salute to the nature

salute to the nature

Friday, April 21, 2017

Sandridge Beach @ Port Melbourne

Oleh kerana siri #roadtoMelbourne dah dianggap tamat (sebab aku dan keluarga dah pun sampai Melbourne dengan jayanya), maka aku buat hashtag siri baru iaitu #MelbourneLife yang akan memaparkan tempat-tempat menarik yang kami lawati serta event-event yang kami sertai setiap minggu. Ok aku janji akan update #MelbourneLife seminggu sekali.

#MelbourneLife juga akan bagi review tempat-tempat menarik dan memberi sedikit sebanyak tips dan informasi berkaitan lokasi menarik tersebut. Semoga ia boleh jadi panduan untuk pembaca yang ingin melancong ke Melbourne kelak.


Sandridge Beach.

Tidak terkenal seperti Brighton Beach tetapi tetap seronok untuk dilawati. Oleh kerana dia kurang terkenal, maka kurang tourist di sini. Nak lepak-lepak, mancing, jogging, makan fish & chips, tengok laut, tengok feri ke Tassie (Feri ke Tasmania bertolak dari Port Melbourne, iaitu di sini. Kalau nak ke Tassie naik feri, naik dari sini lah), mengidam nak pegang pasir, tengok anjing cute-cute mandi laut, haaa sini lah.

Banyak apartment mewah dan rumah mewah di kawasan ini. Rate sewa tak tahu la pula berapa. Ada yang minat gaya kehidupan di tepi laut dan pelabuhan?

Ini waktu aku kali pertama ke Port Melbourne dengan mengikuti rombongan picnic anjuran Melbourne University Christian chaplaincy. Belakang tu lah feri ke Tassie.


Monday, April 17, 2017

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.

Konvo. Kalau sebut konvo, rata-rata student memang excited dan tak sabar nak ber konvo. Konvo merupakan satu simbolik bahawa pelajar itu telah tamat pengajian.  Konvo ini bagi sesetengah orang, bagaikan satu check point penting dalam hidup. Ia boleh jadi sebagai satu sasaran atau target dalam hidup. Ada yang meletakkan sasaran "mahu konvo dengan first class honours". Bagi pelajar UiTM, ada juga yang meletakkan sasaran "mahu konvo dengan selempang pink". Boleh dikatakan kalau dapat pakai selempang pink tu merupakan pencapaian yang hebat lah bagi pelajar UiTM.

Menjelang hari konvo, masing-masing memang tak sabar dan excited nak berkonvo. Tempah baju baru, beli kasut baru, tudung baru, dan booking hotel untuk keluarga yang akan hadir merai. Bagi majoriti pelajar Malaysia, majlis konvokesyen memang satu big deal bagi mereka, termasuklah aku sebelum ini.

Sehinggakan ke saat akhir aku masih berharap aku boleh balik Malaysia untuk menghadiri majlis konvokesyen aku (walaupun aku dah announce awal-awal kat FB yang aku tak akan balik konvo. Hipokrit! hahaha). Majlis konvokesyen aku adalah pada esok hari, iaitu Selasa 18 April 2017, dan semalam, iaitu hari ahad, tiba-tiba datang gila aku nak balik Malaysia sebab nak konvo. Gila kan? 

Friday, April 14, 2017

Siri #RoadtoMelbourne: Catch up and follow up


Hi everyone, its been a while...

Dah sebulan lebih blog ini menyepi tanpa berita. Agaknya siapa yang follow blog semata-mata mesti akan tertanya-tanya apa perkembangan terkini siri #roadtoMelbourne aku dan keluarga. Seingat aku, siri aku terhenti di takat aku ke KL menghadiri sesi pre-departure seminar bersama IDP. Entry tersebut adalah selingan kepada review Concorde Hotel Kuala Kumpur.

Baiklah, untuk yang tak follow instagram dan facebook aku, aku akan summarise-kan key event yang berlaku selepas itu di bawah ini. Kronologi bermula dari selepas pre-departure seminar bersama IDP di KL.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails