boleh dipaksa... seni itu indah.. seni itu bla bla bla..." korang akan dengarlah syarahan seni mereka tu. Orang seni juga tak memandang pada materialis, apatah lagi pada wang. Sungguh! Aku kenal beberapa orang seni, mereka seperti tidak ada keinginan untuk kaya. Apa yang penting, apresiasi seni. Hidup seni!!!!! - orang seni juga sangat sensitif tahu. jangan kamu sakitkan hati mereka~~~


4. manusia yang jenis kepoh hal kekayaan orang lain

Ini jenis manusia, aku paling meluat. Didadanya hanya wang, dimatanya wang, dihatinya wang. Perbincangan mereka berkisar kepada wang dan harta sahaja. Bukan harta dia tau, harta orang lain yang dikecohnya. " eh, si polan-polan tu kerja dotdotdot dapat 3k, pergh, kaya siut dia.. yang minah tu, tv kat rumah dia besar kau tahu? jiran pak dolah, beli keta baru!!!! kaya betul dia!" oh, please lah. Singkat sungguh pemikiran orang begini. orang beli tv, kereta, gaji 3k, ingat kaya ke? beli guna kredit card maa... hutang dengan bank. apa yang kaya nya, kayap ade lah!


5. manusia yang jenis suka cakap besar

haa, orang begini sesuai untuk berkawan dengan orang kategori di atas ni. Dia suka menunjuk kat si polan yang kepoh tu. sesuailah mereka berdua ni kan? Manusia ini, kalau beli sofa baru RM5 ratus, dia cerita dia beli RM1500. Siap cerita lagi dia bayar cash!! Pastu sambung bunga-bunga cerita tu, kononnya cashier tu ternganga lah tengok dia keluarkan duit dari poket dia 5 inci tebal...ohh!!!! choiiii! tolonglah...


6. manusia yang jenis janji tinggal janji.

Aku geram dengan orang begini. Mereka suka berjanji, tapi suka mungkiri. Orang begini juga selalu tak menepati waktu. Janji pukul 1 pukul 1.30 baru nak gerak. Hoi! banyak cantik muka korang eh! Ingat-ingatlah wahai manusia (terutama lelaki. Aku perasan banyak lelaki dari wanita yang suka suki berjanji. lepas tu buat-buat lupa sahaja), aku pantang betul bila orang lupa janji. Kalau tak yakin dapat tepati, jangan lah berjanji! Orang tak marah pon kalau kau tak dapat menjanjikan apa-apa. Kerana orang sentiasa menerima kamu seadanya. Tapi bila kamu berjanji, tentulah orang akan tuntut janji kamu itu. Ada faham? (ini bila kita tuntut janji kamu, kamu tuduh kami ni kuat mengungkit pula)


7. manusia yang jenis perasan bagus

Bagi dia, dia sahaja yang betul. Orang lain salah segala. Kalau berdebat, dia sahaja mau menang. Hujah dia sahaja boleh diterima pakai, hujah orang lain masuk bakul sampah. Dia sahaja masuk syurga, orang lain masuk neraka.. (opsss....! ampunnnn~~~~gurau sahaja, jangan saman saya :P) Kadang -kadang meluat kan dengan orang begini. Malas mau dengar apa dia kata, sebab dia mau kita percaya semua yang dikatanya itu betul. Tidak ada yang salah selain yang betul, sebenar-benarnya betul-betul belaka...


8. manusia yang jenis suka menghukum

"Kau salah begitu!" "tak betul kau buat tu!" "kau tak pandai jaga anak!" "salah la cara kau!" "kau masuk neraka!" amboi, sapa kau nak jadi juri awam pulak? Aku tak kenal kau pon, hujung pangkal pon tak tau cerita, masuk tengah-tengah suka hati je nak jatuhkan hukuman. Nak menegur pon ada caranya, kawan. Ayat tu jaga-jagalah. Jangan buat orang sakit hati pulak. Lainlah kalau kau ni mak bapak aku ke, dah lama kenal aku ke... ini entah dari dunia mana, tiba-tiba datang nak kritik orang... huh!


cukup lah 8 dahulu. ada lagi beberapa manusia yang aku jumpai, tapi aku tak kuasa nak tulis di sini. Buat sakit hati sahaja. hehe... (blog ini untuk suka-suka, kan... tak perlulah dicemari dengan benda-benda yang dibenci. ahaks!)

Comments

shaffique said…
memang macam2x jenis manusia ada, sampi kita sndri x paham perangai nya..


My latest entry : Pokemon Dah Tak Lagi Comel

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.