bila uncle wahed ade rumah


dah lama tak update blog kan? ngee... sibuk la... last post janji nak blog pasal resolusi 2010, tapi sampai ke sudah tak taip2 lagi. Adoyai, harini dah 11/01/2010 dah !!!! sungguh ketinggalan zaman kan i ni..

oh, if you are following my twitter and facebook, you all already know lah yang my bro (the one yang dulu studi kat UTP, bukan yg kat Aussie tu tau) dah habis belajo. So, last week ka macam tu, dia menumpang rumah molek i ni untuk pergi temuduga. Alhamdulillah, melekat la satu kerja..... (actually, dia dapat 2 kerja, tapi yang satu lagi tu sangat la tidak berkenan dihatinya. nak jugak2 la dapatkan keja engineer kan) So, my bro ni amik la offer letter kat western digital last week, then today lah dia start working. Heeee.... Awal gila kauu dia bangun! i tercegat depan pintu dia pukul 6.30a.m, dia dah siap dressing semua!

Punya lah cerita 1st day to work my bro ni, sebab takut sangat tak sempat or lambat bangun ke hape, dia dah siap2 shave dagu dia dari malam tadi! gila la kau nih... kagum i tengok you!!! (kagum satu hal, sebab i tak pernah tgk my hubby shave dagu key... my hubby not that clean-shave-all kinda type laaa). pukul 11 malam dah light off! phew... kitorang pon jadi tidur awal memasing.. ngeh ngeh ngeh..

Juwita ni, macam biasalah, malu tapi mahu je perangai dia. Last2 hangout jugak dengan uncle wahed dia ni.. huuhuuu... ape orang buat semua dia nak tiru. Uncle dia baca katalog ikea, dia pon nak baca katalog ikea. Uncle dia baca sambil baring, dia pon same! aduyai... letih i dgn hubby dok tinjau dia dari jauh, sambil tu gelak guling2 ketawakan juwita ni ha... lawak la kamu ni juwita... buat lucu je selalu :)


tengok... ape dia buat....

hahaha! baca buku terbalik! nak jugak tiru. gigih susun bantal sebelah uncle dia...

so,
gitu lah ceritanya. bertambah la seorang lagi warga rumah molekku ini. bagus bagus... Orang kata bila ramai isi rumah, bertambah murah rezeki dan makin bertambah rahmat dalam rumah tu. Tangan kami sentiasa terbuka menerima tetamu. Dalam islam pun, tetamu ni perlu dirai. Layan seperti saudara sendiri, apatah lagi kalau memang saudara pon kan... :)

My bro, selamat bermastautin ye :) kecil je bilik yang kami dapat sediakan. Cukup bulan nanti, insyaallah dapatlah kami buat devider curtain dan sedia carpet untuk bilik tu. Ada extra lagi, dapat la kau katil heh... huhuu...


p/s- i masih menanti dan terus menanti masa dan ketika yang sesuai untuk menambah lagi ahli keluarga molek kami ini... NZ angora perhaps? haha! jangan pikir bukan bukan....

Comments

Nora said…
Juwita is so cute. Meniru lagak uncle dia. Wah cepatnya Wahed dah kerja! Tahniah kepadanya dan semoga berjaya dengan kerjaya itu!
..nOj.. said…
hehehe so cute... budak2 mmg cekap kalau bab tiru meniru ni... huhuh
Sherry said…
wahah.. so cute :)

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

cerminku retak seribu

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.