Great Ocean Road day trip dari Melbourne.

Great Ocean Road.




Great Ocean Road merupakan tarikan utama pelancong yang bercuti di Melbourne (walaupun lokasinya bukan di Melbourne). Ada orang ingat Great Ocean Road ni satu lokasi atau tempat, tapi sebenarnya, seperti namanya, Great Ocean Road adalah sebuah jalanraya sepanjang 243km yang terletak di antara Torquay dan Allansford. Ia dibina oleh askar Australia zaman dulu-dulu dan di dedikasikan untuk askar-askar yang gugur semasa perang dunia pertama. Dengan kata lain, jalan ini merupakan sebuah war memorial yang terbesar di dunia.

Worth driving to for many reasons

Great Ocean Road memang worth to drive along atas beberapa sebab:

  1.  Ia merupakan Australia National Heritage dan the largest war memorial in the world.
  2. The scenary sepanjang perjalanan sangat mengasyikkan (breathtaking)
  3. Camp site yang menarik dan proper.
  4. Tarikan utama yang "must see before you die/ before its gone".

Day trip.

Walaupun ramai pelancong yang mencadangkan supaya road trip di Great Ocean Road dilakukan secara 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam, tidak bermakna day trip adalah mustahil. Sebenarnya, banyak juga travel agent di sini yang menawarkan tour 1 day trip ke Great Ocean Road. Itinerary nya pun boleh tahan menarik juga tapi agak mahal jika pergi secara kumpulan yang ramai. Biasanya pakage day trip great ocean road adalah antara aud90 - 120/ person.

Oleh itu, adalah lebih berbaloi dan ekonomi jika kita boleh arrange sendiri perjalanan ke Great Ocean Road ini. Cuma perlu sewa kenderaan dan pastikan google map kita aktif. Oh ya, jangan lupa bawa bekal makanan juga jika hendak lebih jimat.

Di sini aku akan kongsikan day trip kami (self drive) ke Great Ocean Road beberapa bulan lalu.

Kos: 
  • Kereta sewa dari Avis - Toyota Corolla hashback aud51. Kemudian suami ambil pula full cover, jadilah aud90. hehe
  • Minyak - Isi full sebelum pulang kereta. Tak perlu isi mintak pun sepanjang perjalanan. Full tank cukup pergi balik Melbourne City to 12 Apostles. 
  • Makan - saya tak kira sebab kami bawa bekal yang dimasak sendiri dirumah seperti pasta, burger, chips, chocolate, cookies, dan tah apa-apa lagi lah. Masak dari rumah dan bawa apa sahaja dari pantry. Kije nye makan sahaja sepanjang perjalanan. 
  • Parking dan sebagainya - Tak ada. Semua free. 

Hentian/ Itinerary:

Berikut merupakan hentian-hentian utama kami sepanjang perjalanan. Ada beberapa lagi  hentian lain, tetapi bukan hentian utama. Kami berhenti sahaja dimana saja kami rasa hendak berhenti dan rasa cantik nak ambil gambar.


1. Anglesea 


Ada sesuatu tentang Anglesea ni yang sukar hendak digambarkan. Dari pengalaman rakan-rakan yang pernah ke sini pun berkogsi kisah yang sama. Mungkin kerana cuacanya, lokasi nya, menyebabkab pencahayaan pekan ini sangat sempurna untuk penggambaran. Ambil lah gambar bagaimana pun, cantik!

Anglesea sebenarnya sebuah pekan riadah orang tempatan. Disini ada beberapa campsite dan tapak parking campervan yang besar dan teratur. Ada kelas surfing untuk kanak-kanak. Memang meriah tempat ni dengan orang tempatan.


2. Urquhart Bluff


Sebenarnya, kami terlepas simpang ke tempat parking kereta untuk ke Urquhart Bluff. Nasib baik lah ada lookout point dari atas puncak bukit. Jadilah, tengok urquhart bluff dari atas.

Urquhart Bluff merupakan pusat surfing. Pro-surfer akan surfing kat sini lah. Ombaknya, memang menggoncang jiwa!


3. Pantai. (tak ingat pantai apa)





Kami berhenti sahaja di sini sebab dah terlepas Urquhart Bluff tadi. Teringin nak pijak pasir. Tiba-tiba dapat kawan baru, Oska ni. Punyalah baik sicomel ni, duduk je teman kami tepi pantai.

Sebenarnya memang banyak pantai sepanjang jalan. Berhenti sahaja di tempat parking yang disediakan jika terasa hendak berhenti. (jangan berhenti tiba-tiba pula, bahaya). Kena alert dengan simpang masuk parking.


4. Memorial Arch


Tak payah explain lah kan. Ini pintu gerbang bermulanya Great Ocean Road. Sepanjang perjalanan memang kita akan melalui tepian cliff. Sebelah kiri kita laut semata-mata dengan pelbagai warna dan batuan yang berbagai bentuk. Indah sungguh. 


5. Kennett River


Kami berhenti di sini untuk lunch. Di kennet river ni pun ada campsite yang sangat bersih dan proper. Siap clean water, electricity, wifi, dan bilik mandi untuk penyewa tapak. 

Tarikan utama di Kennett River adalah Koala Bear. Kalau kita jalan sepanjang jalan tepi Kennett River/ tepi camp site tu, perati je atas pokok-pokok besar tu semua, akan nampak la koala bear tengah tidur. Di sini memang habitat dia. 

