day 5 : pasar Serikin syurga beli belah barangan indonesia, foot massage at waterfront


hari ke-5 di kuching. Aktiviti dan lokasi untuk dilawati tak banyak, tapi tetap penuh dan mengujakan. Awal-awal pagi lagi dah bersiap-siap keluar hotel tunggu En. Jamaluddin sampai.


En. Jamaluddin.

(maaf, tiada gambar en.jamaluddin. tapi dia adalah bapa saudara kepada Daus AF8, jadi muka dia sebijik gitulah.. cuma lebih berisi dan berusia sedikit :P)


Dia ni adalah anak murid mama dan abah aku. Kalau tak silap, dari pendengaran aku (aku curi-curi dengar) En. Jamaluddin ni adalah pelajar batch ke-2. No wonder mereka sangat close with their teacher. Masa tu, tak ramai lagi student kat MRSM Jasin. Dan, dan... untuk pengetahuan semua, masa tu, MRSM Jasin mengambil pelajar dari form 1 ye. (rasanya sebelum mereka digelar MRSM PKP. tak kuasa aku nak cerita panjang lebar pasal MRSM<>


Jadi, Jodoh dan pertemuan itu ketentuan yang maha esa. Bertemu lah En. Jamaluddin (ok, panjang sangat nama dia. aku singkatkan jadi EJ sahaja) dengan mama dan abah aku, iaitu guru dia dulu di depan waterfront. Masa pertama kali kami jejak kaki di sana, terus kena sapa EJ ni. Ketentuan kan? even EJ sendiri cakap, mungkin inilah dia, Allah turunkan kaki saya kat sini untuk balas balik jasa cikgu pada saya dulu (hati aku berbunga dengar kata-kata EJ ni. Sungguh, murid-murid dulu tak sama dengan murid-murid sekarang....)


Dipendekkan cerita, EJ bagi call card dia, dan dia janji akan bawa kami, "i will make myself free. i will take my time to take you all whenever you wanna go..." lebih kurang gitule ayat ia... terharu tak terharu~~~


So, kami minta dia bawa kami ke Serikin. :) :)


Pekan Serikin

Took 2 hours driving from kuching. Kampung ni actually adalah sempadan dengan indonesia, dan lokasinya yang sangat-sangat dekat dengan garisan khatulistiwa menyebabkan kampung ini sangatlah terik! serius. pukul 9 pagi pon dah macam tengah hari.


Keistimewaan pekan serikin adalah Pasar Serikin pada hari sabtu dan ahad. Seeloknya datang lah awal pagi, pukul 7 patut dah kena ada sana. Sebab serius panas sangat kat sana tu. pukul 10 lebih, korang dah tak larat nak jalan kot...


Pasar Serikin.

pasar serikin di pekan serikin adalah pasar sabtu dan ahad. Sangat panjang, dan sangat banyak barag-barang! Terutamanya barangan fabrik, pakaian, kraftangan, tikar, dan macam-macam lagilah, mostly barangan dari indonesia. Kalau korang tau tempat ni, rasanya tak perlu ke indonesia dah! hahaha! Tapi mama balik je dari sini terus tanam hasrat nak ke indo pulak!!! hehehe...siap suruh juwita buat passport...


Like i said, banyak fabric dan pakaian. syurga untuk wanita lah kot... lelaki apelah yang mereka teruja sangat dengan kebaya, kain batik, lace, sutera bali semua kan??? heh.. bakal pengantin mesti bulat mata bila sampai sini. haha!


minat plak aku dengan yang nih


pukul 11 lebih baru siap semua shopping sakan. Panas terik dah masa tu. Muka aku confirm gelab dah~ -_-" so, balik...! Tapi ODW balik, nak keluar dari serikin kena tahan kastam pulak. Kan aku cakap Serikin ni sempadan, so, kastam akan check ape yang korang beli.


Mama beli beras 5kg. Tapi yang tu lepas. Mama beli oven kek lapis. Itu kena declare! wakakaka... kena la bayo... dalam RM35 hengget kot... Mak aku dengan lurusnya jawab harga yang benar... mana lah orang kastam tu tau pon berapa harga benarnye, sebab semua barang kat serikin harga boleh tawar punya! hehehe... cakap RM100 pon diorang percaya kot :P


selain tu, mama beli kain telekung 5 pasang O_O ... ape lagi eh... aku beli sepasang kain je. sebab duit takde kat aku.. nasib baik... kalau tak, dah lama aku muflis kat sane wakakaka!


tengah cari oven...


sapa nak buat tatoo??

balik hotel, terbongkang lagi! penat woo... letih giler lah! malam baru keluar cari makan T__T


foot massage

again, jalan-jalan kat waterfront. entah nape lah... tak pernah bosan tau nak jalan kat waterfront ni. banyak kali pon takpe. Kalau ikutkan aku, hari-hari nak naik perahu tambang. Tapi hubby kurang suka. Dia sekali lentung je benda tu, lepas tu taknak dah... mama pulak takut, so abah pon akut taknak... huhuuu...


Jumpalah tempat urut kaki ni.. sejam RM25. best!!! aku pernah beberapa kali dah buat refleksologi ni, selama ni sakit nak mampos!!! tak enjoy langsung. tak tau lah aku dah tak banyak penyakit ke or yang kali ni memang pandai urut, sedap je.. sakit memang lah sakit kat point2 yang ade penyakit tu, but still, enjoyable, relaxing dan masih boleh ditanggung sakitnya...

budak kenit ni pon nak jugak menadah kaki -_-'



habis urut tu, dia bagi minum teh mas cotek. ahhh~~~~


malam tu semua tidur lena. pagi esok ade lagi hari untuk dipenuhi :) :) :)


hari ke - 6 bakal menyusul. daku gagahi juga menaip walaupon kejang O_O

Comments

assalamualaikum...
hi sy dah baca kisah perjalanan awak ke kuching, insyaAllah sy juga akan ke kuching bulan depan, 1st nak pergi nih.

Mcm menarik je kisah pasar serikin tuh, then saya nak tanya kalau tak kisah, brp rm awak beli "oven kek lapis" tu? Saya berminat nak beli juga.
hida said…
hi hayati,

oh yeke.. awak nak gi kuching jugak ke? mmg best kat sana. banyak pengalaman baru boleh dapat.

pasar serikin ni sebenarnya jauh dari kuching, mcm dekat 2 jam juga perjalanan, macam yg saya cerita kat atas lah..

oven kek lapis sarawak tu.. mak saya yang beli. rasanya dia beli dalam RM300. harga asal lagi mahal, tu harga lepas tawar lah tu.

lepas tu akan kena cukai masa kat post keluar.. bayar je lah kan.. huhu
salam..
saya dah baca cerita perjalanan awak tu.. menarik sgt.
Next week saya pergi tapi 3hari je, harap2 sempatlah nak ke serikin tuh. Kawan saya pun ada nak kirim oven kek lapis tuh...
Sy pun mcm teringin nak sambar satu..

tq yer, selamat berkenalan...
singgahlah ke http://eixora.blogspot.com
salam..
saya dah baca cerita perjalanan awak tu.. menarik sgt.
Next week saya pergi tapi 3hari je, harap2 sempatlah nak ke serikin tuh. Kawan saya pun ada nak kirim oven kek lapis tuh...
Sy pun mcm teringin nak sambar satu..

tq yer, selamat berkenalan...
singgahlah ke http://eixora.blogspot.com
Unknown said…
hi, shida sini.. salam prkenalan.. eida pun ade trip ke sane april ni.. leh tye baje2nye untuk penginapan, kereta.. perjalanan.. tempat2 menarik yang dah gi...

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.