the important of breastfeeding


sebahagian artikel ini diambil dari sumber-sumber internet dan expert berkaitan penyusuan badan dan benefitnya kepada ibu dan baby. Secara peribadi sy menyokong penyusuan badan.

Malah di malaysia juga sekarang, kempen2 penyusuan badan giat dijalankan terutamanya daripada badan-badan dan persatuan bebas yang menyokong kuat penyusuan badan ini. laman-laman web seperti susuibu.com banyak membantu ibu-ibu dalam memberi kaunseling, konsultansi, khidmat nasihat, serta sokongan moral kepada ibu-ibu yang memilih untuk menyusu badan.

Badan kerajaan iaitu jabatan kesihatan juga mula memperkenalkan penyusuan badan kepada ibu. Sasaran mereka ialah ibu-ibu yang melahirkan anak di general hospital. Ibu-ibu disuruh untuk menyusukan sendiri anak mereka tanpa bantuan susu formula. Persoalannya sejauh mana kesedaran ibu-ibu di luar sana tentang kepentingan penyusuan badan ini?

Pokok pangkalnya kesedaran itu yang penting. Kebanyakan ibu di Malaysia kurang pemahaman tentang penyusuan badan. Antara faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kekurangan ilmu dan salah tanggapan masyarakat tentang penyusuan badan.

Antara situasi yang biasa kita lihat dan dengar sendiri adalah...
Ibu-ibu biasa menyusu badan ketika dalam pantang sahaja. Kemudian baby akan diajar menyusu botol dengan susu formula. Alasannya, senang bila masuk kerja nanti nak letak anak kat babysitter.

Itu adalah alasan lapuk!!!

Alasan-alasan lain yang dah biasa kita dengar adalah
1. susu tak banyak
2. nipple masuk kedalam, nipple sakit
3. anak takmau susu badan
4. baby tak kenyang, asyik nangis.
5. baby colic sbb tak puas menyusu
6. susah sbb nak kerja
7. leceh nak bawak berjalan
8. nanti breast tak lawa. nak jaga badan.
9. malu nak susu badan. anak susu cap gantung.
10. nanti anak tak cukup zat.

kesiannya pada baby tu sbb ibunya mempunyai pemikiran dan tanggapan yang salah tentang penyusuan badan...

ini pula antara alasan ibu-ibu yang memilih memberi anaknya susu formula.
1. susu formula ni bagus. ada DHA, AAA, dan segala haprak ABCDE siap ada immunofortis lagik
2. lebih convenient. senang nak tinggal anak kat mak, pengasuh atau dimana-mana pon.
3. baby lebih kenyang. tidur lama, tak banyak meragam
4. baby sihat. berat badan naik. (sebenarnya gemuk)
5. kurang letih sbb boleh gilir-gilir dgn husband bg anak susu.
6. saya mampu membeli susu yang termahal dan terbaik untuk baby
7. saya wanita moden dan berkerjaya.
8. baby dah besar, tak cukup zat kalau beri susu badan sahaja.

jika anda membaca artikel sy ini dan anda terasa hati, maknanya anda tergolong dalam orang-orang yang kurang ilmu tentang penyusuan badan.

Tahukah anda susu yang terbaik di dunia ini ada pada diri anda?
Tidakkah anda terkilan jika tidak dapat memberikan susu anda sendiri kepada anak anda?

Ini ada sedikit info untuk yang tidak mengetahuinya lagi...
1. susu ibu adalah yang terbaik. tidak ada susu formula yg dapat menandinginya.
2. susu ibu yang dipam/diperah boleh tahan selama 3 jam dalam suhu bilik.
3. susu ibu yang disimpan dalam chiller tahan selama 3 hari
4. susu ibu yang di frozen secara betul tahan selama 3 tahun.
5. ada banyak pam susu ibu dipasaran yang beroperasi secara manual, bateri, serta elektrik bergantung kepada kemampuan.
6. susu ibu akan lebih banyak jika kerap di stimulate, dengan cara kerap memberi baby menyusu dan kerap mengepam susu.
7. penghasilan susu ibu adalah dengan stimulasi pada breast dan mind setting ibu itu sendiri.
8. org yang nipple termasuk boleh menyusu anak
9. susu ibu mudah dihadam, oleh itu baby cepat lapar semula. ini bukan bermakna baby tak cukup zat atau tak puas. Average baby menyusu adalah setiap 2 hingga 4 jam sekali.
10. sebab utama nipple crack dan sakit adalah teknik menyusu yang salah.
11. zat dan khasiat pada susu ibu sentiasa menepati usia baby tersebut. oleh itu tidak ada istilah baby kurang zat jika menyusu badan.

antara artis dan selebriti yang memilih untuk menyusu badan adalah...
1. Angelina Jolie
2. christina Auguilera
3. posh beckham
4. gwen stefani
5. nely furtado
dan ramai lagi....!


Walau apa pun, pilihan ditangan anda. Buatlah pilihan yang bijak untuk diri anda dan baby anda sendiri. Pilihlah untuk menyusukan anak anda selama mungkin kerana itulah keajaibannya seorang wanita dan ibu. tidak ada yang lebih membanggakan selain dapat memberi susu kepada anak sendiri.

Comments

pakude said…
soalan saya

1.Pn.Hida ada tak produk yang boleh buat susu banyak?
2."Kebanyakkan ibu-ibu ni berkerja puan...mana ada masa nak memerah susu..Puan lain lah.suri rumah.banyak masa sampai boleh buat blog lah"..apo puan nak jawab?

sekian




bapa mithali
http://fotoharian.blogspot.com
Noor said…
nampaknya en.mizi masih belum ada kesedaran dan pemahaman ttg penyusuan badan. adakah en.mizi membaca artikel sy sepenuhnya? minded seperti inilah yg membuatkan ramai tidak menyusukan badan dengan alasan dia bekerja. itu alasan lapok!!

popular posts last week

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Hari simen kaki ku dibuka

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

cerminku retak seribu

breakfast @ hailam kopitiam

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)