Aku nampak la beberapa ekor atas pokok. Ada yang tengah tidur, ada yang tengah kunyah daun, tapi memang tak dan nak ambil gambar sebab memang tak nampak dalam foto punya. 


6. Apollo Bay




Opollo Bay merupakan satu lagi pekan tarikan utama pelancong. Memang banyak hotel, resort, vacation house kat sini. Biasanya kalau orang ambil trip 2 hari 1 malam mereka akan bermalam di Apollo Bay. Sukar nak digambarkan keadaan pekan Apollo Bay ni. Memang cantik dan sesuatu. Kena datang sendiri dan rasai.

Pantai di sini pun cantik dan kebanyakan vacation house akan mengadap laut.


7. Maits Rest Rainforest




Perjalanan Great Ocean Road ni, bila dah lepas Apollo Bay, kita sudah tidak lagi menyusuri tepi laut. Jalannya akan mula cross over mountain. Jangan risau, ada je tarikan kat dalam hutan gunung ni, antaranya, Maits Rainforest ni. 

Macam biasa, percuma je masuknya. Ia merupakan hutan pakis (fern). Bayangkan, pokok paku pakis, midin yang kita buat lauk tu, kat dalam hutan ni besar pokok pakis tu mcm besar pokok kelapa sawit. Macam dalam alam fantasi pun iya kan..


8. Sepanjang perjalanan




Bila dah habis melepasi jalan berhutan kiri kanan dan bergunung, sekali lagi panorama berubah. Kali ini kami dihamparkan dengan pemandangan padang rumput yang luas saujana mata memandang. Ada lembu dan biri lagi.... 

Berpuluh kilometer jugalah pemandangan padang rumput begini.... Sungguh, tak akan bosan.


9. Gibson Steps


Bila dah nak sampai Gibson Step ni, sekali lagi jalan akan menyusuri sepanjang sisir lautan. Ini tandanya dah nak hampir sampai ke 12 Apostles.

Selain Gibson Step, ada beberapa lagi trek di tepi jalan. Boleh la berhenti di satu dua untuk merasai sendiri berjalan di trek yang disediakan sambil menikmati pemandangan laut dari atas cliff.



10. 12 Apostles


Akhirnya kami sampai ke destinasi terakhir, iaitu di 12 Apostle. Memang elok-elok timing kami. Memang dari awal aku nak tengok 12 Apostles waktu senja. Dapat pun. (Gambar atas ni aku ambil sendiri tau. Pakai iphone 5 je pulak tu. Sampai ada orang tak percaya ni gambar real x edit haha)


Perjalanan pulang.

Oleh kerana memang destinasi terakhir kami di 12 Apostles, dan kami akan balik semula ke Melbourne, maka perjalanan pulang kami tidak lagi melalui jalan Great Ocean Road. Kami pilih untuk lalu highway straight ke Melbourne.

Highway nya, jangan lah bayangkan macam lebuh raya PLUS utara selatan kita tu. Kebanyakan jalan ada 1 lane je, dan lampu jalan pun tak ada. Agak sunyi dan gelab. haha! Bila dah nak sampai Melbourne baru la jalan ada 4 lane dan ada service centre untuk berhenti isi minyak dan masuk toilet ke apa.

Jam 10.30 malam, kami sampai ke rumah dengan selamatnya.


Important note:
  • Bersedia untuk drive long hours in a winding road. Pastikan pemandu competent, tak ngantuk, berpengalaman, dan ready fizikal dan mental.
  • Always check your map. Kadang-kadang senang terlepas entrance dan stop point.
  • Bersedia untuk bermula awal dari Melbourne. Kami mula gerak jam 9 pagi dan kami tiba di destinasi terakhir iaitu 12 Apostles dalam sejam sebelum sunset. Sempat dinner dahulu sebelum kami jalan kaki ke lookout point. Selepas menikmati pemandangan sunset di 12 Apostles dalam 40 minit, kami terus gerak pulang ke Melbourne dan sampai ke rumah jam 10.30 malam (ada berhenti sekali di service centre untuk kopi dan rehat 30 minit).
  • Also note that trip kami ni waktu autumn. Sunset jam 6.15 malam. Sekarang ni waktu winter, sunset jam 5.09 malam. Kena aware benda ni. Lagi cepat malam, lagi awal lah kena mula perjalanan dari Melbourne.
  • Check weather. Periksa weather forecast setiap hari merupakan rutin harian orang Melbourne. Ini kerana cuaca di Melbourne tidak menentu dan berubah-ubah. Walau bagaimana pun, aku boleh kata weather forecast mereka agak accurate jugak lah. Hampir tepat. Jadi kalau boleh pastikan check weather forecast dahulu sebelum decide hari apa nak buat road trip. 

Kesimpulan:

Great ocean road ni panjang dan ada banyak hentian, camp site, tarikan, laluan, dan aktiviti. Anda bebas untuk tailormade perjalanan anda sendiri. Kalau ada yang berniat nak buat day trip seperti kami, manage your time well, dan pilih jalan (route) serta hentian (stop/ sites) yang paling worth to drop by. Make your road trip a memorable one and worth the pain.


Sekian dahulu.

Semoga bermanfaat. Maaf kerana ambil masa terlalu lama untuk siapkan post ini.



Noor Hida,
Carlton North, Vic.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Product haul review : Stage makeup

cepatnye kita menua (tag dari sarah al-idrus)

Kemas kini gambar passport anak anda

durian pancake : kami dah makan, anda bila lagi?