vendor kek birthday juwita



dah lama utang entry nih. Janji dengan kak pah (che'pah cute cakes) nak pomot sikit bisness dia. The thing is, kek dia adalah sangat sedap! Kalau sapa yang datang b'day Juwita haritu mesti setuju cakap aku. Ni pon, kak iena yang cakap. Dia lah yang beria-ia tanya kat mana tempah, sebab memang sedap!

ni kak iena yang dok cakap sedap sedap sedap tuh... haha! inteprem akak kat sini ha... hahah!


Tapi kalau korang tengok b'day kek Juwita tu, korang nampak cream dia x rata sangat kan.. hehee... tu bukan salah chepah tu. Salah aku.... dah la musim cuaca panas2 gile gini kan, aku dok gatal tangan order fresh cream pulak. pastu collect kek pukul 12 tengh hari kan.... naik kancil uncle wahed tuh... hahahah! tu le akibatnya...


Ntah la... aku yang gatal mintak fresh cream. Aku tau fresh cream memang susah nak handle time panas-panas gini. Mak aku kat kedai dia pon, kalau nak buat kek yang guna fresh cream, dia buat dalam bilik aircond yang sejuk gile. hahaa....


kek aku tu dah la tinggi. Aku yang mintak gitu. aku dapat bayangkan kesukaran chepah tu nak menggodel kek akuh... hahaha! Tapi apapon, anak aku suka gile kek tu, sebab ada banayak 'faiii' dia cakap (flower la tuh), dengan ade princess barbie dia. Siap x potong kepala princess tu, bawak balik, buat dia belek 3 hari 3 malam dalam peti sejuk tu, sebelum aku paksa dia ngap! hahaha!

macam aku cakap, kek ni aku mintak buat tinggi. 3 layer. bukan layer rendah2 tau, memang tinggi punya! tengok, layer dia fresh cream dengan stoberi filling.


kek yang kena tinggal kepala je, untuk juwita tatap hari-hari


Kek dia aku tempah biasa je, kek span stoberi. Tapi aku mintak strawberry filling dgn fresh cream. kat luar tu, bunga BC (buttercream). Pastu ade edible picture yang aku send gambo... letih wooo cari gambo kat internet... yg tu yang budak kecik ni berkenan... sebab sama dengan citer princess kat cd dia...princess and the pauper.


lain kali, aku memang tak teragak-agak nak order kat chepah lagi, sebab aku dah tau kualiti kek dia. Dia jaga elok. kek span dia fresh, baru. Ade ye, orang x jujur or maybe sebab banyak sangat order kot, dia buat kek tu dah lama... x la lama sampai basi, tapi kita boleh tau la kalau kek tu dah 3 ke 4 hari... Hello~~ mak aku pon ade kedai kek la. Aku tau kek tu fresh ke dah lama hokey~~~


so, sesapa nak order kat akak ni boleh la masuk blog dia... http://chepahcutecakes.blogspot.com/ akak ni expert buat ben10, mickey mouse... katun2... figurine, fondant..cuppies... korang tengok sendiri lah! memang cantik2 hasil kerja dia... hehee... dia buat kelas deco kek jugak tau! kot-kot ade yang minat nak belaja kan... hehee... akak ni duduk kat sri damansara...


lagi satu, akak ni baik hati tau.. haritu sebab dia takut aku tak puas hati dengan kek juwita tu, dia bagi diskaun. aku tak cakap pulak aku x puas hati. bagi aku ok je la... sebab untuk anak aku kan, asal dia suka dah la. lain la kalau kek untuk aku, memang la aku particular sangat. lagipon aku memang dah expect jadi mcm tu kot.... sebab fresh cream ni mmg hard to handle la time panas2 gitu... so aku x letak harapan tinggi. hehe... Tapi chepah bagi aku diskaun pulak... terkejut aku. heheheee....


oklah ek... penat la tulis pasal kek. terasa gemuk pulak. haha! daa...




iklan selingan budak kecik ni makan....dengan penuh nikmatnye. siap buat thumb up!

Comments

Sherry said…
ok..will check the lin k:D
Sherry said…
so pretty kek suite her :D

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.