Makan-makan Melbourne: Coffee culture

Melbourne adalah sebuah kota yang juga dipanggil bandar kopi. Dikatakan di Melbourne ada cafe terbaik yang menghidangkan kopi terbaik di dunia. Coffee culture di sini memang unik. Hampir setiap sudut dan penjuru kota Melbourne ada coffee shop. Adalah menjadi pemandangan biasa di sini orang berjalan sambil memegang secawan kopi. Harga kopi secawan (regular) adalah antara A$1 (di 7Eleven) hingga ke A$6 di cafe high end (artisan coffee shop). Secara purata, anda boleh dapatkan kopi yang bagus di mana-mana kedai kopi pada harga A$3.60. Kalau nak bajet, kopi 7E pun boleh lah dijadikan pilihan. Tapi kopi 7E tak adalah sesedap kopi di kedai kopi.




Kopi dan sushi. Sushi adalah pilihan lunch yang paling murah di Melbourne. Sedap, murah, sihat, dan mengenyangkan.


Di sini coffee break boleh dikatakan wajib pada setiap 1.5 ke 2 jam kerja atau kuliah. Kalau ada kuliah panjang, misalnya kuliah dari 9.30 pagi sehingga 4 petang, akan ada 3 ke 4 kali coffee break dan satu kali lunch break. Mereka memang sukakan kopi dan kopi mempengaruhi gaya hidup dan budaya kerja mereka. Dan adalah perkara biasa di dalam dewan kuliah atau kelas apabila masing-masing ada secawan kopi di hadapan mereka, temasuklah penceramah/ pensyarah. Pernah juga sekali, dalam satu subjek, profesor aku siap bawa coffee grinder dan cerek untuk memastikan kopi panas sentiasa ada sepanjang kuliah untuk dirinya dan pensyarah jemputan.

Sebenarnya, ehem.. segan juga aku nak mengaku ni, sebenarnya, lepas 2 bulan setengah aku duduk sini barulah aku berani nak masuk kedai kopi beli kopi. Hahaha! Lucu betul. Ada banyak sebab mengapa aku tak minum kopi pada 2.5 bulan pertama di sini. Pertama, aku rasa macam kopi ni mahal. Maklumlah, waktu itu belum ada income lagi. Jadi duit semua harapkan simpanan wang dari Malaysia. Bayangkan, kalau kopi harga A$4, kalau tukar ke RM dah jadi dekat RM15. Tercekik rasanya nak telan air kopi tu. Once dah ada income kat sini barulah aku berani nak allocate some part of my money for coffee. Kedua, sebab masa awal-awal dulu aku tak faham sangat lagi culture kat sini. Lama-lama baru aku sedar yang semua orang kat sini lepak kedai kopi dan minum kopi sebab kopi adalah budaya dan cara mereka bersosial (selain lepak bar dan minum beer).


Di hari minggu, adalah menjadi kebiasaan untuk Melbournian duduk minum kopi bersama keluarga atau rakan-rakan di kedai kopi yang terletak di kawasan kejiranan.


Selain beer, kopi adalah cara mereka bersosial. 

Adalah kebiasaan apabila tiba waktu coffee break, majoriti akan keluar ke cafe berdekatan, beratur ambil order, dan sambil menunggu kopi mereka itu lah mereka akan berborang-borak. Bayangkan kalau kau tak minum kopi.... kau akan jadi kera sumbang duduk sorang-sorang dalam kelas tak bergaul. Jadi, walaupun anda rasa dah cukup mengambilan kopi anda hari itu, atau memang dah habis bajet untuk kopi minggu itu, atau anda memang tak minum kopi langsung, ikut je la mereka ke cafe. Selain kopi, sebenarnya rata-rata cafe ada jual macam-macam benda lain lagi yang bukan kopi. Buah-buahan pun ada. Kadang-kadang ada sup, sandwich, pastry, dan banyak lagi lah. Tak semestinya kena minum kopi. Ia sebenarnya adalah waktu untuk bersosial.


Kali pertama ke cafe?

Paling senang, ikut lah member yang dah biasa ke cafe. Kalau betul-betul tak tahu nak order, jujur je cakap, nanti mesti member anda akan tolong punya. Secara asasnya, yang anda perlu tahu adalah nama kopi, saiz cawan, dan lain-lain requirement tambahan jika ada. Disini aku sertakan sedikit terminology basic yang diguna pakai di cafe untuk memudahkan anda beli kopi.

1. Saiz cawan
Benda pertama nak kena cakap adalah nak cawan saiz apa. Biasanya mesti ada 3 saiz:
  • regular/ small: saiz paling kecik
  • medium: saiz sederhana
  • large: saiz paling besar.
Standard nya, majoriti cafe akan menggunakan terminologi ini, kecuali coffee shop tertentu, mereka  menggunakan term mereka sendiri. Contohnya, Starbuck. Mereka guna istilah Tall, Grande, dan Venti untuk cawan saiz kecil, sederhana dan besar. Cafe biasa tak guna term macam ni. Cakap je nak regular atau medium atau large. Senang.

2. Nama kopi. 
Haruslah, nak kena la cakap nak kopi apa kan....
Secara asasnya semua cafe akan ada 5 jenis ni:
  • Americano = black coffee/ kopi O. Kopi + air panas
  • Espresso = Kopi pekat. 1 shot/ 2 shot. 
  • Cappucino = Espresso + susu + buih/ foam (1/3 each)
  • Latte = Espresso + susu (susu lebih, creamy xde buih sangat. Buih nipis je)
  • Mocha = Espresso + chocolate + susu
....dan banyak pilihan lain lagi seperti macchiato, frappe, dan sebagainya... (sambung studi sendiri lah kalau nak tahu lebih-lebih ye)

3. Special requirement.
Secara asasnya, kalau tengok resepi mana-mana hidangan kopi di atas, semua tak ada gula. Jadi jika ada mahukan gula, jangan lupa cakap nak gula. Kalau tak sebut nak gula, anda akan dapat secawan kopi yang tidak bergula. Sebutkan sahaja, anda nak 1 sugar atau 2 sugar. Kalau rasa nak kencing manis, mintaklah 3 sugar. (confirm orang kaunter tu akan pandang anda semacam )

Jika anda ada lain-lain special requirement untuk kopi anda, tanya sahaja di kaunter samada mereka boleh menyediakannya. Contohnya jika anda mahukan kopi anda dicampur susu soya menggantikan susu lembu. Brown sugar menggantikan white sugar. Atau jika anda nak regular latte tapi nak double shot. Kebiasaannya mereka akan memenuhi kehendak anda. (kecuali kalau anda beli kopi di 7E. Jangan lah mimpi nak order kopi macam-macam dan pelik-pelik di 7E sebab kopinya adalah dari mesin kopi je)


Akhir kata, jika anda ada ke Melbourne kelak, jalan lepaskan peluang untuk singgah di mana-mana cafe dan order lah secawan kopi.

Hanya perlu senyum dan katakan:

"Can i have 1 regular latte, with 1 sugar, please". 

(lepas tu bayar la kan.. jangan ingat percuma pula)



Noor Hida
Carlton North, Vic.


Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Tengok penguin FREE di Melbourne