dari kesian kini bertukar geram la pulak
Ish... geram pulak aku harini. Bukan la geram apa, tapi hal Juwita ni ha. Tak berubah-ubah lagi perangainya. 1. masih nangis masuk taska 2. mengada-ngada terlebih. Kalau seminggu boleh aku tahan lagi. Ni dah dekat 2 minggu ni. Apa yang perlu aku lakukan ha??? Aku memang kenal sangat anak aku tuh. Memang mengada-ngada dia lebih sikit dari biasa. Maklum lah, terlebih manja dari kecil (salah aku jugak, manjakan dia sangat kan -_-) Tadi pagi hantar, nampak dah perangai dia kat dalam taska tu. Nak pakai kasut nak pakai bag ajeee.... tak kawan pulak tu dengan budak-budak lain. Budak-budak lain kerumun dengan teacher, buat aktiviti, dia kat belakang sorang-sorang merengek-rengek "nak abah..nak abah.." teacher dia kata, pujuk apa pon tak jalan. (Aku dah agak dah. aku sendiri tak dapat pujuk dia kalau time dia merajuk tuh). Dah macam kera sumbang pulak hubby aku cakap Juwita nih. Ish ish ish... tu pon aku memang dah expect. Tapi aku tak jangka lah akan berlarutan sebegitu lama. Anak a...


Comments